Movie Review: The Intern

Salam dears,
Kalau nak tengok movie yang tak banyak drama atau topik yang berat, tak perlu banyak fikir, then korang boleh lah tengok movie ‘The Intern’ ni. Sebab bagi Mama, movie ‘The Intern’ ni adalah movie komedi yang jalan ceritanya simple & fun.

Pelakon utamanya pun pelakon terkenal iaitu Robert De Niro dan Anne Hathaway. Walaupun watak diorang ni tak lah mencabar sangat (sebab diorang pernah bawak watak yang lebih demanding), tapi Mama seronok tengok gandingan diorang, macam sesuai je.

Selalunya ‘Intern’ ni ialah orang muda i.e. budak kolej/universiti kan? Tapi dalam cerita ni, intern tu ialah Ben Whittaker (Robert De Niro) yang dah berumur 70 tahun! Dan bos nya ialah Jules Ostin (Anne Hathaway), yang mempunyai bisnes menjual pakaian secara online.

Mula mula Jules tak nak Ben kerja ngan dia, siap suruh transfer ke deparment lain. Tapi kemudian Jules berubah fikiran. Nak tau kenapa? Haaa korang kena lah tengok sendiri yer hehe.

Banyak gak part yang kelakar. Terutama sekali masa Ben dan beberapa orang intern lagi buat ‘misi rahsia’ dan pecah masuk ke rumah ibu Jules untuk delete email yang Jules tersalah hantar. Kelam kabut! hehehe


Official trailer

Overall, Mama enjoy tengok movie ni. Sebab keluar dari tanpa ada rasa penat nak fikir ‘kenapa macam tu?’, ‘kenapa dia tak buat bla bla bla’. Cuma, ending nya ja buat Mama terasa ‘ehh habis camtu je?’. But ok lah, takdelah sampai termimpi mimpi nak fikir kenapa. Masuk panggung releks, keluar panggung pun releks. Enjoy :-)

Labels: