Salam dears,
Kitorang dah siap beli baju uniform, kasut & beg sekolah dah. We are ready to go to school, yayyy! Err tak lah ready sangat lagi, stationaries & benda lain blum beli lagi. But at least benda yang telan paling banyak belanja, dah settle :-)
Based on entry yang Mama buat sebelum ni, tanya kat mana nak beli baju sekolah, ramai cadangkan Pusat Pakaian Hari-Hari. Especially dalam facebook geng kembar, majoriti kata beli baju sekolah kat Hari-Hari yang terbaik untuk harga berpatutan & kualiti pun bagus. Memandangkan Hari-Hari ni memang tempat favourite Mama untuk shopping baju si kembar 3 (baca entry ini), so that's where went to shop till we drop!
Errr memang rasa macam nak 'drop' pun. Terketar ketar laa jugak kaki tangan semua masa membayar segala benda yang dibeli tu. Iyer laaa...semua benda kena ganda 3, banyak tu! *lap peluh*
Macam macam gaya dak kembar 3 ni bershopping
Faris jadi model cuba try test baju sekolah.
Sorang je try, yang lain pun confirm boleh pakai ;-)
Lepas dah shopping kat Hari-Hari, kitorang gerak ke kedai Swan plak untuk beli beg sekolah. Kawan kawan Mama suggest kalau nak beli beg sekolah, better buy a good beg that can last long & ada warranty. And they suggested brand Swan ni. Beg yang kitorang beli ni ada warranty 3 bulan, start dari bulan Januari hingga Mac tahun depan. Kalau zip rosak ke tali tercabut ke, boleh laa hantar repair, ok laa kan?
Nampak je gambar robot, terus pakat sambar beg tu
Muka puas hati dapat shopping pilih barang sendiri :-)
Banyaknya barang...macam longgokan kat pasar malam jer hehehe
So, how much did we spent? What's the damage? *tekan tekan kalkulator*
- Kasut sekolah RM24.90 x 6 = RM149.40
- Kapur kasut RM2.50 x 1 = RM2.50
- Stokin putih RM6.90 x 3 pack = RM20.70 (1 pkt ada 3 pasang)
- Tali pinggang RM2.90 x 3 = RM8.70
- Baju lengan pendek RM12.90 x 12 = RM154.80 (size 14)
- Seluar panjang RM21.90 x 9 = RM197.10 (size 23)
- Singlet RM4.90 x 6 = RM29.40
- Sapu tangan RM6.90 x 2 kotak = RM13.80 (1 kotak ada 3 keping)
- Botol Air Jony&Jeny x 3 - freegift (yay!)
Total (after 10% discount voucher) = RM518.76
Beg beli kat Swan = RM69.90 x 3 = RM188.73 (after 10% member discount)
Jadinya jumlah semua skali ialah RM707.49 *gulp!*
Errr Mama crita ni siap tulis harga semua tu, sekadar nak berkongsi infor & buat kenangan diri sendiri je ye. Jangan plak ada yang kata Mama nak menunjuk nunjuk ke apa ke. Kalau nak menunjuk, aii pi beli kat London terus laa u hahaha ;-)
Labels: kembar tiga, persekolahan, triplets