Thursday, September 24, 2015

Tragedi Rempuhan Di Mina

Salam dears,
Sedih, sayu rasa hati bila dengar tentang tragedi rempuhan ketika jemaah haji melontar Jamrah di Mina hari ni. Terkedu bila berita tadi melaporkan seramai 453 orang jemaah yang maut dan 719 cedera, dan angka ni mungkin akan meningkat lagi. Setakat ni dilaporkan tiada jemaah dari Malaysia yang terkorban. Berita penuh di http://www.astroawani.com/berita-dunia/insiden-rempuhan-mina-453-jemaah-haji-terkorban-719-cedera-74372

Tak dapat bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga mangsa. Takziah untuk semua ahli keluarga. Moga jemaah yang terkorban akan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman, Amin.

Hmm pelbagai dugaan dalam musim haji tahun ni kan? Beberapa minggu lepas kren tumbang, sekarang tragedi ni pula. Mungkin ada peringatan dari Yang Maha Esa untuk kita semua...

3 comments:

  1. dugaan demi dugaan buat umat manusia kan..

    ReplyDelete
  2. Semoga ahli keluarga tabah menerima dugaan ini.

    ReplyDelete
  3. fifi masa tahu berderau darah.. abah ummi dan atuk ada di sana..

    ReplyDelete