Salam dears,
Amboi tajuk kemain lagi, macam ada publish buku plak kan...padahal 'dibukukan' dalam bentuk photobook design sendiri je pun hehehe. Sori laa yer kalau ada yang 'tipah tertipu' :-)
Memandangkan kenangan si kembar 3 ni melangkah ke alam persekolahan adalah sesuatu yang amat amat bermakna, maka Mama decide untuk buat satu photobook khas untuk letak benda ni saja.
Walaupun boleh tengok pics tu semua dalam komputer (i.e. softcopy), tapi Mama rasa lebih puas bila dapat pegang & belek belek semua pics tu. Rasa syiok sangat menyelak setiap helaian dalam photobook ni.
Tambahan plak masa tu dapat free voucher, apa lagi penuh semangat aii bersengkang mata sampai kul 1-2 pagi nak siapkan & submit sebelum deadline. Anyways, meh nak tayang skit 'hasil karya' ku ini hehe...
My fav pic as the front cover
Sesi latihan 'simulation' nak ke tandas pun kena lah catatkan, kenangan nih.... ;-)
All smiles :-)
Gelagat si kembar 3 semasa perhimpunan
Gugur juga air mata anakku yang macho *sob*sob*
Precious moments, definitely!
Ni adalah photobook ke-8 yang Mama dah buat. Ada a few more vouchers yang Mama blum guna. Vouchers tu semua Mama beli masa promotion kat Groupon or Mydeal.
Next project Mama nak buat satu photobook khas untuk our recent trip to Farm In The City (FITC). Sebab FITC adalah sangat best & 'layak' untuk dapat 1 photobook khas buat kenangan, chewah!
Hmm entry pasal FITC tu akan Mama update soon, InsyaAllah. Now in the process of sorting out all the pics I took, banyak giler wehh sampai 200++ wokeh! Nak buat camna, best sangat sampai semua benda nak snap hahaha. Tungguuu.... ;-)
Labels: kembar tiga, Photobook, triplets