Sunday, January 11, 2015

Terpaksa Beli Buku Teks Darjah 1

Salam dears,
Masa pegi sesi Taklimat Tahun 1 di sekolah si kembar 3 hari tu, kitorang dah ambik semua buku teks jugak. Yup, buku teks semua dapat free jer. Masa ambik hari tu, Mama tak belek betul betul setiap satu buku tu, sebab dah diikat dalam bundle. 

Jumaat lepas masa dok balut buku baru prasan ada beberapa buah buku yang Mama rasa macam...ermm...teruklah, dah lunyai terkoyak sana sini. Well, buku free kan, tak leh laa nak expect buku baru yang cantik berseri. Lagipun, buku budak Darjah 1 yang guna, budak kecik camtu mana laa nak pandai jaga buku elok elok kan. Si kembar 3 ni punya  buku pun ntah apa rupa laa akhir tahun nanti...

Buku Teks
Kiri - buku English, front cover totally gone.
Kanan - buku Matematik, back cover & few pages gone!

Buku Teks
Lagi satu buku English, pages kat dalam pun ada yang koyak.

Bila tengok buku-buku ni, si Faris tanya "kenapa buku ni tak cantik ni? Kenapa rosak?" pastu muka macam konpius kata nak masuk sekolah baru tapi apsal buku lama gitu hehe. 

Disebabkan tak sampai hati nak bagi si kembar 3 guna buku camni & sebab harga buku ni masih dalam kategori mampu milik, kitorang decide untuk beli je yang baru. So smalam dah Mama beli online dari SINI. Dah sudah bayar semua baru terpikir, ehh ntah ntah kat kedai buku sekolah pun ada jual hahaha *kaki online shopping memang camni*

Mama beli 9 buah buku - 3 each untuk buku Bahasa Malaysia, English & Matematik. Actually untuk buku Matematik tu, perlukan 1 jer sebab lagi 2 yang sekolah bagi tu condition not so bad. Tapi sebab harganya cuma RM5.80 je sebuah, Mama belilah 3 terus, biar adil semua dapat buku baru. Moga-moga bila dapat buku baru yang elok, si kembar 3 ni akan lebih bersemangat nak belajar, InsyaAllah. Lagipun, Mama rasa tak rugi sebab nanti bagi je lah kat sekolah, boleh budak lain guna next year :-)

By the way, ni senarai buku teks Tahun 1 dan harganya, kot kot sesapa nak buat rujukan:
  • Bahasa Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan - RM8.80
  • English Year 1 Sekolah Kebangsaan - RM8.20
  • Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 - RM5.80
  • Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 2 - RM4.20
  • Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan - RM6.00
  • Pendidikan Islam Tahun 1 Sekolah Kebangsaan - RM7.20
  • Bahasa Arab Tahun 1 - RM5.00
  • Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan - RM5.60
Hmm ni rujukan untuk Mama gak ni, sebab kalau buku teks hilang, kena ganti balik. Hopefully takdak laa yang hilang & rosak teruk dikerjakan si kembar 3 ni nanti kan...

*nervous nya nak start sekolah esok, gulppp!*

12 comments:

  1. bgsnye mama siap blikan lagi..ptt blh je p tukar dgn skolah

    ReplyDelete
  2. Alahai..banyak tu beli sdiri buku teks utk ank2. Kalau tunggu, biasa boleh ditukar dengan buku yg lebih elok..Biasanya buku yg tak elok ni cikgu akan ganti dgn stok baharu yang biasanya pihak kpm akn hantar ke sekolah bila dah belajar.. sb masa agih buku tu cikgu spbt akan buat report dan antara sekolah2 berdekatan pun akan diarah hantar stok buku yg lebih kepada sekolah yg bhampiran..

    ReplyDelete
  3. Esok sekolah dh bermula.. hrp kembar ok kat sane.. dh ade kwn kan hihi. Lain la sorg2.. bljr rjin2 ye

    ReplyDelete
  4. Good luck Faris Fauzi dan Fahmi!!

    ReplyDelete
  5. yes. bcoz kembar ber3 batch ke 5 kssr.
    nurin, batch ke2, buku2 semua masih ok. but buku2 syuhada, batch ke 4 kssr this year pun byk yg aida repair semula. selotep kan. balut semula... sebab nakkan keselesaan anak2 kita kan :)

    ReplyDelete
  6. Mila Hilas & Aisy Nasiha: tau boleh tukar, tapi takpa lah beli je sbb tak lah mahal sgt & tak semua kena ganti. Lg pun pikir kalau buku novel boleh slalu beli, buku teks anak guna setahun & nnt bg kat sekolah so tak rugi :-)

    Miz Eija & Ai Kajiwara: thanks! :-)

    adianiez AIDA: yup btul tu, nak anak selesa & semangat belajar

    ReplyDelete
  7. Semoga kembar ini akan lebih semangat untuk belajar... Good Luck...

    ReplyDelete
  8. mama kenapa tak mintak tukar bila buka sekolah nanti? kalau teruk sangat biasa dia bagi tukar :D

    ReplyDelete
  9. Teruknya lahai buku test. hurmmm Apapun selamat bersekolah kepada kembar akk yang comel momel tu.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Pasti jaya la Mama & kembar 3!!!

    ReplyDelete
  11. buku teks saya dulu selalu hilang..kesian mak bapak saya kena keluar duit beli.huhu... =(

    ReplyDelete
  12. Tenkiu bebanyak sbb sharekan online online bookstore tu, kat Kuching ni payah sikit nak cari buku teks.

    ReplyDelete