Tips nak dapatkan kembar?

Salam dears,
"Apa tips nak dapatkan kembar?" ~ itu salah satu soalan cepu mas yang selalu ditanya kat Mama & Ayah.  Seriously, kitorang langsung tak ada tips untuk dapat anak kembar.  Si kembar tiga ni 100% rezeki kurniaan Allah yang tak disangka-sangka.  Mama sebenarnya tak pernah terbayang pun akan dapat anak kembar.  Yang Mama doakan sebelum ni cumalah nak dapat zuriat, dapat sorang pun jadilah...tup tup Allah bagi bonus pakej 3-in-1 terus :-)

Tips nak dapat kembar memang tak ada.  Tapi kalau setakat nak berkongsi cerita tentang apa usaha yang Mama & Ayah buat untuk nak dapatkan baby tu boleh lah.  So jangan laa anggap ni sebagai tips utk dapat anak kembar yer, itu semua Allah yang tentukan.  Anyway, among the things yang kitorang buat ialah:

a) Jumpa doktor buat fertility test sebab nak tau if ada yang tak kena. Start jumpa doktor lepas Mama kena ectopic pregnancy.  Kitorang pi buat kat hospital kerajaan  je.  Tau tau je lah kan hospital kerajaan ni waiting list nye panjang, kena tunggu lama, so almost setahun gak laa  dok ulang alik jumpa doktor.  Both Ayah & Mama pun kena check.  Ayah kena buat sperm analysis.  Mama  plak blood test, hormon test & ntah apa apa lagi ntah.
Tapi yang paling Mama ingat ialah buat HSG dye test (hysterosalpingogram) untuk check samada tiub fallopio Mama yang tinggal sebelah tu tersumbat atau tidak (yang sebelah lagi kan dah kena potong, baca kat previous entry ni).  Untuk test ni, dye dimasukkan ke uterus & x-ray dibuat untuk tengok pergerakan dye tu dalam uterus, fallopian tubes & surrounding areas.  Kalau dye dapat bergerak ke semua bahagian, means everything ok lah.  Sakit gak tau buat test nih, ish ngilu bila ingat balik...  Anyway, after dah abih semua test etc etc, doctor konpemkan yang kitorang berdua tak dak problem.  More infor about dye test, leh baca kat sini http://findmeacure.com/2009/05/17/hysterosalpingogram-hsg/ and sini http://www.sharedjourney.com/define/hsg.html

Contoh gambar x-ray dari dye test (gambar dr en google)


pic dari en google

b) Ambik pil untuk kesuburan iaitu clomid.  Mama ambik for about 3 months je masa  awal tahun 2006.  Pastu doktor suh sambung ambik lagi tapi Mama tanak.  Sebab nya time ambik pil tu bukannye ngandung, tapi berat badan naik mendadak membuak buak! Dalam masa 3 bulan tu je Mama naik sampai 6 kg camtu, sampai skarang can't loose the weight uhuk uhukkkk...
c) Mama pi urut tradisional.  Merata gak la pi, mana yang kengkawan rekemen kitorang cuba, rasanya lebih dari 10 tukang urut Mama  jumpa.  Sakit gak ooo mengurut tradisional nih, kekadang balik umah ngan badan lebam lebam laa hehe... Time urut nak betulkan peranakan pun boleh tahan pedih ooiii...   Macam macam laa teori yang makcik makcik urut tu bagitau, ada yang kata ok no problem, ada yang kata peranakan jatuh skit.  Tapi kat tempat yang last skali Mama pi ngurut, makcik tu kata peranakan senget skit & dia tolong betulkan. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Mama ngandung si kembar nih.

d) Minum minuman herba Bidadari untuk kesuburan & elok untuk rahim.  Yang ni Mama try sebab banyak orang rekemen dalam online forum.   Mama minum ni for a year jugak rasanya sampai lah mengandung si kembar tiga ni baru stop.  Mama beli dari sini:  www.kedai2ekin.com. Korang leh baca tentang kebaikan produk tu semua kat website Kak Ekin tuh.

 ni la rupa botol Bidadari
e) Berpantang dari makan & minum 4 benda ni - elakkan air tebu, buah salak, tapai & nenas.  Ni ada mak bidan yang suh Mama jangan makan.  Katanya semua benda ni sejuk/bisa/tajam & tak baik untuk rahim.  Selagi belum peknen, selagi tu lah tak boleh makan 4 benda tu.  So bertahun laa Mama tak merasa semua tuh, dah la semuanya memang fevret Mama.  So lepas dapat si kembar ni, Mama dah makan puas puas balas dendam lepas gian hehehe

f) Ada gak buat benda benda yang cam tak dak kaitan je tapi cuba jugak, including makan ubat untuk detox & makan ubat cacing (deworming). Haaa haaa korang jangan gelak!  Ini salah sorang makcik tukang urut yang suggest Mama buat.  Katanya ada kes yang pi kat dia lepas makan ubat cacing  baru leh peknen. Makcik tu kata bila dalam badan banyak cacing, cacing makan abih semua zat zat & menyebabkan badan tak sehat/subur.  Ntah ler betul ke tidak, but time tu Mama buat je laaa, mana laa tau kan.  

Lepas dah telan ubat cacing tu, satu malam Mama tak leh tido tau sebab takut & geli memikirkan kot kot nanti cacing kluar kot mulut hahaha (Mama sgt takut ulat, cacing & yang sewaktu dengannya).  Tips dari mak Mama, kalau nak makan ubat cacing, makan masa bulan tengah turun ikut kalender Islam, supaya cacing tak akan kluar kot atas i.e. mulut.  Yang sebenarnya ubat skarang akan menyebabkan cacing tu hancur je & kluar dalam najis... but still Mama tak 100% percaya hehe

Hmm ada lagi other things yang kitorang cuba tapi dah tak ingat laaa, cukup laa kot yang Mama tulis kat atas tu kan... Tata :-)


Labels: ,