JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Salam dears,
Another segmen by Ben Ashaari ~ tengok ada perkataan IBU je terus excited nak join ;-)


Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
A mother to triplets boys yang sangat lasak dan comel macam Mama nya *ferasan*.  Masih muda *ferasan lagik*.  Blessed with a good husband, wonderful parents & siblings.  Contented with my life - sangat sangat bersyukur dengan segala kurniaan dari Illahi untuk diri ini, Alhamdulillah.  Nak tau lebih lanjut boleh pi baca kat sini.

Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
Semestinya pengalaman melahirkan si kembar ni.  Saat pertama melihat si kembar (walaupun time tu mata blur tak pakai spek and air mata berduyun duyun), trasa berbaloi penantian selama 4 tahun dan segala susah payah ketika mengandung dulu.

Dan skarang, setiap hari akan ada kenangan manis yang baru – bila diorang tersenyum dan ketawa, bila melihat diorang membesar dengan sihat – semuanya precious moments bagi Mama sebagai seorang ibu.

Kenangan pahit anda?
Pernah 2 kali kehilangan baby yang dikandung.  1st time sebab mengandung luar rahim and sebelah tiub fallopio di buang, rasa gelap gelita dunia time tu.  Alhamdulillah, dapat cepat kuatkan semangat & recover emotionally.  2nd time plak sebab keguguran.  Walaupun both times ngandung kejap jer, tapi Mama tak pernah lupa kan my babies tu.  Slalu jugak terpikir ‘aku ni ada 5 anak sebenarnya – 2 di ‘sana’ & 3 di sini’.

Kenangan pahit setelah menjadi Mama kembar ni pula ialah bila si kembar masuk wad beramai ramai.  Banyak kali gak diorang hospitalised disebabkan pneumonia.  Pertama kali masa diorang baru berumur 3 bulan and ditahan di wad selama 2 minggu lebih. Paling teruk time tu ialah si Fauzi, masuk ICU & terpaksa bergantung pada mesin oksigen sebab pernafasan tak bagus, sedih sangat time tu.  Tanak dah hadapi situasi camtu lagi sampai bila bila…

Kata kata khas buat si suami...
Abang, I’m not asking for much, just continue to love us with all your heart & be true to us forever.  And bak kata lagu Adam Sandler ~ oh it could be so nice, growing old with you…

Jika ada anak, apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana..
Hargailah ibu bapa anda, terlalu banyak pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak anak ni.  Sentiasa lah ambik berat and hubungi parents untuk bertanya khabar.  Jangan time susah cari mak bapak, time senang lenang boleh buat buat lupa plak.  Macam mak Mama slalu kata bila Mama buat salah/melawan cakap dulu “awak dah ada anak nanti baru awak tau camna rasa”. 

Apakah harapan anda kepada anak anda..
Moga anak anak Mama akan membesar sebagai anak yang soleh, taat perintah agama & dengar cakap Mama & Ayah, jadi orang yang berguna, Amin.

Nasihat buat si gadis di luar sana..
Fikir masak masak sebelum buat sesuatu, kerana setiap perbuatan ada akibatnya.  Jangan kerana kesalahan hari ni, esok lusa keluarga kita turut dihina.   Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.   Sentiasa ingat agama, ibu bapa & keluarga.  


Labels: