Thursday, September 10, 2015

Tak Bebas Bila Ada Anak?

Salam dears,
Masa bujang dulu, Mama suka juga keluar dengan kawan kawan perempuan. Bukan pergi mana pun, setakat pergi tengok wayang, lepak mengopi kat Starbucks kaa Gloria Jane ka. Buat release tension lepas penat kerja.

Tapi lepas ada anak anak, jarang sangat sangat nak keluar melepak dengan kawan kawan. Kalau jumpa geng pun, setakat 'lunch date' je. Sebab lepas kerja & hujung minggu, dok umah layan anak anak. 

Sampai kan ada juga kawan yang tegur kata Mama ni dah tak 'fun' dan 'no life'! Well...mungkin ada betulnya, lepas dah ada anak anak, gaya hidup automatik akan berubah.

Terutama sekali masa si kembar 3 ni kecik babies, kitorang jarang sangatlah nak berjalan jalan ke mana pun. Ye lah, bukan mudah nak uruskan 3 babies. Kang baru je kluar dah ada yang nak susu, ada yang termuntah, yang nak tukar pampers etc etc. Tu belum kira lagi sesi meragam & meraung berjemaah huhu. 


Bila si kembar 3 dah besar skit umur 3 tahun ke atas tu, kitorang dah berani juga lah bawak jalan jalan ke shopping mall atau kedai makan ke. Tapi bila ada kawan kawan yang ajak keluar lepak malam malam, memang Mama say no je lah. Sebab masa tu memang bagi Mama nightlife = bangun menyusu hahaha


Tapi sekarang ni, Mama rasa si kembar dah agak boleh dikawal dan boleh laa kitorang keluar dengan kawan kawan. Kalau geng ada anak anak kecik lagi senang, masing masing faham. Tapi tu pun kena tengok jugaklah, kalau hujung minggu ok. Kalau hari sekolah, susah laa skit. Sebab rutin tiap malam nak kena buat homework. 

Hmm macam tu laa kan hidup ni berubah bila dah ada anak anak. Nak buat apa pun kita akan fikir tentang anak anak dulu. Kalau nak dikata bila ada anak hidup kita dah tak bebas, well....apa lah sangat berkorban skit kebebasan tu, tak rugi apa apa pun. Kalau kita korbankan masa dengan anak anak, itu yang rugi sebenarnya kan? 

Bila anak anak dah besar berdikari nanti, nak pi lepak kedai mamak 3 hari 3 malam sampai mamak tu suh balik pun sila kan lah, ye dak? ;-)

Cinta hati Mama. Hidup Mama :-)

Hmm sejak kitorang jadi sebahagian daripada keluarga #KelabBloggerBenAshaari, terasa macam hidup kembali 'havoc'. Sebab dapat join macam macam aktiviti dan ramai geng. Dan paling syiok, bila aktiviti yang boleh bawa famili dan anak anak. Contohnya, hujung minggu ni ada Family Day KBBA, tak sabaqnya nak pi! Yahoooo! *joget*joget*

11 comments:

  1. Sedihnya.. fiza xdpt join Family day tu.hukhuk

    ReplyDelete
  2. hensemlah korang ni,.,,,nak cop satu..hehe

    ReplyDelete
  3. Dah besar dah kembar 3.. Btw,Memang bila ada anak, hidup seorang wanita tu berubah 360 darjah especially kalau anak yang fully breastfeeding

    ReplyDelete
  4. Tengok kawan kawan ena yang dah kahwin serta ada anak, jarang dah tengok mereka pergi keluar. Tambah2 ada anak kecil. Huaaaaaaa, ena pun bakal jadi sedemikian duatu hari nanti.. Pengorbanan seorang ibu

    ReplyDelete
  5. bestnya kembar tiga.. mummy takyah kembar, 2 hero pun dah kelam kabut. tp bila dorang dh besaq memang best... dorang bole jadi bodyguard mummynya. hehehehe

    Slm Perkenalan : http://notachentamummy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. bila la dapat jumpa mama kembar 3 nie lagi..seronok tengok gelagat kembar

    ReplyDelete
  7. Handsome laaaa ank mama ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. wah... padai posing ambik gambar...

    kembar 3 selalu kelahi tak?

    ReplyDelete
  9. aida sengaja korban kan masa "bujang" sebab anak2, nani.
    kesian tinggalkan diorang.
    kalau ke mana-mana jumpa kawan mesti bwk diorang.
    jarang kot gi sendiri...

    ReplyDelete