Salam dears,
Mama ni kalau beli baju untuk si kembar 3 seboleh bolehnya akan cari yang harga bawah RM15 sepasang, lagi murah lagi bagus. Time Raya setahun skali jaa Mama akan berbelanja lebih skit untuk beli baju my heroes ni. Maklumlah, skali beli kena beli 3 pasang skaligus kan, stakat baju nak pakai basahan hari hari kena laaa cari yang harga mampu milik jer ye dak?
Tapi murah tak bermakna kualiti pun kureng tau, mesti laa Mama cari yang murah tapi kualiti elok & cantik untuk heroes encem tiga orang ni kan. Salah satu port fevret Mama untuk shopping baju si kembar ni ialah SOGO KL. Masa diorang kecik baby dulu leh dikatakan 90% baju diorang dari Sogo. Time Sogo sales Mama borong banyak banyak buat stok setengah tahun kalau boleh hehe.
But sejak
si kembar ni dah masuk kategori 'toddlers', dah susah skit nak beli
baju murah kat Sogo. Kalau bawah RM15 takat dapat tshirt selai jer,
jarang sangat nak dapat harga tu untuk sepasang baju.
Selain Sogo, kadang kadang dari Jusco & Giant pun Mama beli gak. But actually baju budak budak kat Jusco Mama tak brapa suka sebab kalau yang murah bawah RM15 tu kain cotton nya jenis mudah berkedut, kena iron so tak sesuai untuk aii yang sangat 'rajin' nih hehe.
So Mama pun mencari lah port baru untuk shopping baju si kembar and now I found another place that I like - Pusat Pakaian Hari Hari! Mama rasa baju budak kat sana memang ok, harga murah & kualiti pun ok laa untuk the price. And last Saturday Mama dah pi memborong baju untuk si kembar 3 nih, nak ganti baju baju diorang yang banyak dah ketat and lusuh.
9 pasang baju + 1 peket spender for RM138, ok lah kan harga ni kan? :-)
Sibuk nak menyusun baju sendiri :-)
Excited nak pakai baju Spiderman tu dan dan tu jugak hehe
Harga yang aii loike ;-)
Baju Spiderman RM14.90 sepasang, Angry Birds RM13.90 sepasang & RM12.90 sepasang untuk baju Smurfs or 'Lala' panggilan manja si kembar untuk Smurfs hehe.
By the way, ni first time beli baju kaler lain lain untuk the boys & balik umah biar diorang pilih sendiri. For baju Spiderman - Fahmi pilih biru tua, Faris pilih biru terang & Fauzi pilih merah. For Angry Bird - Fahmi awal awal cop kaler purple, Faris ambik merah & Fauzi nak yang biru tua. Nasib baik diorang tak berebut nak kaler yang sama, fuhhh legaaa! Lenkali leh beli baju kaler lain lain camni lagi :-)
Korang plak camna? Biasa shopping kat Hari Hari tak? Tau tak kat mana lagi tempat best nak shopping baju murah tapi berkualiti?
p/s - ni bukan iklan berbayar dari Hari Hari yer, tapi 'iklan' setelah diri sendiri membayar di Hari Hari hehehe ;-)
Labels: kembar tiga, triplets