Susah ke Jaga Anak Kembar 3?

Salam dears,
"Susah ke jaga anak kembar 3?" - itu diantara soalan paling kerap ditanya kepada Mama & Ayah.

Dan jawapan yang biasa Mama berikan ialah "Tak lah...tak susah. Cuma agak mencabar skit lah" sambil bagi senyuman paling ohsem only-mak-pak-kembar-will-know hehehe.

Yup, jaga anak kembar ni bukan mudah, tapi ianya bukan juga susah. Sekadar agak mencabar saja. Anak anak tu kan anugerah daripada Allah, mana mungkin kita kata anugerah tu sesuatu yang menyusahkan, betul tak?

Lagipun personally memang itu Mama rasa sebagai jawapan terbaik. Something yang susah kita akan rasa sebagai beban. Tapi something yang mencabar, buat kita berusaha untuk atasi cabaran tu. Dan Mama rasa usaha paling kerap bagi Mama ialah usaha untuk menahan bersabar. 

Anak sorang pun banyak kerenahnya, inikan pula 3 orang yang sama umur. Memang bikin sikit fenin, senang je blood go upstairs. Jadi kerapkali memang kena 'berusaha' untuk menahan sabar. Walaupun kerap jugak aii terbabas hilang sabar dan bertukar menjadi raksaksa gorgon huhuhu... :-(

Hmm sabar juga bukan setakat masa melayan kerenah anak, tapi sabar bila berdepan dengan cabaran cabaran lain contohnya keadaan kewangan, fizikal & mental yang letih...dan macam macam lagi lah.

Bagi Mama, waktu paling mencabar ialah masa si kembar 3 ni masih bayi. Terutama masa diorang umur bawah setahun. Masa tu diorang kerap sangat sakit & asyik keluar masuk wad jer. Bermula daripada umur 3 bulan, boleh dikatakan hampir setiap bulan tau kitorang 'check-in' masuk hospital.

Tapi Alhamdulillah, our parents sentiasa datang untuk membantu jaga cucu cucu. Can't imagine how we could have handled it without help from our family. For that, we are eternally grateful.

Hmm itu bab keluar masuk wad. Bab tak cukup rehat, tak cukup tidur setiap hari tu toksah cakap lah. When they were babies, sleep was truly a luxury. Serious, nak dapat uninterupted sleep for 1 hour pun jarang sangat. Tengah malam lebih banyak berjaga menyusu, cuci muntah, tukar pampers, basuh cadar & layan baby meragam daripada tidur. 

Esoknya pergi keja lebih daripada mata panda dah, eyebag tahap mata dinosaur dah kot hehe. Pastu kat opis asyik dok mengunyah je tanak bagi terlelap. Tapi...kadang kadang tu aii terlelap jugak huhuhu.

Bila fizikal & mental letih, tahap kesabaran mudah sangat tercabar. Silap sikit rasa nak sentap. Dengan anak kecil yang tatau apa tu pun, boleh rasa nak sentap marah. So again, kena usaha pujuk diri sendiri untuk bersabar! 

So in conclusion, susah ke jaga anak kembar? Personally, nope, tak susah...cuma agak mencabar jugak lah dan perlu banyakkkkkk bersabar :-)

Anugerah terindah :-)


Labels: , ,