Kelas Tak Sama!

Salam dears,
Masa mula sekolah 2 minggu lepas, si kembar 3 ni dimasukkan ke dalam satu kelas yang sama. Tapi cikgu dah maklumkan bahawa itu kelas sementara & akan dirombak selepas ujian penempatan kelas dibuat. So yesterday, si kembar 3 balik sekolah je terus bagitau Mama, diorang semua dah ditukar kan ke kelas lain. Dah tak sama kelas dah - 3 orang = 3 kelas yang berlainan!

Bagi Mama, asingkan kelas pun bagus juga. Biar diorang belajar berdikari, tak terlalu dependent on each other. Biar diorang bergaul & berkawan dengan budak budak lain jugak, tak lah berkepit bertiga jer all the time kan hehe. Lagi pun, pakar perkembangan kanak-kanak dulu memang cadangkan supaya diorang diasingkan camni. 

Cuma kena pantau juga lah, kot kot ada kesan negatif. Sebab sorang kawan Mama yang ada anak kembar dua pernah ceritakan macam mana anak kembar dia jadi stressed and depressed lepas diasingkan kelas. Pakat tanak pegi sekolah. Last last cikgu terpaksa masukkan ke kelas yang sama semula. 

Untuk si kembar 3 ni...hmm sebelum ni masa di tadika, Fahmi dah pernah merasa dok kelas asing. Jadi untuk Fahmi InsyaAllah dia akan boleh bawa diri & berdikari. For Faris & Fauzi, we'll have to wait & see. Bila ditanya, ok tak dok kelas lain lain? Masing masing konpiden je jawab "okayyy Mama!". 

So, hopefully they won't have any problems & dapat belajar dengan baik lah nanti. Moga moga kelas yang diorang masuk tu adalah kelas yang betul betul sesuai & terbaik untuk diorang, Amin.

Hmmm...3 kelas = 3 jadual waktu yang berlainan. Mama kena peka & jangan tersilap masukkan buku ikut jadual yang salah untuk diorang. Kena label betul betul ni, jangan plak Fahmi bawak buku ikut jadual Faris, buku Faris ikut jadual Fauzi & buku Fauzi ikut jadual Fahmi, haru nanti! Kang kena marah ngan cikgu kang..errkk!

Ingat nak buat label camni. 
Tapi kena tambah skit, letak tanda nombor kat label tu
i.e. 1 for Fahmi, 2 for Faris & 3 for Fauzi.
Jangan tersilap bawak buku sudah.....

Labels: , ,