Salam dears,
Kali ni Mama nak critakan pengalaman Mama mengandungkan 3 heroes ni. Alang-alang dah Angah Alifah mintak Mama tunjuk gambar gambar masa Mama pregnant, why not Mama kongsikan pengalaman mengandung jugak kan? :-)
Mengandungkan si kembar tiga ni bagi Mama agak mencabar & banyak dugaan dari awal sampai lah beranak. Masalah acute urinary retention, alahan & muntah muntah teruk, pedih ulu hati, tak dak selera makan, tangan & kaki bengkak, sakit pinggang, tak leh tidur, asma, kulit gatal gatal teruk, darah tinggi & macam macam lagi lah.
Masa awal mengandung, rasanya masa usia kandungan 11 minggu, Mama mengalami masalah acute urinary retention (tak leh buang air kecil) sampai terpaksa masuk wad & pakai tiub untuk bantu buang air kecil (serius ngilu gilerrrr bila ingat balik). Doktor kata tak dak ubat, cuma kena kerap baring untuk releks sebab kalau duduk mungkin rahim menekan saluran sampai tersekat. So Mama pegi ofis siap bawak tilam bantal letak dalam bilik stor, setiap sejam skali pegi baring kejap pastu baru pegi toilet. Nasib baik dapat bos yang understanding & benarkan Mama rehat camtu bila perlu.
Masa tu belum tau lagi yang Mama ni mengandung kembar tiga. Mula mula masa kandungan berusia 7 minggu, doktor kata kembar 2 je. Time tu pun Mama & Ayah dah happy giler dah, maklumlah orang lambat dapat anak kan (leh baca lebih lanjut kat sini & sini). But bila kandungan berusia 13 minggu, tup tup nampak ada 3 babies dalam perut! Mak aihhh memang terkejut sangat sangat lah. And lepas tu masalah tak leh buang air kecil terus hilang dengan sendirinya. Doktor kata mungkin kedudukan baby no. 3 yang dulunya tersembunyi tu yang sekat saluran kencing (ntah sapa laa yang notti tu kan hehehe).
Mama ingat lagi, time tengah scan tu doktor tanya Mama "are you on drugs?". Terkejut Mama sebab ingatkan something wrong with my babies sampai dia tuduh Mama ambik dadah/drugs & dengan paniknya Mama tanya "WHY???". Agaknya bila dia tengok muka terkezut Mama doktor tanya lagi skali "were you taking fertility drugs?". Mama yang dok blur tergeleng geleng je laa kata "no doc, why??".
"Well, it looks like we have a third baby in here so I thought you were taking drugs. That looks like another head and bla, bla, bla, bla......" Terus Mama dah tak dengar dah apa doctor dok cakap. Dalam kepala terus terpikir "murahnya rezeki aku, sampai 3 baby Allah bagi...nanti nak masuk universiti banyak belanja ni....". Serius, Mama siap terpikir sampai belanja uni tau hehehe. Panik gak bila pikir kan banyak perbelanjaan nanti. Tapi nasib baik bila Mama bagitau Ayah, dia sangat excited and happy, muka tersengih sengih cam orang baru bercinta jer. So Mama pun terus jadi releks laa :-)
Time ngandung Mama tak dak selera makan dan makan hanya sebab terpaksa ja , memikirkan babies perlukan zat. Kalau makan pun, asyik nak kuew teoy kerang tapi tak dak kerang and makan biskut Jacobs cream crackers jer. Kalau makan nasik mesti kena letak kicap baru boleh telan. Minum plak tak lalu benda lain kecuali Milo & mineral water brand Spritzer, kalau brand lain nanti muntah, air kosong pun leh ada rasa lain lain wokeh, memang pelik. Dulu Mama sangka time ngandung boleh makan apa saja sesuka hati, kalau debab pun takpa sebab leh guna alasan pregnant. Unfortunately for me sebaliknya yang terjadi. Memang tak enjoy langsung makan huhuhu... :-(
Mama juga alami alahan, muntah muntah teruk & pedih ulu hati (heartburn). Bukannya 'morning sickness', tapi 'all-day-sickness' sepanjang pregnant. Apa saja yang masuk ke tekak rasa cam nak keluar balik so pegi mana pun mesti bawak beg plastik, in case termuntah. Sampai hari nak operate beranak pun Mama still muntah muntah tau. Doktor kata jadi camtu sebab saiz rahim besar sangat & sentiasa menekan sampai perut sempit.
Dua benda ni teman setia Mama sepanjang pregnant, tetiap hari mesti ambik.
Gaviscon untuk legakan heartburn & Pikin Plum Tablet untuk kurangkan loya
Tangan ngan kaki Mama pun bengkak teruk, water retention agaknya. Sakit tau bengkak tu, jari jari nak bengkok pun susah. Bila pegang sudu garpu tak leh lama lama, sakit. Kaki plak besar cam kaki gajah. Dah laa kalau tak pregnant pun size kaki memang besar, bila bengkak lagi la susah nak cari kasut. Sudahnya Mama pakai sandal Bata size lelaki jer time pregnant, tak glamer langsung huhuhu...
Jari jemari ku yang bengkak, sakit wooo
Masa tak pregnant pakai kasut pompuan size 9, time pregnant kasut lelaki size 11 or 12 wokeh, besar giler kalah kasut Ayah
Walaupun masalah acute urinary retention dah settle, tapi di akhir akhir pregnancy bila perut bertambah besar, timbul masalah lagi bila ke toilet. Time tengah syok syok kat toilet tup tup aktiviti leh terhenti tau, sebab bila babies bergerak ubah kedudukan tu boleh block apa apa yang berkaitan. Ye laa, mesti laa dalam perut the very sempit, ramai penghuni laa katakan. Doktor pun tatau nak buat camna... dia suh Mama sabar je laa & ulang dua tiga kali lawatan ke toilet hehehe.
Disebabkan semua masalah tu, keadaan fizikal Mama agak lemah, asyik letih & tak bermaya. Jalan skit pun dah termengah mengah. Perut pulak makin hari makin boyot & berat & dah mula jatuh kebawah dah, doktor kata macam size orang yang nak beranak. So masa usia kandungan lebih kurang 26 minggu Mama dimasukkan ke wad untuk pemerhatian doktor sebab doktor risau kelahiran pramatang. Lagipun anytime & anywhere boleh terberanak, kalau terberanak kat opis mau panik satu bangunan tu hehehe. So berumah laa Mama kat Hospital Putrajaya selama 2 bulan sebelum melahirkan si kembar tiga nih...
Rasanya masa ni kandungan berusia lebih kurang 4 bulan
Ni gambar time baru masuk hospital, usia kandungan lebih kurang 26 minggu
Kat hospital pun macam macam hal lagi, dalam next entry Mama critakan pengalaman ‘berumah’ di hospital plak yer sebab rasanya entry ni dah panjang sangat dah. Korang pun mesti dah penat baca kan? Tungguuuu.... :-)
Labels: kembar tiga, pengalaman, triplets