Salam dears,
Macam yang Mama critakan dalam entry sebelum ni, kalau ikut plan doktor nak operate beranak masa kandungan berusia 36 minggu tapi terpaksa dipercepatkan sebab Mama tetiba ada masalah darah tinggi. Sebaik saja kena darah tinggi, doktor & nurses dah kelam kabut cari 3 ventilators (mesin untuk supply oksigen kat babies sebaik saja lahir), sebab besar kemungkinan babies yang lahir tak cukup bulan atau pramatang ni akan hadapi masalah pernafasan.
Satu Malaysia diorang call, tapi dah lebih dari seminggu masih tak dapat sebab bukan mudah nak mencari 3 ventilators yang available serentak kat satu tempat. Time tu memang risau giler pikir macam macam kemungkinan. Tambah tambah plak bila doktor bagitau kalau tak cukup ventilator kat Hosp Putrajaya time beranak, then mungkin baby terpaksa dipisahkan & hantar ke hospital lain, kalau jauh sampai ke Perak pun terpaksalah.
Alhamdulillah pada 4 September 2008, masa kandungan berusia 34 minggu 5 hari, Dr. Jamil datang bagitau Mama yang hari tu ada 3 ventilators available kat Hosp Putrajaya & dah booking untuk Mama, so dia tanya "operate esok nak tak?" Sebab sebelum operate kena berpuasa selama brapa jam ntah, so doc ingat buat esok je bagi time Mama nak puasa dulu.
Tapi nasib baik kebetulan hari tu Mama memang puasa (walaupun tu bulan Ramadhan tapi tak setiap hari Mama mampu untuk berpuasa sebab tak larat). So Mama apa lagi terus ajak doc operate hari tu jugak, tanak tunggu tunggu sebab takut tetiba esok ventilator dah tak available dah. Sebabnya walaupun dah booking, pihak hospital still akan release kan kat orang lain sekiranya ada emergency case. Ye laa, tak kan nak bahayakan nyawa baby lain semata mata sebab dah booking untuk my babies kan?
Terus keadaan jadi kecoh time tu, doc & nurses immediately arrange untuk booking operation theater (OT), reschedule operations Dr Jamil yang lain (nasib baik Dr Jamil tadak urgent cases hari tu), call peadiatriacians, doktor bius & buat macam macam arrangements lah. Agak agak dalam masa sejam lepas tu doc datang bagitau yang okeh, operation petang ni on.
Mama cepat cepat telefon bagitau Ayah, parents, adik, abang & kakak ipar Mama. Ingat lagi time call mak Mama & bagitau yang nak operate petang tu jugak, mak Mama kata “haaa? Awat depa buat lagu tu...kata nak tunggu 36 minggu...tak dan laa nak tengok awak...lambat laa baru kami sampai” pastu bunyi cam dia sebak tahan nangis (mak Mama ni jenis yang susah menangis). Time tu Mama tak pikir panjang sangat apsal mak Mama cakap camtu, ye laaa orang tengah excited nak branak hehehe.
Tapi bila adik Mama sampai dia kata yang sebenarnya mak Mama harap sangat sangat dapat tengok Mama sebelum masuk operation, agaknya takut terjadi apa apa kot. Memang nervous nya Mama time tu Allah je laa yang tau. Siap dah mintak ampun & mintak halal makan minum dari Ayah, parents, parents-in-law, abang , kakak ipar, adik & ngan kawan kawan rapat. Ye laa, beranak ni kira bertarung nyawa kan, macam macam boleh terjadi.
Di saat Mama dibawak naik stretcher ke operation theater, Ayah & adik Mama lah yang ada skali. And dari saat mula naik stretcher tu sampai laa dalam bilik operation, mulut ni tak henti henti terkumat kamit baca doa untuk mudah bersalin yang kakak ipar Mama ajar, sampai nurse beberapa kali dok tanya Mama “u kata apa? Nak apa apa ke?” sebab ingatkan Mama dok cakap something kat dia sebab mulut tak stop stop bergerak hehehe.
Sampai ke OT, Ayah tak dibenarkan masuk & kena tunggu kat luar je. Bila Mama ditolak masuk ke OT, tengok tengok ramainya doctor & nurses dalam tu, penuh satu bilik. Rasanya lebih daripada 10 orang lah sebab ada Dr Jamil (lead surgoen), 1 lagi doktor pakar untuk bantu Dr Jamil, 1 doktor pakar bius, 6 orang doktor kanak-kanak, beberapa orang nurses and sorang Sister dari wad Mama pun datang gak sebab nak tumpang tengok. Memang meriah laa dalam tu, macam pasar malam hehehe....
Tapi yang buat Mama trasa malu time tu ialah lebih ramai lelaki daripada pompuan, dah laa Dr Jamil lelaki (of course laa kan hehe), doktor kanak kanak semua lelaki, nurse lelaki pun ada. Ibu ibu yang pernah bersalin secara Ceaser mesti tau kan kenapa Mama kata malu? Tak yah crita kat sini laa, segan *blushing*
Memula skali doktor bius cucuk ubat Epidural untuk bius separuh. Sebelum tu Mama pernah dengar banyak crita kata cucuk Epidural tu sakit, so rasa ngeri gak laa siap pejam mata bagai, padahal bukan nampak pun sebab cucuk kat pinggang bahagian blakang. Time jarum tu nak masuk memang terasa tapi Alhamdulillah, tak lah sakit sangat pun. Sekejap jaa dah siap sampai Mama tanya doc “ehh dah cucuk ke doc? Rasa skit je, ingatkan sakit gila”...doktor bius tu pun tergelak tengok reaction Mama hehehe
Epidural cucuk kat situ lah
(pic from google)
Contoh single use epidural needle
(pic from google)
Sepanjang operation diorang gantung sehelai kain macam langsir untuk lindung pandangan Mama so tak nampak laa apa yang doc dok buat kat perut. Tapi time nak start tu Dr Jamil announce kata “I nak start dah ni....okeh, I dah potong, puan rasa apa apa tak? Sakit tak?”...Mama pun jawab laa “ada rasa doc, tapi tak sakit”... Memang Mama boleh rasa apa yang doc dok buat tau, tapi tak sakit laa...cuma trasa bila time pisau dok potong perut, time tangan doc masuk dalam perut, bila doc tarik kluar sorang sorang babies, and time doc nak jahit balik perut pun rasa wokeh...tapi Alhamdulillah tak sakit.
Si Fahmi (baby no 1) kluar pada jam 4.44 petang berat 1.95 kg, Faris (no 2) pada jam 4.45 petang berat 2.04 kg and Fauzi (no 3) plak pada jam 4.46 petang berat 1.85 kg. Cepat je Dr Jamil kluar kan one by one tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah. And bila doc tarik kluar babies daripada kantung masing masing terus trasa kosong je perut... Tatau camna nak gambarkan betapa rasa gembira & syukur bila dengar tangisan baby yang berturut turut tu. Tambahan pula bila doktor kanak kanak berbaris dukung babies untuk tunjuk & bagi Mama cium, walaupun tak brapa nampak muka babies sebab tak pakai spek, air mata berjurai jurai tak hengat laaa time tu :-)
Lepas tu diorang bawak si kembar 3 ke NICU, Mama plak dibawa ke satu bilik untuk observation & tunggu sampai kesan ubat bius hilang. Time kluar dari OT tu memang menggigil giler lah, sejuk sangat sangat terus mintak nurse timbunkan ntah brapa helai selimut ntah atas badan Mama. Mama pun tak ingat brapa lama dok kat situ tapi sedar je diorang tolak Mama kluar & time tu lah nampak Ayah, parents Mama & adik bradik dok tunggu kat luar tu, happy sangat rasanya bila nampak diorang. Ayah plak terus meluru kat Mama and bagitau “saayanggg, kita dah ada aanaakkk, abang dah tengok anak anak kita” sambil tersengih sengih cam kerang busuk hehehe... Happy benar Ayah time tu. Tengok Abah Mama plak nampak air mata dia bergenang jer. Tapi yang pastinya semua orang lega & bersyukur sebab Mama & babies selamat, Alhamdulillah...
Dari situ Mama dibawa naik ke observation room and duduk situ semalaman, tak terus balik ke wad sebab Mama kehilangan banyak darah masa operation. Dr Jamil kata sebab rahim besar sangat jadi lambat mengecut so tak leh nak cepat cepat jahit tutup perut. Mama tak sure brapa banyak hilang darah, yang ingat bila Mama tanya nurse, dia kata ada laa dalam satu botol besar air mineral. Sepanjang malam tu Mama asyik minum air suam. Kalau ikut orang tua tua, diorang tak bagi minum air banyak banyak lepas bersalin, tapi nurses semua kata boleh & patut minum sebab badan dah hilang darah banyak. So Mama pun blasah je laa minum, memang haus giler time tu.
Sesapa yang kata beranak operate ni senang, tak betul tu. Memang laa time branak tu tak rasa sakit meneran semua, tapi luka operation tu sakit tau. Walaupun makan pain killer still ada rasa sakit. Cam Mama ni, doc kata memang akan rasa sakit lebih sebab banyak sangat yang ditoreh kat dalam perut tu. Kalau bersalin normal, kantung & uri semua akan tanggal sendiri dari dinding rahim. Tapi bersalin operate ni, semuanya kena potong ngan pisau wokeh.
Dah laa nak menjaga luka operation is not that easy, lambat baik berbanding beranak normal. Rahim pun lebih susah nak balik ke asal. Sebab tu biasanya kalau branak secara ceaser ni, buncit & gelebeh kat perut tu payah nak hilang huhuhu. Pastu sampai skarang kesan cucuk epidural kat pinggang masih boleh terasa. Alhamdulillah bagi Mama taklah teruk sangat. Cuma skarang ni tak leh duduk lama lama, nanti susah & sakit skit bila nak bangun. Tapi ada kawan kawan Mama yang bila time hujan atau sejuk pinggang akan sakit sangat & menyucuk nyucuk. Orang kata ni lah kesan epidural, sampai tua pun belum tentu hilang. So jangan lah anggap beranak secara operation ni senang cam petik jari je yer.
Ehhh dah terlari topik & emo laa plak hehehe...Bukan apa, biasa gak dapat komen dari pompuan pompuan yang kata kat Mama “ooo senang la kan u operate jer, tak yah rasa sakit branak” macam laa kita ni tak rasa susahnya melahirkan anak anak.
Wokeh sambung crita. Tengah hari esoknya (5 Sept) baru Mama dibawa turun ke wad. Bila sampai je Mama dah cuba nak bangun berjalan, sebab dah tak sabar nak pi tengok babies kat NICU. First time bangun terus terbaring balik sebab pening & sakit. After a few times try dah boleh bangun & jalan pelan pelan sambil dipapah Ayah. Sakitnya perut time tu tak tau nak cakap laa, tiap pergerakan trasa seksa. Tapi gagahkan jugak, paksa diri sendiri. Time tu tengok muka Ayah & mak Mama cam risau je, diorang suh tunggu laa dulu tapi Mama degil nak pi tengok babies jugak hehehe.
Tapi tak sempat nak ke NICU, nurses dah datang hantar Fahmi & Faris kat tepi katil Mama. Ya Allah happynya time tu tatau nak describe, orang kata memang cair habislah hati tengok babies yang kecik halus tu. Dah puas dukung peluk cium si Fahmi & Faris, Mama ajak Ayah ke NICU untuk tengok si Fauzi plak. Dia kena tahan kat NICU sebab size dia paling kecik & diletakkan dalam incubator untuk observe dulu. Time tu rasa kesian sangat kat Fauzi sebab dah laa badan kecik halus, duduk dalam incubator tu ada macam macam wayar plak. Mama nak dukung pun tak leh, takat dapat usap usap kepala dia je.
Bila balik ke wad, Mama mintak kat nurse untuk pindah ke single room, sebab senang luas skit nak tempatkan babies semua. Lagipun privacy skit kan. Sepanjang malam Mama tak tidur sebab asyik bangun menyusu Fahmi & Faris yang kelaparan sebab susu tak banyak. Biasa laa time baru branak susu kluar skit sangat, so bebudak tu memang meraung sekuat hati, sian tengok diorang.
Bila mintak susu kat nurse, asyik dok suh breastfeed & tanak bagi susu formula sebab Hospital Putrajaya ada polisi nak suh semua ibu ibu fully breastfeed. So Mama terpaksa laa cuba jugak, baru je baring kejap lepas nyusu sorang, lagi sorang plak menangis. Non-stop sampai Mama tak dak rest langsung lah. Mak Mama yang temankan Mama time tu pun tak dapat tidur sebab asyik kena tolong angkat babies bagi kat Mama, sebab Mama nak bergerak pun susah perut sakit bekas operation.
Pagi 6 Sept 2008 - Ayah, Mama, Fahmi & Faris. Time ni Fauzi still kat NICU
Esoknya (6 Sept) si Fauzi pun kluar NICU & dibawa duduk skali ngan Mama. Keadaan jadi bertambah kelam kabut bila tiga tiga orang skali nak susu. Banyak kali Mama panggil & mintak nurse tolong bagi susu formula kat si kembar ni, tapi diorang still berkeras tanak bagi, asyik laa dok suh urut & pam sampai kluar susu. Geram & frust sangat Mama time tu. Bukannya Mama tatau susu ibu is the best for babies, bukannya Mama tanak breastfeed tapi dah susu badan tak cukup, nak buat camna kan? Tak kan nak biar babies terus kelaparan camtu? Dah laa ada 3 orang plak tu.
Last last Mama panggil nurse datang tengok time tiga tiga orang skali nak susu, time tu Mama tengah dok pangku menyusu 2 orang serentak, yang lagi sorang dok meraung sekuat hati. Yang dua orang yang tengah menyusu tu pun dok sok sek sok sek gak sebab geram susu kluar skit sangat. Baru lah nurse tu sedar camna kelam kabutnya keadaan & setuju bagi susu formula. Finally malam tu dapat laa rehat skit. Walaupun still almost setiap jam mesti ada yang bangun nak susu, at least Mama tak yah bangun, leh mintak tolong nurse bagi susu formula je, lega laa skit.
Pada 7 September, doktor kata kitorang semua cukup sihat untuk balik ke rumah dah, hoorayyy! Hari tu ramai sanak saudara datang wad nak jenguk si kembar & temankan kitorang balik ke umah. Bila nak bawak si kembar turun ke kereta, mak Mama dukung sorang, mak mertua dukung sorang & nenek Ayah dukung sorang, berderet je berjalan dari wad ke lobi hospital. Sepanjang jalan ramai yang pandang pandang & excited stop tanya kitorang “3 ka? kembar 3 ka ni???” pastu ikut kitorang sampai ke kereta. Memang meriah laa time tu hehehe. Sepanjang perjalan balik sampai lah ke umah si kembar tidur baik je. Bila sampai umah terus letak diorang dalam katil & snap snap gambar pastu sms kat semua kawan kawan hehehe.
Pagi 7 Sept 2008, tengah tunggu nak discharge
Fahmi tidur lena Zzzzz
Faris pulun menangis nak susu
Fauzi yang tecik
Sampai hari ni Mama bersyukur sangat sangat sebab Allah permudahkan kelahiran si kembar ni. Sebenarnya dari awal ngandung Mama risau memikirkan nanti mesti babies kena tahan lama kad wad, sebab banyak artikel yang Mama baca mengatakan biasanya kembar tiga yang lahir tak cukup bulan akan ada macam macam komplikasi & duduk wad lama kadang kadang sampai berbulan bulan. Mak Mama datang dari kampung pun bawak beg besar sebab siap sedia kalau nak kena duduk sini lama. Alhamdulillah, kitorang tak lalui semua tu. Kalau korang nak tau susah senang berulang alik semasa babies kat NICU, tanya lah Huszaini and Gee, pengalaman diorang lebih hebat daripada Mama, lebih banyak cabaran.
7 Sept 2008 - hari pertama si kembar 3 balik rumah
Anyway, tu lah dengan panjang lebarnya Mama critakan kisah detik kelahiran si kembar 3 kesayangan Mama nih (nampak sangat tak reti nak tulih sikit sikit hehehe). Lepas ni InsyaAllah Mama akan crita tentang pengalaman semasa berpantang pulak yer, pun macam macam hal lagi. Cam biasa, tungguuuu hehehe :-)
Labels: pengalaman