Gelagat Si Kembar 3 Berpuasa

Salam dears,
Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu kan? Alhamdulillah, setakat ni si kembar 3 berjaya puasa sepenuh hari. Walaupun bila petang tu buat laa perangai skit, merengek lapar dahaga, siap melepek baring atas lantai dapur penat sangat laa kununnya hehe. 

Bila diorang buat camtu, Mama masih guna taktik yang sama macam tahun lepas - biar diorang pilih sendiri nak puasa ke tidak. Bila ditanya, confirm semua akan jawab "nak puasa".

Alhamdulillah bangun sahur pun senang. Diorang makan tak banyak, tapi boleh laa setakat alas perut. Pastu pakat ceria pot pet pot pet berborak & sambung tengok TV. Kadang tu sampai Mama kena tegur diorang supaya jangan kecoh sangat, baru pukul 5 pagi laa sayang oiii, bukan 5 petang! Terkejut jiran jiran kang hehehe


Kami puasa tau, yayyy!

Menu berbuka kegemaran si kembar 3 ni pun benda yang simple ja. Kalau boleh tiap tiap hari nak makan roti canai. Sampai nangis nangis tau kalau Mama tak beli. Abih tu, muak laa gak tiap hari roti canai je kan, so 'paksa' juga lah diorang makan benda lain. Pastu suruh makan vitamin sebagai supplement.

Air pula, tiap tiap hari waktu berbuka & sahur mesti nak minum teh O ais, senang! Lega poket, leh buat sendiri kat umah. Kalau diminta capuccino blended tiap hari mau bengkok mak nya ni hahaha

Hmm teringat hari tu, lepas minum teh O ais tu si Faris dengan senyuman semanis gula, puji "Mama pandai buat teh O ais, sedap!". Kembang montot jap mama nya ni kena puji. Tup tup si Fahmi menyampuk "alaaa uncle roti canai tu pandai buat teh O ais jugak, semua orang pun pandai buat". Cakap dengan nada berlagak ek-elehh-teh-je-pun-tak-heran... Cisss bertuah punya budak, potong stim betul lah, baru nak perasan pandai buat air hehe

Hmmm... agaknya kena pandai buat roti canai baru dia nak kagum kot. Ok lah...nak belajar tebar roti canai lah *senteng lengan baju, bukak you tube cari tutorial!*

Pandangan biasa sebelum waktu berbuka puasa, mesti ada sorang yang berdrama gitu hehe ;-)

Labels: ,