Bila Anak Kembar Masuk Hospital

Salam dears,
Dalam entry sebelum ni Mama pernah ceritakan, bila ditanya susah ke jaga anak kembar 3 ni jawapan Mama ialah, tak susah...tapi agak mencabar! Dan bagi Mama, diantara benda yang paling mencabar dalam membesarkan anak kembar 3 ni ialah bila diorang sakit. Kerap kali diorang akan sakit serentak, ataupun lepas sorang...sorang...pastu sorang lagi...pakat berjangkit!

Terutama sekali masa umur diorang bawah setahun, memang kerap sangat keluar masuk wad. Sampaikan hospital tu umpama rumah kedua kitorang. Doktor, nurse, pak guard, staff cafeteria...semua dah kenal kitorang. Bila nampak Mama & Ayah bawak kain baju jer, pakat tanya "nak check-in ke?" hehe.

Yang Mama paling tak boleh lupa ialah kali pertama si kembar 3 ni masuk wad. Masa tu umur diorang baru nak masuk 3 bulan. Diorang kena pneumonia dan Fauzi duduk NICU selama 2 minggu lebih, Fahmi wad pediatrik seminggu & NICU lagi seminggu. Pada masa yang sama, Faris pula masuk wad pediatrik selama hampir 2 minggu juga. 

Bayangkanlah...macam mana kelam kabut nak jaga 3 babies yang masuk hospital serentak, tapi ditempatkan di wad berlainan. Masa tu rasa kalau boleh nak 'clone' je diri sendiri supaya boleh berada di 3 tempat serentak!


 Pertama kali masuk wad disebabkan pneumonia.
Masa ni Fahmi & Fauzi di NICU, Faris di wad pediatrik.

Masa tu Mama memang sangat stress sampai nangis jugalah. Mana tidaknya, dah laa anak 3 orang serentak masuk wad, keadaan si Fauzi pada masa tu agak merisaukan juga bila dia tak boleh bernafas sendiri dan terpaksa bergantung pada tiub oksigen. 

Cabut tiub, oksigen dia terus merudum jatuh! Macam macam ubat doktor cuba try test masa tu, sampaikan doktor terpaksa hubungi & tanya pakar pakar dari luar negara untuk minta nasihat. Hati ibu mana yang tak risau kalau camtu keadaannya kan?

Sampai bila bila Mama akan ingat apa yang Mama buat untuk tangani rasa stress tu. Berdoa...tawakal...itu sudah pasti. Tapi...Mama juga pergi bershopping! Yup, macam kerja gila kan...keluar shopping masa anak anak dalam wad.

Tapi masa tu Mama rasa Mama kena 'larikan & jauhkan' diri sekejap dari situasi tu. Mama perlu tenangkan diri & get myself back together. So Mama mintak nurse tolong jaga my babies kejap. Nurses pun baik hati, diorang paham & suruh Mama pergi.

Nasib baik hospital tu dekatlah juga dengan shopping mall. Mama keluar dalam sejam, pergi makan KFC & beli kasut sepasang, pastu balik ke wad jaga anak. Alhamdulillah, lepas that short outing Mama dapat hadapi keadaan anak anak dengan lebih baik. 

So I think it's true, when you are too stressed out and cannot think straight, then get yourself away from the problem for a while, if possible. Tenangkan hati & fikiran dulu. InsyaAllah kita akan dapat berfikir dengan rasional selepas tu.

Tapi...jangan lah plak ditinggalkan anak masa tengah saat kritikal. Pandai pandai lah pikir sendiri yer ;-)

Labels: ,