Berbaloi ke Pergi Farm In The City?

Salam dears,
Mama dah lama jugak memasang impian nak ke Farm In The City ni, tapi asyik bertangguh. Salah satu sebabnya ialah...harga tiket tu, buat Mama terfikir, berbaloi ke? Hmm sekarang Mama dah tau jawapannya...menyesal tak pergi awal awal lagi! 

Alhamdulillah hari Ahad lepas kitorang sampai jugak ke Farm In The City ni dan si kembar 3 sangat sangat enjoy! It was a really fun & educational experience for the kids (and for Mama & Ayah also hehe). Besttt sangat!  

Ohh untuk sesapa yang tak tau, Farm In The City atau FITC ni is a petting zoo, kat Seri Kembangan, Selangor yer. Kat dalam FITC tu haiwan bebas berkeliaran dan korang boleh 'berinteraksi' dengan semua haiwan tu. Boleh pegang, bagi makan, nak selfie ke wefie ngan haiwan tu semua pun boleh. Jinak jinak plak tu. Okeh jom layan pics je laa, kasi korang pun teruja ;-) 

Masuk masuk je 'disambut' oleh kambing ni, bertempiaran si kembar lari...takut! hahaha

Muka cuak budak pekan tak pernah tengok kambing dari dekat hehe

Berebut nak bagi kura kura tu makan, kenyang laaa kura kura tu kan

Itik! Makan ni itik!
Nasib baik tak terjun masuk kolam tu terus

1st time bagi burung makan dari tapak tangan sendiri.
Si kembar? Humphh semua tak berani so mak nye je lah yang lebih hehehe

Longkang Fishing.
Si kembar kata nak tangkap ikan bilis! 
Tapi seekor pun tak dapat hahaha

Teruja tengok apa tu?

Landak! Besar jugak rupanya landak ni ehhh

Bagi makan arnab pula. Mula mula takut....

...lepas tu duduk bersila terus tu haa macam kat rumah sendiri pula

Happy :-)

1st time dapat pegang guinea pig, takut takut tapi mahu

Kusyuk bagi ikan & angsa makan.
Berulang kali ambik bekas makanan tu, rasanya 5-6 bekas setiap sorang si kembar ni ambik. Buncit laa ikan ikan kat situ hahaha

Best!

1st time pegang anak ayam, expression muka tu priceless!

Sampai ke sudah hanya Fahmi & Fauzi je yang berani pegang. Faris? 
Tengok dari jauh je, penakut hehehe

1st time si kembar 3 merasa naik kuda (pony ride)...RM7 per ride, sangat berbaloi tengok diorang happy. Mama teringin juga, tapi takut kang  pony tu patah kaki plak, aii kan 'slim' muahaha:-)

Fahmi

Faris

Fauzi

Gagak berwarna putih, memang sangat rare.
Cantik kan?

Raccoons!
Si kembar kata ni 'guardians of the galaxy'! hahahah

Lepak pekena ABC sorang satu jap, nyaman tekak...

I love this pic, suka suasana sekeling. Rasa tenang jer

Dapat sijil & button badge yang sangat cute, happy!

Kitorang habiskan 3.5 jam kat dalam Farm In The City ni tau. Sebabnya si kembar ajak pusing sampai 2 round! Dah nak kluar (almost), diorang ajak masuk balik. Nak tangkap 'ikan bilis' lagi kat Longkang Fishing area tu katanya. 

But end up menyinggah merata...ulang bagi ikan makan lagi lah, tengok anak ayam etc etc. Nasib baik lah kat dalam tu redup jer, so aii tak kisah laa 2 round pun, tak terbakar kulit aii yang gebus nih hahaha ;-)

Ohhh by the way, harga tiket biasa ialah RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Kalau tunjuk MyKad, dapat harga promo RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. 

Untuk kanak-kanak yang ketinggian dibawah 90cm boleh masuk free. Untuk warga emas berusia 60 tahun keatas, harga sama macam tiket kanak-kanak. Family pakej pun ada. 

Berbaloi? Sangat! Sebab kat dalam FITC tu makanan untuk bagi kat haiwan tu disediakan, tak yah bayar asing lagi dah. Ambik laa sebanyak mana pun. Si kembar 3 ni rasanya dekat sebakul kangkung diorang habiskan kat tempat arnab tu hehe. Err makanan untuk diri sendiri kena beli laa yer, ada cafe kat dalam tu.

Nak tau lebih lanjut? Sila lah laju laju pergi terjah Facebook Farm In The City ni yer. 

Lot 40187-40188
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 - 89412099
Facebook : Farm In The City

Labels: , , ,