Salam dears,
Kalau nak tengok movie yang tak banyak drama atau topik yang berat, tak
perlu banyak fikir, then korang boleh lah tengok movie ‘The Intern’ ni. Sebab
bagi Mama, movie ‘The Intern’ ni adalah movie komedi yang jalan ceritanya simple
& fun.
Pelakon utamanya pun pelakon terkenal iaitu Robert De Niro dan Anne
Hathaway. Walaupun watak diorang ni tak lah mencabar sangat (sebab diorang
pernah bawak watak yang lebih demanding), tapi Mama seronok tengok gandingan
diorang, macam sesuai je.
Selalunya ‘Intern’ ni ialah orang muda i.e. budak kolej/universiti kan? Tapi dalam cerita ni, intern tu ialah Ben Whittaker (Robert De Niro) yang
dah berumur 70 tahun! Dan bos nya ialah Jules Ostin (Anne Hathaway), yang
mempunyai bisnes menjual pakaian secara online.
Mula mula Jules tak nak Ben kerja ngan dia, siap suruh transfer ke
deparment lain. Tapi kemudian Jules berubah fikiran. Nak tau kenapa? Haaa
korang kena lah tengok sendiri yer hehe.
Banyak gak part yang kelakar. Terutama sekali masa Ben dan beberapa
orang intern lagi buat ‘misi rahsia’ dan pecah masuk ke rumah ibu Jules untuk delete email yang Jules tersalah hantar. Kelam kabut! hehehe

Official trailer

Official trailer
Overall, Mama enjoy tengok movie ni. Sebab keluar dari tanpa ada rasa
penat nak fikir ‘kenapa macam tu?’, ‘kenapa dia tak buat bla bla bla’. Cuma,
ending nya ja buat Mama terasa ‘ehh habis camtu je?’. But ok lah, takdelah
sampai termimpi mimpi nak fikir kenapa. Masuk panggung releks, keluar panggung
pun releks. Enjoy :-)
Nak tengok nak tengok...
ReplyDeleteLatly byk movie best2 lah...hari sabtu malam kena beli CD ni hehehe
ReplyDelete