Salam dears,
Tiga hari lepas Mama sekeluarga berada di Kedah, balik kampung. Terasa 'sedap' je menghirup udara di sana yang tak berjerebu teruk macam kat Cheras ni. Tapi pagi ni, dalam rumah sendiri pun dah rasa tak selesa! Tak sanggup nak buka sliding door dan tingkap pun, sebab rasa macam berbau asap penuh rumah. Serius rasa rimas!
Setakat jam 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Cheras dah cecah 183, ditahap Tidak Sihat dah tu. Sementara Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, Batu Muda Kuala Lumpur dan Putrajaya dah cecah bacaan Sangat Tidak Sihat iaitu melebihi 200++.
Harap harap sekolah akan ditutup sepanjang jerebu teruk. Kesian budak budak kalau kena ke sekolah dalam keadaan macam ni. Untuk esok, 28 September 2015, dah pun diumumkan sekolah ditutup di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sri Aman, Kuching serta Samarahan, Sarawak akibat jerebu (sumber).
Kalau korang nak semak status Indeks Pencemaran Udara (IPU), boleh semak di website APIMS (klik SINI), atau download je apps ke handphone korang. Mama guna apps 'Malaysia Air Pollution Index' yang didownload dari Google Play Store. Banyak lagi apps yang korang boleh download.
Sepanjang musim jerebu ni, eloklah kita ambil langkah berhati hati termasuklah (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia):
- Kurangkan aktiviti fizikal diluar rumah
- Sentiasa cuba berada didalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada diluar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3-ply. (Mama beli mask kat farmasi Guardian je, kat kedai D.I.Y dan klinik pun ada jual)
- Pastikan udara didalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok!
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
- Banyak minum air kosong (sekurang kurangnya 8 gelas sehari)
- Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar
Boleh baca kat website Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lebih banyak panduan berkaitan jerebu, klik SINI. Apa apa pun, take care dan jaga kesihatan semasa musim jerebu ni yang dijangka akan berakhir awal Oktober nanti. Dan teruskan berdoa moga moga jerebu ni akan cepat berlalu, InsyaAllah.
Update:
Makin teruk jerebu.. Haritu dah macam okay.. Ni jadi balik.. Allahu
ReplyDeletesatu-satunya tempat yang berjerebu sepanjang masa ialah JELEBU.... tekan..tekan apa yang patut
ReplyDeletesampai sekarang konfius nak sebut jerebu ke jelebu. hahahahah
ReplyDelete