Nak Nangis di Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari!

Salam dears,
Sedih, sayu...pilu...itulah yang Mama rasa masa nak balik dari Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Setelah 3 hari 2 malam dapat habiskan masa dan enjoy sakan bersama sama, rasa berat je bila kena 'berpisah'. Walaupun aii nampak macho diluar dan cover line tak nangis, tapi dalam hati berjurai jurai air mata ku menitis tau huwaaaa.

Sebabnya selama Family Day tu, memang terasa kemeriahan dan keseronokkan jadi sebahagian daripada keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) ni. Walaupun tempatnya tak lah seberapa & ada kekurangan, tapi itu semua 'ditutup' oleh sikap sporting dan kemesraan semua bloggers & ahli keluarga yang hadir. 


Masing masing tak segan silu, menyakat sesama sendiri, bergelak sakan je kat sana. Owhhh menulis ni pun Mama dah rasa rindu balik kat diorang semua huhuhu. 


Terima kasih berjuta juta lemon kepada pihak Cosmoderm sebagai penaja utama program ni. Cosmoderm bukan setakat taja penginapan dan tanggung kos program ni, malah bagi goodies bag yang best dan sangat berguna sepanjang kami disana tau. Thank you! 


Terima kasih juga kepada penaja lain iaitu Az Zuha Group Travel & Tours, AJC District, PTS, Karya Seni, Team Umie Official, Dkna Abza, Qaseh Su dan Kaio Studio sebagai penaja foto & video rasmi sepanjang program ni.


Lepas daftar, terus dapat goodies bag dari Cosmoderm ni. Ada Magic Body Lotion dan Shower Gel, botol besar plak tu. Memang ohsemmm! Terima kasih Cosmoderm, muahhhh! 

Ini bukan dari goody bag, tapi Mama bawa sendiri. Mama memang pengguna tegar Cosmoderm, travel pergi mana pun mesti bawa ni :-)

Bermula dari Jumaat 11 September hinggalah Ahad 13 September 2015, bermacam macam aktiviti yang kitorang buat. Antaranya karaoke (2 malam berturut turut sebab ramai benar retis dalam KBBA ni hehe), senaman & tarian poco poco & zumba (yang super duper fun!), flying fox, sukan rakyat (yang happening & kelakar gelak sampai senak perut) dan jungle trecking. Okeh, tak nak cerita panjang, meh layan pics kitorang kat sana....


Sebahagian daripada keluarga besar KBBA. Bukan sekadar blogger. We unite together!
(klik gambar untuk besarkan ye)

Mama team biru. Dengan tagline "Biru Go Power!", kamilah juara....dari belakang! hahaha!


Sebelum games bermula, si kembar buat games sendiri dah hehe

Ayah yang gayat pun beranikan diri naik flying fox. Walaupun lepas tu sakit tangan sebab pegang kabel tu kuat sangat hahaha

Kalau dah namanya blogger, gigih ambik pics & video walau dimana pun ;-)

Bowling ke ni?

Lumba terompah gergasi. Ramai yang tergolek daaa...termasuklah Mama! hahaha


Isi air dalam tiang tu yang berlubang lubang. Masa ni kecoh dok jerit "bocor! bocor!". Memang perlu atur strategi untuk habiskan game ni ikut masa yang ditetapkan.

Ini game yang paling best & kecoh - wrestling titi! Senak perut gelak tengok aksi kelakar diorang semua time ni hahaha

Tarikkkkk! 


Eh ehhh ada dak tecik menyelit 

Bakal menantu? Kembar tiga Auni, Auni, Auni yang comel!

Heroes!

Lagi satu aktiviti yang berpuluh juta kali diulang oleh semua ialah - mandi sungai! Si kembar 3 ni sampai kecut terketaq ketaq lah hehe. Ehhh bukan budak budak je laa yang syiok berkubang, mak pak budak pun sakan masing masing pakat tunjuk skill terjun sungai hahaha! 





Malam terakhir disana, ada gala dinner untuk umumkan pemenang games & pertandingan karaoke, ada cabutan bertuah dan juga sambutan hari jadi untuk 'September babies'. Memang meriah! 

Menang cabutan bertuah, yahooo! Hantar wakil je naik ambik hadiah sebab kaki Mama terseliuh, susah nak jalan.


Saya sukaaaa!

Beramai ramai sambut birthday 'September babies' :-)

Mama harap sangat sangat, moga Hari Keluarga ni akan jadi acara tahunan Kelab Blogger Ben Ashaari. Mama sekeluarga pasti akan join lagi, jika diizinkan-Nya. Dan moga ukhwah diantara semua ahli dalam keluarga KBBA akan kekal utuh sampai bila bila. Biar hubungan diantara kita ni jadi umpama air dicincang tak kan putus gitu, InsyaAllah.

Sekali lagi, TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada semua penaja iaitu CosmodermAz Zuha Group Travel & ToursAJC DistrictPTSKarya SeniTeam Umie OfficialDkna AbzaQaseh Su dan Kaio Studio.  Juga semua AJK yang bertungkus lumus menjadikan Hari Keluarga KBBA 2015 ini satu kenyataan, iaitu Lan Careno, Sue Izza, Yanty Lee, Angah Judin, NajeebUzu dan rakan rakan yang lain. Of course, tak lupa juga abang long & founder KBBA iaitu Ben Ashaari. Korang terbaik! Aii lebiu all, muahhhh! ;-)

Haaa jangan lupa, sila pi skodeng instagram Kelab Blogger Ben Ashaari untuk lebih banyak pics yang ohsem oleh Kaio Studio. Serius, pics Kaio Studio ambik memang cun wehhhh!

Labels: , ,