Salam dears,
Kali terakhir Mama ke Muzium Negara adalah semasa zaman sekolah dulu. Err dah berpuluh tahun dulu laa tu! Masa tu tak silap Mama, ada pameran dari kubur kot. Sejak si kembar tiga ni dah besar skit, dah masuk sekolah, Mama ada gak pasang niat nak bawa diorang ke Muzium Negara.
Tapi...biasa laa kan, disebabkan muzium tu dekat je, asyik laa bertangguh nak pergi. Akhirnya baru-baru ni, atas jemputan daripada Tripovo dan Muzium Negara, kami sekeluarga sampai juga ke sana, yayyy!
Tapi...biasa laa kan, disebabkan muzium tu dekat je, asyik laa bertangguh nak pergi. Akhirnya baru-baru ni, atas jemputan daripada Tripovo dan Muzium Negara, kami sekeluarga sampai juga ke sana, yayyy!
Mempelajari Sejarah Malaysia
Sempena Hari Muzium Antarabangsa yang bakal disambut pada 18 Mei 2016, Muzium Negara dengan kerjasama Tripovo telah mengadakan program bersama bloggers dan pengamal media sosial. Haaa ini kali pertama tau Muzium Negara bekerjasama dengan bloggers. Bangga aii dapat jadi sebahagian daripada 'sejarah' Muzium Negara gitu hehe
Anyways, program yang dinamakan 'Discovering Malaysia's Painted Heritage' ni umpama lawatan sambil belajar. Rasa macam ikut rombongan sekolah plak masa tu. Terus terasa diriku muda kembali hehe ;-)
Hampir dua jam juga kami habiskan masa melawat ke seluruh Muzium Negara yang dibahagikan kepada empat seksyen iaitu Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Setiap galeri tersimpan kisah yang tersendiri, menarik!
Yang buat jadi lagi best ialah kami ada 'tour guide' untuk menerangkan tentang segala artifak yang dipamerkan. Banyak fakta menarik dikongsikan oleh Mr. Yee, 'tour guide' kami. Relaks je dia melayan pelbagai soalan yang diajukan, respeklah!
Mr. Yee bersemangat bercerita
Sambil dengar penerangan daripada Mr. Yee, Mama tak jemu jemu ambil gambar. Rasa macam semua artifak tu nak snap gambar, sebab bukan nak dapat tengok dah kat tempat lain. Meh nak share kan sikit kat sini, nak tengok yang lain tu...korang kena lah pergi sendiri ke Muzium Negara ye...
Galeri A: Sejarah Awal
Replika tengkorak 'Manusia Jawa' yang dianggarkan berusia 500,000 tahun
Diantara alatan yang digunakan semasa Zaman Neolitik
Batu ni digunakan sebagai penanda sempadan kawasan
Pengkebumian kubur batu kepingan
Pengkebumian dalam tempayan
Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu
Rupa rupanya tengkolok ada pelbagai gaya ikatan, mengikut negeri
Nama tengkolok ni menarik sangat...
Kiri - Destar Ketam Budu (Kelantan)
Kanan - Tengkolok Dendam Tak Sudah (Perlis)
Sandal kayu...camna nak pakai tu?
Kalau Mama pakai, baru satu langkah dah tercabut dah kot hehe
Kain cindai dan kain sari. Selalu dok dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi 'cindai lah mana..', kali ni dapat tengok dengan mata sendiri :-)
Bunga Mas ni menarik perhatian Mama, sebab cantik! Ianya adalah ufti yang dihantar setiap tiga tahun oleh raja-raja Melayu kepada Raja Siam sebagai lambang persahabatan. Raja Siam balas balik dengan barang-barang sama nilai. Amalan yang bermula pada abad ke 14 dan dihentikan pada penghujung abad ke-19. Kenapa? Kena buka balik buku sejarah ni... .
Al-Quran seratus tahun yang ditulis tangan, keadaannya masih elok lagi. Kagum.
Posing acah acah model adalah salah satu agenda yang wajib ada bila pergi ke Muzium Negara hehe
Galeri C: Era Kolonial
Replika pintu gerbang Kota A' Famosa di Melaka
Peta laluan kedatangan Portugis ke Melaka
Replika kapal korek yang digunakan untuk melombong bijih
Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun semasa zaman pendudukan Jepun dulu
Pakaian dan pedang tentera Jepun
Okeh...meriam ni selamat dipeluk hehehe
Galeri D: Malaysia Kini
Pernah tengok tak 'typewriter' camni? Budak budak zaman sekarang entah entah tak tahu pun benda ni pernah wujud kan?
Kronologi zaman darurat di Tanah Melayu
Pelbagai simbol parti politik
Keratan akhbar mengenai usaha kearah mencapai kemerdekaan
Merdeka! Merdeka!
Korang hafal tak Rukun Negara? Sapa tak tahu memang nak kena babab nih! hehe
Mencanting dan Mewarna Batik
Selepas 'guided tour' tu, kami diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik plak. Haaa ni aktiviti yang paling si kembar suka! Bersemangat diorang mewarna batik, seronok tengok :-)
Pegawai dari Muzium Tekstil memberi penerangan ringkas tentang cara cara menghasilkan batik.
Ayah cuba mencanting batik. Nampak tak muka tak puas hati si Fahmi tu? Dia kecoh kata Ayah buat tak lawa hahaha.
Mama pun nak cuba juga :-)
Si kembar berebut rebut mewarna. Tengok diorang teruja sangat, En. Sil daripada Tripovo suruh ambil lagi kanvas lain. Puas laa si kembar dapat mewarna sorang satu. Terima kasih Tripovo!
Bangga dengan hasil tangan masing-masing.
Mahal tau ni...sangat sangat 'limited edition' gitu hehe
Lepas mencanting batik, kami disajikan dengan 'Chicken Roulette' daripada Huios Meal Prep. Sedap, mengenyangkan dan menyihatkan. Kurang daripada 300 kalori, memang sesuai sangatlah untuk sesiapa yang tengah jaga badan tu. Packaging pun smart & stylo, aii like!
Bergambar kenangan bersama team Tripovo, pegawai muzium dan bloggers yang hadir.
Semua happy dan puas hati :-)
Alang alang dah ada kat sana, sebelum balik tu kami sekeluarga sempat melawat pameran Seni Muzik Gambus dan juga jalan jalan bergambar di sekitar Muzium Negara.
Kereta Proton Saga putih ni betul betul menggamit kenangan, sebab Abah Mama adalah diantara yang terawal membelinya masa kereta Proton Saga mula dikeluarkan dulu. Ingat lagi, betapa bangganya dapat naik kereta Proton masa tu. Well, walau apa pun, sampai sekarang masih bangga dengan Proton :-)
Best ke Muzium Negara?
Bila ditanya si kembar tiga ni, best tak Muzium Negara? Jawapan diorang "Best! Kitorang main perang-perang...lukis batik...best!". Main perang perang masa tengok meriam dan pistol semua tu lah tu hahaha. Itu juga yang diiingat, budak lelaki kan ;-)
Memang kami sekeluarga seronok sangat melawat Muzium Negara hari tu, banyak yang dapat dipelajari. Tambah plak pegawai Muzium Negara serta team Tripovo semuanya ramah dan bagi layanan mesra belaka, membuatkan lebih selesa dan enjoy!
Ohh yaa kalau nak mencanting batik tu, kena hantar permohonan ke Muzium Negara sebulan sebelum pergi. Minimum 10 orang satu kumpulan dan bayaran hanya RM7 untuk setiap kanvas dan bahan-bahan. Memang berbaloi, satu pengalaman yang 'priceless'.
Haaa pada 18 Mei 2016 ni, sempena Hari Muzium Antarabangsa, kemasukan ke 22 buah muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia adalah PERCUMA tau! Hmm kalau hari hari biasa pun, bayaran masuknya murah je, memang mampu bayar lah...
Bila ditanya si kembar tiga ni, best tak Muzium Negara? Jawapan diorang "Best! Kitorang main perang-perang...lukis batik...best!". Main perang perang masa tengok meriam dan pistol semua tu lah tu hahaha. Itu juga yang diiingat, budak lelaki kan ;-)
Memang kami sekeluarga seronok sangat melawat Muzium Negara hari tu, banyak yang dapat dipelajari. Tambah plak pegawai Muzium Negara serta team Tripovo semuanya ramah dan bagi layanan mesra belaka, membuatkan lebih selesa dan enjoy!
Ohh yaa kalau nak mencanting batik tu, kena hantar permohonan ke Muzium Negara sebulan sebelum pergi. Minimum 10 orang satu kumpulan dan bayaran hanya RM7 untuk setiap kanvas dan bahan-bahan. Memang berbaloi, satu pengalaman yang 'priceless'.
Haaa pada 18 Mei 2016 ni, sempena Hari Muzium Antarabangsa, kemasukan ke 22 buah muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia adalah PERCUMA tau! Hmm kalau hari hari biasa pun, bayaran masuknya murah je, memang mampu bayar lah...
Mama rekemen untuk korang melawat Muzium Negara, terutama budak-budak sekolah. Barulah boleh tengok sendiri artifak sejarah yang selama ni hanya baca dalam buku saja. Bawa satu famili kesana ala ala lawatan sambil belajar, berbaloi untuk anak anak...dan korang juga :-)
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Tripovo Malaysia
Website: Tripovo
Instagram: GoTripovo
Facebook: GoTripovo
Tel: +603-2630 8346
E-mail: hello@tripovo.com
WhatsApp: +60 16-235 4098
Muzium Negara
Website: Muzium Negara
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ditutup pada hari raya pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Dah lama wawa tak gi muzium..
ReplyDeleteSeronoknya ke muzium negara. Nani tak pernah lagi ke sana. Hehe
ReplyDeleteTunggu anak besar sikit baru ajak dia ke muzium negara..
ReplyDeleteMasa sekolah je sy rajin g muzium ni. Dh kerja ni mcm jarang2 sgt.
ReplyDeleteNew Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz
baru aida teringat.
ReplyDeletelangsung tak buat entry tentang gi muzium dgn anak2.
terlupa langsung.
hu hu hu :(
ok la. lain rasa nyer kita gi dulu as a murid and now as a parent.
langsung tak best! tapi anak2 suka.
suka masuk museum. tapi tak pernah jejak lagi ke museum negara. nak kena masuk skali ni
ReplyDelete