Sajian Yang Enak di Bayou Coffee House!

Salam dears,
Semasa KBBA Blogger's Day Out hari tu, kami semua telah disajikan dengan hidangan yang sangat sangat menyelerakan di Bayou Coffee House, yang terletak dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

image

Menu yang dihidangkan ialah nasi putih, masakan lauk pauk ala kampung, lengkap dengan ulam ulaman & sambal belacan. Buah buahan, cekodok, bubur & tapai pun ada. Memang sedappp sangat! Semuanya cukup rasa & kena dengan tekak Mama nih. Meh nak tayang gambar je laa bagi korang terliur...

Ayam goreng berempah

Sambal ikan

Paru goreng ni terbaik! Tak liat & terasa rempahnya tu.

Masak lemak rebung & perut. Ok ini sedappp!

Masak lemak labu kuning 

Rendang tok

Rangup ikan masin ni

Lagi satu favourite Mama, sambal tempeh

Kerabu daun celom ni sedap sangat. Tak pahit & rasa fresh 

Ulam ulaman

Sambal belacan tu perfect, pedas tapi tak lah terlalu pedas sampai terbakar lidah hehe

Desserts 

Si kembar berulang kali dok ambik cekodok pisang ni tau



Team KBBA yang kusyuk dok ambik makanan ;-)

Penuh pinggan, semua nak! Ishhh lapar plak tengok pic ni hehe

Ruang makan yang luas, selesa & bersih. Terbaik!

Nak buat majlis perkahwinan, majlis hari jadi, berbuka puasa, jamuan syarikat/perseorangan & hari keluarga kat sini pun sesuai. Bayou Coffee House ni ada sediakan perkhidmatan katering juga tau. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang telefon je 03-83180008, e-mel bayoucateringcyberjaya@gmail.com atau Facebook Bayou Coffee House

Labels: , ,