Pantang Bila ke Farm In The City

Salam dears,
Ini Mama nak kongsikan satu 'pantang' atau benda yang korang jangan buat bila ke Farm In the City (FITC). Masa kitorang ke FITC hari tu, bila sampai kat tempat yang ada pelanduk, Ayah cuba nak usap kepala baby pelanduk kat situ. 

Ye laa, memang cute sangat baby pelanduk tu tau, Mama pun rasa geram je nak pegang jugak. Tapi tetiba kelam kabut staff FITC yang dok jaga kat situ datang halang kitorang sambil jerit "ehhh sir no, no...don't touch the baby!". 

Terkejut gak kitorang bila kena tegur tu, terus tanya kenapa? Katanya jangan disentuh, jangan dipegang pegang baby pelanduk tu sebab nanti ibunya akan 'terputus' susu. 

Staff tu kata, pernah jadi dah sebelum ni kat situ. Selepas ada pelawat yang pegang baby pelanduk, mak pelanduk tu terus dah tak menyusu baby nya & tak lama lepas tu baby pelanduk tu mati *sob*sob*

Farm In the City
Cute kan?

Hmm Mama tak dapat nak pastikan sejauh mana kebenaran 'pantang' ni, tapi Mama ikut je laa cakap staff kat FITC tu. Dah dia yang jaga pelanduk tu tiap hari kat situ, Mama anggap mesti dia lagi arif kan? So, ikut je lah. Tak rugi apa apa pun, sebab banyakkkk lagi haiwan lain kat situ yang boleh dipegang :-)

Labels: ,