Sedapnya Makan di Tomyam Kung, Ayer@8 Putrajaya!

Salam dears,
A few weeks ago kitorang pergi makan kat Restoran Tomyam Kung di Ayer@8 Putrajaya ni. Tapi disebabkan macam masih boleh terasa rasa je apa yang dimakan, teringat nak buat review kat blog ni, boleh? hehe

Sebab utama Mama merayau sampai ke Ayer@8, Putrajaya mencari Restoran Tomyam Kung ni ialah sebab tergoda dok tengok kawan kawan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari pakat kata kat situ sedap, especially Pulut Mangga. Mama tak pernah rasa, so berkobar kobar semangat order pulut mangga. 

Unfortunately, kebetulan masa Mama pegi tu pulut mangga takdak. Waiter cakap sebab hari tu supplier hantar mangga masam, so diorang tak leh nak hidang. Sob sob frust menonggeng aii time tu tau. But at the same time, Mama rasa bagus betul restoran tu kawal kualiti...mangga masam - jangan hidang...bagus! Bukan macam sesetengah restoran main hidang je apa pun, customer complain baru mintak maaf kan, kan? Anyways...jom layan pics...

Restoran Tomyam Kung, Ayer@8, Putrajaya

Sirap bandung, sirap ais, teh ais, milo ais & ais kosong. Satu lagi Ayah order Soda Asam Boi tiada dalam gambar hehe.

Dak tecik yang keletihan lepas seharian berjalan jalan. Nak tau cerita, baca SINI
Si kembar makan nasi putih ngan sup kosong jer tapi Fahmi & Fauzi licin sepinggan nasi. Sedap agaknya nasi guna beras wangi Thai tu kan.

Mama & Ayah makan ni - Nasi Goreng Thai Tomyam Kung (RM9.90)
Nasi goreng tu just nice tak terlalu pedas, cukup rasa. Udang tu plak rangup. 
Kena dengan tekak Mama. 

Yang ni best - Ayam Gajus
Masam, masin, manis, pedas (tapi tak terlalu pedas) - sedappp!
Yang kitorang order size kecil RM7.90, just nice untuk 2 orang makan.

Harga? 5 beranak kitorang makan hari tu RM45.40. Well, standard laa kan restoran camtu, mana nak sama ngan harga makanan kat gerai tepi jalan. Err...sekarang ni gerai tepi jalan pun dah mahal kan? 

Overall, Mama suka Restoran Tomyam Kung, Ayer@8 tu sebab tempatnya selesa & luas, ada aircond, bersih, layanan baik & rasa makanan pun boleh tahan sedap. Ohh by the way menunya bukan setakat yang 'goreng goreng' je tau, tapi ada juga nasi putih & lauk pauk. Tapi aii terlupa nak snap snap pics hehe.

Hmm kawasan Ayer@8 tu pun cantik, sebelah tasik so best je boleh posing posing jugak lepas dah melantak sampai kenyang hehe. Parking plak masa Mama pergi tu, banyak...tak susah dapat parking.

InsyaAllah Mama akan pegi lagi ke Tomyam Kung, Ayer@8 Putrajaya, sebab nak rasa jugak jugak pulut mangga pojaan ramai tu. Harap harap next time pegi adalah kan...please please please... ;-)

Cilok pic dari blog Abah Careno
Pulut mangga idaman hati ku, moga lain kali kita bakal ketemu...
Ewahhh hahaha ;-)

Labels: ,