Salam dears,
Ni sambungan dari entry sebelum ni yer (baca kat sini), nak critakan pengalaman Mama ‘berumah’ di hospital selama 2 bulan sebelum melahirkan si kembar tiga ni. Mama masuk wad kat Hospital Putrayaja masa kandungan berusia lebih kurang 26 minggu atas arahan Dr. Jamil, doktor pakar sakit puan kat situ. Sebab time tu perut dah besar sangat & keadaan badan pun agak lemah, jadi doc kata kena bed rest. Lagi pun Mama dah start ada skit skit false contraction or ‘braxton hicks’, so doc takut terberanak awal sangat.
Actually time pegi check-up bila kandungan 25 minggu, doc dah suh admitted hari tu jugak, tapi Mama tanak. Iye laaa, memikirkan keja kat opis berlambak, tak kan nak tetiba chow je, at least nak laa tinggal wasiat skit kat ofismate. Lagipun, sapa yang nak dok hospital lama lama kan? (iklan sebentar - thanks Elina for covering for me during my abscene, i lav lav u dahling :))
Tapi bila dah kena false contraction tu, panik jugak la terus pegi hospital siap bawak beg baju lagi nak menyerah diri. Mama dah tak ingat laa apa no. wad yang Mama duduk tu, tapi katil no. 23 & lokasi strategik sebab paling dekat dengan nurse counter and toilet, lega sebab tak yah nak jalan jauh jauh bila ke toilet atau bila nak mintak bantuan nurse. Nurses & doctors kat wad tu pun memang best, baik baik blaka.
Dua bulan dok wad bagi Mama memang satu masa yang lama. Tapi bukan Mama sorang je yang jadi penghuni tetap kat wad tu, ramai lagi ibu ibu mengandung yang terpaksa menetap di wad berbulan bulan lamanya, ada yang lagi lama dari Mama tau. Kebanyakannya sebab kes kedudukan uri yang kebawah, dekat dengan bukaan rahim jadi takut early labor. Yang sebab pregnant kembar time tu Mama sorang je la hehehe
So apa yang Mama buat untuk hilangkan boring? Keja Mama tiap tiap hari baca novel, tengok movies kat player kecik ntah-apa-nama-ntah yang abang Mama bagi and bersembang ngan jiran jiran satu wad. Kalau ada sesapa baru beranak, Mama konpem akan pi nyibuk tengok baby diorang hehehe. Ayah tiap tiap hari akan datang melawat Mama, tak kira laa kalau dia balik keja lewat tengah malam skalipun mesti datang walau sekejap. Pak guard & nurses pun bagi kebenaran, agaknya sebab kesian kat Mama kot. Parents Mama pun kerap datang all the way dari Kedah, dalam 2 minggu skali sampai lah diorang. Birthday Mama yang ke 29 tahun pun sambut kat hospital. Geng kat ofis slalu contact Mama bertanya khabar & menyampaikan gosip gosip hangat berita terkini hiburan sensasi hehehe
Ni gambar seminggu sebelum branak, masa geng ofis datang buat 'mini-baby-shower' untuk Mama, siap bawak belon 3 bijik, hadiah & burger yang sangat sangat best. Thanks girls!
The first few weeks kat wad, doc bagi kebenaran untuk Mama balik umah setiap weekend. So Jumaat petang je dengan excitednya dah pack barang, tunggu Ayah datang ambik. Terasa cam budak sekolah asrama plak time tu hehehe. Pastu hari Sabtu ajak Ayah pegi Central Market, sewa buku kat satu kedai uncle India kat situ.
Dengan perut boyot pun sanggup berdiri lama pilih buku banyak banyak, ye laa nak buat stok kan. Bila rasa letih duduk jap dulu, pastu bangun sambung cari buku lagi. Uncle tu pun layan je Mama hehehe. Sejak dari zaman anak dara lagi memang slalu pegi situ, so uncle tu dah cam Mama dah. Tapi bila kandungan dah berusia 30 minggu, doc dah tak bagi kluar dah, perintah berkurung kat wad sampai branak huhuhu... So masa weekend terakhir yang Mama leh kluar tu, pulun pinjam buku sebanyak mungkin sampai uncle tu pun pandang smacam jer, agaknya lama sangat Mama kat situ dia pun risau takut terbranak kat kedia dia hehehe
Ni lah kedai buku fevret Mama kat CM tu, murah & banyak buku best best
Lagi satu benda yang paling Mama tunggu tunggu semasa dok wad tu ialah bila pegi scan perut tengok babies, seminggu sekali mesti scan. Tiap tiap kali sebelum scan mesti doa mintak babies okay, jangan laa ada apa apa yang tak kena. Sebabnya bila mengandung kembar ni banyak risiko, salah satu yang Mama paling risau ialah ‘twin-to-twin transfusion syndrome’ dimana nutrition yang dikongsi babies tak sama rata. Satu baby akan bersaiz lebih besar daripada yang lain sebab serap lebih banyak zat, and boleh bahayakannya nyawa semua babies - yang tak cukup zat pun bahaya, yang terlebih zat pun bahaya. Syukur Alhamdulillah, setiap kali scan berita gembira yang diterima :-)
Shaofie mintak Mama tunjuk gambar scan babies, tapi Mama tak tau kat mana simpan, ni je laa yang jumpa. Ni gambar masa awal pregnancy, masa baru nampak 2 babies je
Ni masa baru detect ada 3 babies, tak silap Mama camtulah kedudukan si kembar tiga time tu, lepas tu kedudukan berubah tatau camna dah
Sepanjang berumah kat wad tu, Mama juga jadi tumpuan doktor pelatih, almost everyday ada je yang datang tengok, soal siasat pastu nak pegang pegang perut nak check kedudukan babies. Ada gak yang datang bawak kawan kawan dari hospital lain just sebab nak tengok perut Mama, kalah selebriti time tu hahaha! Agaknya sebab tak ramai orang yang ngandung kembar tiga kan, Dr Jamil kata time tu Mama ni baru second case pregnant kembar tiga kat Hospital Putrajaya. Tambahan plak bila nurses sibuk sibuk bagitau yang Mama ni ada sebelah je tiub fallopio & ‘spontaneous conception’ (takdak bantuan kesuburan). Mama biar je laa, sian tengok muka doktor doktor pelatih yang datang tu, masing masing excited, lagi pun for education kan...relakan je laa....
Wokeh, dah sudah crita aktiviti Mama masa dok wad, mai nak crita tentang health problems plak. Memandangkan masa tu Mama memang dah tak brapa larat nak berjalan dah, jalan pun pelan & dalam jarak yang dekat dekat jer, doc suh Mama pakai stokin kaki khas ‘anti-embolism’ minimum 8 jam setiap hari untuk elakkan darah beku sebab kurang bergerak. Stokin tu ketat giler, panjang sampai peha & memang tak selesa langsung lah. Dah la susah nak pakai sebab perut boyot tak leh nak tunduk, kadang kadang terpaksa mintak nurse tolong pakaikan, malu ooo. Ada masa Mama ngelat gak pakai stokin tu, pagi time doktor datang check pakai, tapi tengah hari skit bila dah tak selesa bukak. A few times gak kantoi & kena marah hehe *blushing*
Camni lah rupa stokin 'anti-embolism' tu
(pic dr en google)
Untuk matangkan paru paru bayi plak, doc suh cucuk ubat Dexa. Mama memang jenis tak takut kena cucuk, jarum besar mana pun no hal punya janji time cucuk tu Mama pandang tempat lain hehehe. Tapi cucuk Dexa ni Mama ngeri skit, sebab time ubat tu nak masuk memang sakit tau, dah laa sampai 2 kali kena cucuk (biasa 1 kali dah cukup). Lepas cucuk je dekat 15 minit gak tak leh nak bangun, sebab sakit. Kali kedua cucuk Dexa tu ialah pada hari merdeka, ingat lagi lepas cucuk tu tak sabar sabar nak kluar ke balkoni wad & tengok bunga api ngan nurses semua hehehe. Kalau ikut plan doktor nak suh cucuk 3 kali, nasib baik laa sempat branak dulu :-)
Sepanjang kat wad, Mama tidur sambil duduk, sebab perut menekan paru paru, bila baring mesti sesak nafas. Pinggang pun sakit tatau nak cakap laaa, duduk tak kena baring pun tak kena. Nasib baik katil hospital jenis yang senang nak adjust adjust, kalau katil kat umah tu jenuh timbun bantal lapik blakang bagi tinggi. Pagi pagi plak susah nak bangun, kadang kadang terpaksa minta nurse tolong pegang Mama bagi berdiri, nasib baik nurse semua tak kisah.
Bila dah masuk 30 minggu camtu, perut the very big & tegang sangat sangat sampai trasa pedih kulit. Babies almost 2 kg each, uri pun 2 kg & campur air ketuban lagi, agak agak dalam 10kg jugak lah berat perut time tu (babies dalam 3 kantung tapi share 1 uri). Mama slalu kata kat Ayah kalau nak rasa susah senang mengusung perut ni, cuba laa usung seguni beras yang 10kg tu kehulu kehilir siang malam. Tu pun takkan tau betapa peritnya sebab beras dok diam, babies bergerak aktif, dah laa si kembar 3 ni sejak dalam perut memang lasak tak hengat punya.
Bila diorang bergerak ramai ramai memang sakit, boleh trasa ada kepala menekan kat tulang rusak Mama, at the same time ada kaki tendang pundi kencing & ada yang dok tumbuk perut sampai perut bergegar gegar & naik turun naik turun cam gelombang dilautan (chewah!). Biasanya kalau rasa pergerakan kat satu bahagian perut, immediately lepas tu mesti bahagian lain pun akan rasa pergerakan jugak. Agaknya sebab sempit kat dalam tu, bila sorang baby bergerak terganggu laa babies lain so ramai ramai protes hehehe.
Kadang kadang terkluar gak air mata menahan sakit bila si kembar ni berkarate dalam perut. Pernah sekali tu masa Dr. Jamil tengah scan perut, bebudak 3 orang ni decide nak buat show bergerak serentak, apa lagi terkejut Dr Jamil tengok perut Mama bergegar kuat keatas, bawah, kiri, kanan cam ada gempa bumi hehehe. Stretch marks plak tok sah cakap lah, penuh merah menyala berselirat kat perut, Ayah kata perut Mama nampak cam ‘on fire’ all the time hehehe. Memang amat buruk wokeh.
Ni pic dari google yer, tapi rupa perut Mama lebih kurang camtu laa time pregnant
Bila usia kandungan lebih kurang 32 minggu camtu, Mama kena gatal-gatal teruk & asyik menggaru seluruh badan sampai luka-luka, buruk gila rupa kulit time tuh. Sebab gatal sangat, Mama langsung tak leh tidur, sampai naik bengong rasanya. Pukul 2, 3 pagi tak leh tidur so jalan jalan keliling wad sambil tergaru garu (dah laa jalan pun slow cam siput). Agaknya yang orang kata nampak hantu dok merayau kat wad tu, sebenarnya Mama lah kot hantu tu hehehe. Doktor plak tanak bagi ubat sebab takut negative effect kat babies. Last last Mama sampai menangis merayu rayu “tolonglah doc, bagi la ubat kat saya, cucuk laa apa benda pun...tak tahan dah ni, tolonglahhhh...” sampai doktor panik & cucuk je laa ubat untuk allergy, memang sadis betul. Tapi time tu tak ingat malu dah, memang hampeh hehehe. I still think of it as the worst part of the pregnancy.
Bila kandungan berusia 33 minggu plak, Mama tetiba kena darah tinggi (pregnancy induced hypertension) and doktor kata anytime mungkin kena operate, sebab keadaan tu boleh bahayakan both mother and babies, especially in multiples pregnancy. Berdebar debar nya Mama time tu Allah sajalah yang tahu. Risau memikirkan macam macam kemungkinan. Tak henti henti berdoa mintak darah tinggi tu turun so boleh laa lambatkan branak, sebab lebih lama babies dalam perut lebih bagus untuk perkembangan diorang. After a few days tekanan darah Mama turun skit, so semua orang rasa lega & releks jap.
Tapi bila masuk 34 weeks, tetiba tekanan darah naik balik. Time ni doc kata dah tak leh tunggu dah, mesti operate secepat yang boleh...tapi timbul masalah nak cari 3 ventilator plak, aduhai...Disebabkan entry ni dah panjang mengalahkan karangan SPM, nanti Mama critakan detik kelahiran si kembar ni dalam next entry plak yer... :-)