Salam dears,
Budak Degil, Lady Barbella & one2paii kata Mama sudah hilang identity, so diorang suruh Mama tulis 25 random things about myself supaya Mama tak lupa diri. Actually, dah lama dah kena tag nih… tapi skarang baru nak menjawab hehehe. Anyway, the original tag says:
'Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you.'
So here goes, 25 random things about me:
1. Ogos 1979 ~ masih muda, baru umur 31 tahun
2. 5 December 2004 ~ baru nak masuk 6 tahun kahwin
3. 4 September 2008 ~ dapat bonus pakej 3-in-1 dari Allah :-)
My little bundles of joy :-)
4. Contented with my life, Alhamdulillah...so much to be thankful for :-)
5. Nama Mama start ngan huruf H, nama Ayah ngan huruf Z, tapi nama si kembar tiga start ngan huruf F. Kenapa? Sebab masa dok pilih nama baby, huruf tu je laa yg kitorang dapat cari 3 nama yang both Mama & Ayah suka.
6. I love shopping! Berpandukan pada motto “biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli” hehehe… But sejak ada si kembar tiga, mesti utamakan untuk beli yang perlu dulu sebelum yang tak perlu, tapi kekadang terbabas gak :P… Kalau gatal tangan sangat nak shopping, beli yang murah murah je.
Best tau keja nih...hehe
(pic from en google)
7. Suka kumpul handbag, must have at least 5 handbags yang dalam keadaan baik at any one time. Tak kisah branded or not, janji cantik & harga berpatutan. Dok berkenan handbag Coach dari dulu lagi tapi belum mampu nak beli…
I’m in love… *sigh*
(pic from en google)
8. Rabun jauh – power spek dah 800 lebih huhuhu. Start pakai spek sejak darjah 3. My father, adik beradik & sepupu sepapat belah my father semua pakai spek.
9. Very attached to my handphone…kalau tadak handphone rasa kehilangan jer
10. Ada penyakit resdung & aysik selesema setiap masa.
11. Asthmatic sejak kecik & unfortunately si kembar tiga ikut Mama & semput jugak :-(
Benda yg wajib ada dalam handbag Mama
(pic from en google)
12. Sangat takut & geli ngan ulat, cacing & yang sewaktu dengannya. Pernah terjaga tengah malam berpeluh peluh sebab mimpi cacing merayap atas badan, yukksss! (pikir ni pun dah berdiri bulu roma tau)
13. Suka kaler purple & itu lah theme color masa wedding. Tapi tadak baju kaler purple & banyak baju kaler hitam/gelap.
Gambar dari zaman dinosour
Sekarang dinosour itu sudah semakin membesar hehe
14. Kuat makan & tak leh kelaparan nanti bertukar jadi singa betina…tak percaya pi tanya Ayah hehe… My fevret phrase – lapaq laaa!
15. Kalau ikut ketinggian, badan memang sudah kategori obese.
16. Tetiap hari niat nak diet, tapi bila tengok makanan sedap, cancel diet hari ni…start esok je laa…. Tapi esok plak niat lusa lah baru nak start diet… hancurrr… hehe
17. Tak suka, malas & tak pandai masak. Nasib baik laa dapat hubby yang tak demanding bab makan, buat nasik goreng ikan masin tetiap hari pun dia happy.
18. Suka tudung instant/tudung ekin…sonang hidup pakai tudung camtu kan?
19. Sangat suka guna Victoria’s Secret – Secret Garden beauty products especially body mist, body lotion & body wash. Dah guna sejak sebelum kahwin.
20. Sebelum & semasa mengandung suka baca novels genre chic lit. Lepas beranak taste bertukar baca genre crime thriller plak. Favourite authors - James Patterson & Cody McFadyen.
21. Minat crita Twilight series, dah baca all 4 books & dah berpuluh kali tengok movies Twilight, New Moon & Eclipse. I’m on Team Jacob si werewolf yang super duper cute! Sapa lagi peminat Twilight?
Korang team mana?
(pic from en google)
22. Movie addict and kadang kadang ambik cuti semata mata untuk pi tengok wayang. Tak kisah pi tengok sorang sorang sebab belum tentu Ayah dapat cuti hari yang sama.
23. Tak pandai matematik…. Mama ni otak kalkulator - kalau tak dak kalkulator tatau kira hehe :-P
24. Geografi memang out….sangat sangat tak ingat jalan or directions… jangan tanya directions kat Mama, waste of time jer… tapi kalau tanya nak naik/turun kat stesen LRT mana InsyaAllah Mama tau laa nak jawab hehe
And last but not least…
25. Orang lain bawak keta, Mama bawak lesen jer… penakut driving. Lagi pun kan ke senang naik LRT pi keja, leh save duit minyak & parking… (ni kes nak sedapkan hati sendiri hehe)
Haishhh fenat aih nak tulih sampai 25 benda tuh… Now Mama nak tag semua blog yang pernah buat entry tentang blog Kembar Tiga .... jangan malas malas, semua mesti buat tau hehehe. Pastu tinggalkan link entry korang tu kat bahagian komen ni yer. Sesapa yang Mama tertinggal dari list tu atau sesapa yang dah pernah buat sebelum ni pun sila tinggal kan link kat bahagian komen tu tau, senang Mama nak terjah nanti untuk lebih mengenali korang :-)
Labels: blogger friends, kembar tiga