Tuesday, May 17, 2016

Akhirnya Bertukar Juga...

Salam dears,
Setelah 6 tahun berblog, akhirnya...blog mamakembar3.blogspot.my dah bertukar kepada mamakembartiga.com. Yup, dah tukar ke domain dot com dah, yayyy! Rasa macam blog dinaik taraf plak hehehe.

Kenapa Mama nak tukar ke domain dot com? Sebab utama ialah nak rasa yang blog ini adalah milik Mama, bukan sekadar 'blog pinjam' saja. Lagipun, Mama risau sangat kalau suatu hari nanti tiba-tiba blog Mama kena delete oleh Google. Sebab terlalu banyak kenangan indah yang dicoretkan dalam blog ni, terutama kisah tentang si kembar tiga. Kalau tiba tiba blog ni hilang, memang nangesss lah weiii huhuhu


(pic dari Google)

5 Sebab Blog Perlu Ada Domain Sendiri (sumber)
    1. Pihak Google akan sesuka hati delete/padam blog yang ber-dot-blogspot pada bila-bila masa sahaja dia nak. Tanpa notis, tanpa diberitahu oleh Google, dia boleh tiba-tiba je delete blog blogspot yang dia mahu. Sebab apa? Sebab blog yang .blogspot ni kan free, tidak berbayar. So, Google boleh la delete sesuka hati.
    2. Lebih yakin berblogging sebab dah ada domain sendiri.
    3. Lebih PROFESSIONAL.
    4. Menunjukkan kita lebih serius dalam dunia blogging.
    5. Lebih berani untuk mempromosikan nama blog
    Ohh yaa...Mama guna khidmat blogger Hafiz Rahim untuk uruskan tukar domain ni. Sebab Mama tak pandai dan tak yakin nak buat sendiri, jadi lebih baik serahkan pada yang pakar. Lagipun murah je, tak berlubang poket punyalah hehe. Hanya RM50 je iaitu RM30 untuk domain dan RM20 upah, ok sangat lah bagi Mama. 

    Berurusan dengan Hafiz pun senang, lepas dah bayar tu cepat je dia buatkan. Kalau berminat, korang boleh hubungi Hafiz di Facebook Hafiz Rahim atau e-mail ke hafizmdrahim@gmail.com

    Moga moga dengan adanya domain sendiri ni, Mama akan lebih bersemangat untuk berblog, InsyaAllah. Hmm lepas ni nak tukar layout blog plak kot. Dah terlalu lama rasanya blog Mama ni tak berubah wajah. Nak tukar ke 'look & feel' yang lebih 'simple' dan menarik. Tapi tak tahu lah macam mana rupanya tu hahaha. Tungguuu... ;-)

    13 comments:

    1. alhamdulillah ..tahniah sis! kita pun baru tukar tahun ni gak hehe :D

      ReplyDelete
    2. tahniah :D ..saya tahun lepas tukar domain sendiri tapi domain unik sikit..heeee

      ReplyDelete
    3. betul tu kak..Fida pun dah berjaya tukra ke domain sendiri..Rasa org akan lebih yakin dgn blog kita

      ReplyDelete
    4. tahniah..nampaknya usaha untuk lebih serius dalam blog dah kesampaian kan

      ReplyDelete
    5. alhamdulillah..tahniah mama..lebih memberi kepuasan dan kegembiraan...syukur..teruskan berkongsi ceritera si anak syurga ya..3F's..

      ReplyDelete
    6. Alhamdulillah.. bagus ye dah ada domain sendiri.. saya pun ada angan2 nak ada domain sendiri.. Insya-allah suatu hari nanti.

      ReplyDelete
    7. Bestnya dah tukar. Scarynya baca yg nombor 1 tu. Nak tukar gak lah macam ni.

      ReplyDelete
    8. Alhamdulillah kak! Tahniah dah ada domain sendiri...

      ReplyDelete

    9. Salam Mama,

      Tahniah dah tukar domain baru...

      ReplyDelete
    10. Dah lama rasa nak tukar kr dot com gak..tp tak berat nak buat..huhu. Tp baca pasal kene deleted tu..mcm seram jer..kene gak buat.. Ada effect lain tak? Org tak ley carik ker contohnya..atau kat side bar tak update..

      ReplyDelete
    11. Aty Fared: Bila tukar domain, bloglist hilang, dan akan ada effect kat trafik & pagerank. Tapi dari apa yg i baca bloggers lain kata boleh back to normal cuma kena usaha untuk naikkan baliklah.

      ReplyDelete