Salam dears,
'A picture paints a thousand words'. 'Biar gambar berbicara'.
Mesti korang pernah dengar kata kata tu kan? Bila ada sesuatu majlis atau peristiwa yang istimewa, kita selalu nak dapatkan gambar terbaik untuk 'capture' momen momen indah kan? Agar tak perlu dirungkai dengan kata kata, saat tengok gambar je kita dah boleh 'throwback' ke tika dan saat itu.
Sebab tu lah bila Kaio Studio menjadi fotografer rasmi untuk Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari baru baru ni, Mama rasa teruja sangat kerana Mama pernah tengok hasil kerja diorang sebelum ni.
Dan, sesungguhnya Kaio Studio telah berjaya menghasilkan gambar dan video yang sangat cantik! Tiap kali tengok semua gambar dan video tu, terbayang dan teringat ingat kemeriahannya, seolah olah kami masih disana.

Ada banyak lagi kat Instagram @KelabBloggeBenAshaari, sila pi tengok. So kalau korang sedang mencari fotografer dan videografer untuk majlis istimewa korang, memang sangat recommended untuk guna khidmatnya. Meh nak cerita sikit tentang Kaio Studio...
Khairul Anwar Abdullah atau Kaio
Bukan calang-calang orangnya, Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya, adalah Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.

Kaio juga merupakan seorang blogger tau. Dia bermula pada tahun 2009 secara suka-suka je. Tapi kemudiannya mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri dan bekerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari.
Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.
Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepetti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.

Selain dari negara Eropah dan Timur Tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara Asia Tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana.
Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’
Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.
Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza.
Pencapaian Kaio Studio:
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio, boleh tengok kat lins ni:
• Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik
• Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8
• Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8
Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.
Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.
Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.
Bagi yang berminat nak dapatkan video dan gambar terbaik, hubungilah Kaio Studio!
Website www.kaiostudio.com
Instagram www.instagram.com/kaiostudio
Youtube www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook www.facebook.com/kaiocreativestudio
Personal Blog www.kaio.my
Instagram www.instagram.com/kaio_my
Cantik gambarnya !
ReplyDeleteMantaplahhhh gambar gambar yang Kaio snap
ReplyDeleterezeki anak melayu.
ReplyDeletekita kena support anak bangsa seagama kita !