KBBA Blogger's Day Out Memang Best!

Salam dears,
Walupun dah beberapa hari berlalu, tiap kali Mama tengok gambar & videos KBBA Blogger's Day Out (KBDO) ni, mesti rasa nak tersengih tergelak sorang sorang. Sebab memang sangat best, sangat enjoy!

Majoriti team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang hadir hari tu baru pertama kali berjumpa bertentang mata. Tapi kan, masing masing releks jaa takdak segan silu, semua sporting, best! 

Pakat beramah mesra macam family jer. Bukan takat blogger, malah pasangan & anak anak masing masing pun cepat mesra. Macam si kembar 3 ni, sekejap je dah geng dengan anak si Huszaini & Fazrol. Seronok sangat tengok diorang pandai berkawan camtu tau :-)


Suka tengok pic ni, satu family sedondon t-shirt KBBA :-)

Bagi Mama, tempat KBDO diadakan iaitu Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) tu memang pilihan yang sangat tepat! Sebab memang selesa & lengkap dengan macam macam fasiliti untuk beriadah, parking banyak, cafe makanan sedap, surau selesa, kebersihan terjaga. 

Ditambah pula dengan staff KKTTC yang sangat helpfull, memang memudahkan & melancarkan perjalanan aktiviti KBDO hari tu. Bak kata Ben Ashaari, dari A to Z, semua perfect! Anyways, jom layan gambar, bagi korang pun dapat 'rasa' camna bestnya KBDO ni ;-)


Acara pertama: Senamrobik.
Jom goyang montot!
Okeh,.. tunjuk pic sopan camni je boleh. Kang tunjuk pic bloggers tengah goyang montot, fengsan korang tengok kang hahaha

Acara ke-2: Golf ala Blogger.
Masa ni lah pakat menunjukkan gaya, mutu, keunggulan masing masing. Ada yang gaya lebih, tapi pukul angin saja lorrr hahaha. Memang kelakar tengok gelagat masing masing masa ni hehe
Wakil Mama Kembar 3 ;-)

Acara ke-3: Badminton ala heboh.
Betul betul heboh kat dalam gelanggang tu tau! Sebabnya satu pasukan main 6 orang serentak, menggunakan 1 reket je. Haa acaner tu? Masa ni lah pasukan kena bersatu hati rancang strategi. Kelam kabut juga tak sempat nak passing reket, reket dah jatuh. Ada juga yang terpukul bola ngan tangan hahaha. Memang kecoh & penat gelak je time ni hehehe
image

Acara ke-4 - Go-Kart
Haaa ni acara yang ditunggu tunggu sangat oleh Ayah. Syiok dia dapat feeling Fast & Furious kejap hehe. Ayah kata memang besttt sangat rempit tak ingat dunia.


Acara ke-5: Makan di Bayou Coffeehouse
Ni pula acara yang ditunggu tunggu oleh Mama! Ni satu satunya 'acara' yang Mama ambik bahagian 110% hahaha! Memang sedap sangat lauk pauk yang disediakan oleh Bayou Cafe ni, nanti Mama review in next entry yer.



Acara ke-6: Paintball captain attack
Terserlah 'semangat juang' semua peserta masa ni. Masa nak mula main tu, tetiba hujan turun. Tapi diorang tetap gigih masuk ke 'medan perang'. Again, Mama hantar wakil jer i.e. Ayah untuk ditembak sampai lebam. Aii tak leh, aii sensitip kang berhari hari baru nak hilang kesan tu. Alasan! Padahal penakut hahaha

Abam sado & ahkak gojes ;-)

Lepas paintball, semua pakat berkumpul untuk cabutan bertuah pula. Untung para bloggers yang dapat hadiah yang best best belaka. Mama yang tak menang cabutan ni pun tetap rasa bertuah tau. Sebab dapat macam macam goodies yang awesome daripada para penaja, antaranya CosmodermYeos Malaysia, Stamp N Print EnterpriseAzwar KamaruzamanNatalia dan Monster Crazy Crunch

Akhir sekali, sebelum bersurai, opkos laa harus bergambar beramai ramai. Buat kenangan gitu kan...

image
Kami famili KBBA!

Ini semua kaki selfie ;-)

Sebelum balik tu kitorang sempat bawa si kembar 3 ni pergi mandi manda kat swimming pool dulu. Haa kalau nak mandi kat sini, bayarannya RM5.30 dan kena pakai proper swimming attire yer. 

Ohh by the way, di antara fasiliti lain yang ada di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni ialah...

image


image



Terima kasih kepada semua penaja, yang telah menjadikan KBDO ni lebih best!

Kelab Komuniti Cyberjaya www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy www.crazycrunchy.com/pengedar

Labels: ,