Monday, September 21, 2015

Kuasa Seorang Guru...

Salam dears,
Guru adalah satu profession yang mulia. Dan tugas seorang guru bukanlah mudah, berat tanggungjawab yang dipikul. Malangnya, ada juga memandang rendah kerjaya guru ni. Kerja mudah lah, gaji kecil lah dan macam macam lagi lah benda yang tak sedap didengar. Betul tak? So bila Mama terjumpa ni kat satu blog, terasa nak kongsikan kat sini. 
So pada sesapa yang pandang rendah pada profession guru ni, dan anggap ianya tak berbaloi dan gaji kecil. Well, sila ubah pandangan anda. Guru membawa perubahan, guru mendidik dan 'menghasilkan' generasi masa depan. Apa pula yang korang hasilkan? Ko hado? ;-)

Hmm Mama tahu perit jerihnya kerjaya seorang guru sebab Abah Mama adalah guru yang dah pencen. Masa Abah masih bekerja dulu, boleh dikatakan sekolah Abah Mama umpama rumah kedua kami. 

Hujung minggu pun disekolah, malah malam malam pun pernah usung bantal pergi sekolah ikut Abah siapkan kerjanya. Sebab dulu mak Mama bekerja sebagai jururawat, kalau dia shift malam, takdak sapa nak jaga kami adik beradik kat rumah. Jadi beramai ramailah ikut Abah ke sekolah. 

Tapi Alhamdulillah, sampai sekarang ada je anak anak murid Abah yang ingat dan sentiasa menghubunginya. Kenang jasa Abah mendidik diorang dulu. Now you tell me, berapa banyak profession atau kerjaya, yang akan menyebabkan orang ingat dan terhutang budi kat kita sampai bila bila? Tak banyak, tapi GURU adalah salah satu daripadanya, betul tak?

Terima kasih Cikgu! :-)

1 comment:

  1. Bukan mudah nak mendidik, tambah pulak zaman sekarang yang agak mencabar :)

    ReplyDelete