Berjalan Sakan Di Hujung Minggu!

Salam dears,
Semalam memang hari jalan jalan sakan untuk kitorang sekeluarga. Keluar rumah kul 9 pagi, balik kul 6 petang. Fuhhh penat!

Mula mula kluar cari makan, opkos pi pekena roti canai kat kedai favourite si kembar 3 ni. Perut dah kenyang, kitorang terus gerak ke Nilai 3 sebab nak tengok pameran 'Backyard Monsters & Dinosaurs' kat sana. Review pasal ni dalam next entry wokeh?

Lepas tengok pameran tu, ingat nak pusing pusing kat Nilai 3 but...hmm macam tak dak apa plak nak beli. Err actually kalau ikut hati, boleh je 'diadakan' benda yang 'nak' beli. Tapi ikut poket, takpa laa....nothing to buy so balik je lah *sob*sob*

Bila tengok jam...ehh awal lagi. Alang alang dah kluar, jom laa bawak anak anak jalan jalan lagi. Tapi nak pegi tempat yang free je (dasar kedek!) so jom ler kita pi ke salah satu tempat favourite si kembar 3 - wall climbing at Taman Cabaran Putrajaya

Taman Cabaran Putrajaya
Si kembar 3 suka benar wall climbing ni tau

Lepas dah sejam lebih panjat dinding, perut pun dah lapar. Okeh jom cari makan plak. Teringatkan review & cerita daripada kawan kawan blogger pasal makan best best kat restoran Tomyam Kung di Ayer@8, Putrajaya, so terus ke situ jalan jalan cari makan. Err again, review in another entry boleh? hehe

Ayer@8 tu kat tepi tasik. View cantik sangat. Sifat mamarazzi tegar menyebabkan pantang nampak view cantik mesti nak posing dulu hahaha. Alahhh korang pun sama kan? Kuat posing, ngaku je laa haha ;-)

Jalan Jalan Di Hujung Minggu
Jalan Jalan Di Hujung Minggu
Jalan Jalan Di Hujung Minggu
Posing macam macam gaya :-)

Lepas dah gigih snap selfie wefie bagai tengah panas tu, terpikir plak 'kalau ada monopod kan bagus'. So ajak Ayah jom kita pi beli monopod plak jom.... And kebetulan plak time tu jugak sandal Ayah tetiba terkoyak. Haaa memang 'tanda' sangat lah tu nak kena menyinggah shopping complex plak kan hehe. So dari Ayer@8, kitorang terus ke AEON pulak.

Kluar dari AEON, kering tekak laa plak, cuaca panas kan. Terus terasa cam....kalau pekena ABC seround sedap gak nih. Si kembar 3 pun pakat bising tanak balik lagi, nak jalan jalan lagi. Hmm okeh anak anak, jom cari ABC plak...

Jalan Jalan Di Hujung Minggu
Kusyuk!
Nyaman tekak wehh lepas pekena ABC, Alhamdulillah :-)

Lepas dah puas melepak kat kedai mamak sambil pekena ABC sambil tumpang guna free Wifi, baru lah rasa puas berjalan & nak balik umah. Si kembar 3 pun dah letih agaknya, bila ajak balik semua setuju jer. Lets go home to home sweet home!

Haaa camtu ler ceritanya aktiviti kitorang semalam. Daripada rancang nak ke 1 tempat je but end up merayau merata! Tapi kan sekali sekala buat benda unplanned camni best juga kan. Penat tapi enjoy...walaupun pastu poket kering kontang! Aiyooo....hehehe :-)

monopod
Monopod pertama ku, beli yang murah murah jer.
Pasni boleh laa berselfie ke wefie ke dengan jayanya, yahooo! ;-)

Labels: , ,