Friday, September 18, 2015

Bila Anak Meragam dan Mengamuk!

Salam dears,
Anak kecil meragam, mengamuk tu perkara biasa lah kan? Kadang kadang kita tak tahu pun apa punca yang menyebabkan anak mengamuk. Dari sekecil kecil perkara, boleh jadi kecoh dengan raungan & tangisan anak. 

Bila anak menangis meraung, kita sebagai ibu bapa ni pun boleh hilang sabar, betul tak? Tambah plak kalau dah berkali dipujuk, masih tak mahu berhenti buat perangai. Hoihhh memang boleh bikin blood go upstairs lah.

Macam hari tu di Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari, masa dinner malam pertama di sana, ntah kenapa si Faris buat perangai. Mama pun dah lupa apa penyebabnya tapi dia meragam menangis nangis, sampai masuk sembunyi bawah meja makan tau! 

Lagi dipujuk lagi menjadi perangai dia. Di tendang tendangnya kerusi dan kaki meja, sampai tertumpah air kat atas meja. Huhhh masa tu memang tahap kesabaranku dihujung tanduk betullah. Marah dan malu! Malu dengan bloggers lain yang ada kat situ huhuhu.

Mama cuba paksa dia keluar dari bawah meja tu tapi dia tetap tak nak! Mama gerammm sangat masa tu, cubit dia skit. Lagi kuatlah raungan dia huhuhu. Dah mati akal macam mana nak tenangkan dia, sudahnya Mama terpaksa tarik juga Faris kuat kuat sampai keluar dari bawah meja. Pastu dukung dan bawa dia jauh dari tempat makan tu. 

Mama peluk dia kuat kuat sambil berzikir. Baca surah Al-Fatihah dan hembuskan kat ubun ubun dia. Mula mula dia meronta ronta sambil pukul & tumbuk juga Mama. Tapi Mama tetap peluk dia kuat kuat sambil berzikir. Lama kelamaan, tangisan dia pun reda dan dia mula cool down. Lama juga lah Mama habiskan masa memujuk dia tu, tapi Alhamdulillah lega sangat bila dia kembali tenang dan nak pergi makan dinner. 

Budak manja ;-)

Mama sebenarnya masa tu risau juga, kalau kalau ada 'gangguan' lain. Sebabnya tempat kitorang pergi tu kat dalam kawasan pendalaman dan kitorang memang tak pernah pergi kesitu. Malah ada kawan kawan yang ceritakan ada nampak 'sesuatu' disana. Huishhh bila diingat balik, syukur Alhamdulillah tak jadi lebih teruk. Mintak dijauhkanlah daripada benda benda yang tak elok, Amin.

Anyways, ni ada beberapa tips yang Mama jumpa di website DoktorBudak.com tentang cara tangani anak mengamuk atau sedang tantrum:

Pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat. Kadang kadang ada anak yang mengamuk hingga cederakan diri sendiri. Contohnya hantuk kepala ke dinding, tendang benda, ambik benda tajam etc etc.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Cuba buat seolah tak peduli dan abaikan je anak yang tengah mengamuk tu. Kadang kadang bila kita beri perhatian & layan, lagi menjadi jadi perangainya. 
  • Jangan hukum anak anda. Jangan pukul anak kerana ia akan menyebabkan tantrum jadi lebih teruk. 
  • Jangan berikan ganjaran. Jangan bagi apa yang anak minta, semata mata untuk bagi anak berhenti mengamuk. Sebab ni seolah olah 'mengajar' anak bahawa dia boleh gunakan tantrum untuk manipulasi keadaan (i.e. dia boleh dapat apa yang dia nak dengan buat perangai/mengamuk)
  • Jika boleh, asingkan anak anda. Guna kaedah 'time-out'. Bawa anak tu jauh dari tempat orang ramai atau bawa anak masuk ke bilik kejap dan biarkan dia sendiri untuk tenangkan dia. Kalau risau keselamatan anak, duduk berhampiran & perhatikan dia tapi jangan berikan sebarang tindakbalas, jangan pandang dia pun. Bila dia dah tenang baru lah duduk bercakap dan berbincang tentang perangai dia.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu. Walau apa pun reaksi orang sekeliling, ibubapa kena tenang dan 'cool' dalam menghadapi kerenah anak anak. 

Apa apa pun, ikut pengalaman Mama, berzikir dan surah Al-Fatihah lah cara paling berkesan untuk tenangkan si kembar 3 ni :-)

5 comments:

  1. Sangat mencabar tu ble anak mengamuk kt tpt awam.. Betul cara mama tu, wawa pn pernah terbaca tips parenting.. Kalau tak nak bagi anak mengamuk lama, awal2 kita peluk anak, baca surah2 pendek dan cakap slow2 kat die, faris budak baik, faris bijak, faris hebat n macam2 perkataan positif.. InsyaAllah anak2 akan tenang..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips tu...memang selalu buat gitu kalau tiba-tiba anak mengamuk terutama kalau tempat yang tak pernah sampai.

    ReplyDelete
  3. Jadi panduan untuk PC masa akan datang ni mama..ragam anak anak sukar dijangkakan..ibu bapa kena sentiasa bersedia..

    ReplyDelete
  4. good tips mama... saya pun selalu duk betanya kat diri sendiri, macam mana nak bagi anak2 ni tak mengamuk atau macam mana nak kawal anak2 ni bile dieorang mengamuk.. huhu... kadang2 kite pun hilang sabar juga

    ReplyDelete
  5. ragam anak-anak kan....dah besar esok lain pulak ragamnya....pahit manis masam menjaga mereka:)

    ReplyDelete