Si Kembar 3 Dah Darjah 1!

Salam dears,
Maka pada 12 Januari 2015, dengan rasminya si kembar 3 Mama ni dah menjejakkan kaki ke alam persekolahan - dah masuk Darjah 1! Alhamdulillah. No more sekolah budak kecik, bak kata si kembar - kitorang dah masuk sekolah abang abang dah tau hehe

So camna pengalaman hari pertama si kembar 3 di Darjah 1 ni? Well, macam macam gaya, macam macam ragam. Ada yang kelakar, ada yang buat rasa nak tarik telinga & ada yang owhhh syahdu jugak hati ku ini ;-)

Masa nak pegi sekolah tu, masing masing excited. Happy jer especially bila kena puji encem, kembang montot belaka hahaha! Dah sampai kat sekolah, excited plak jumpa kawan kawan dari tadika yang sama dulu. Kecoh dok jerit nama sesama sendiri. Syiok tengok, kita sama naik teruja tau.

Darjah 1
Posing bajet encem selepas kena puji hahaha

Bila perhimpunan start, haaa mula laa rasa ish ada yang nak kena cubit ni kang. Sebabnya pakat tak leh dok diam. Kejap bangun, kejap duduk, bangun-duduk-bangun-duduk. Dah tu, pakat main gunting rambut sesama sendiri! Adoiiii laaa anak! Nasib baik ada mommies lain yang nampak & bagitau Mama (time tu Mama duduk jauh skit kat tepi dewan). Terus Mama ambik simpan semua gunting tu. Kalau tidak, kot ada yang pegi rambut mat smart, balik kepala botak! *sigh* 

But...silap Mama gak laa, awal awal ni tak yah laa bagi gunting lagi kan, tunggu cikgu suruh baru bawak. Err sorry laa aii tak terpikir benda tu, tak pernah ada anak masuk sekolah sebelum ni kan ;-)

Darjah 1
Macam macam gaya my babies ni.
Hmm...no longer babies laa Mama! 
Alahai cepatnya besarrr *sob*sob*cries a river*

Darjah 1
Faris menjalankan aktiviti 'mencari kutu'...haishhh! *slaps forehead*
Yang kawannya tu pun redha jer tadah kepala hehehe

Waktu rehat, Alhamdulillah ok. Mama & Ayah memang dok tunggu diorang kat kantin dah. Diorang turun je terus duduk makan bekal yang dibawa - roti bun & air masak jer. Si Fahmi merengek rengek gak mintak belikan air sirap ais kat situ tapi Mama kata tak yah laa. Sebab barisan panjang dan rasa tak berbaloi plak secawan kecik sirap RM1! 

So aii sudah promise my darling sons, pasni Mama buatkan air sirap bawak dari rumah jer. Hmm masa Mama sekolah dulu pun everyday bawak air sirap gak, my mom buatkan kasi cair skit. Sedap jer minum, jimat tak yah beli kan?

Darjah 1
Lapar kot memasing, terus duduk ngappp roti tu

Darjah 1
Baru waktu rehat, baju dah kluar kluar & badan dah berpeluh dah *sigh*

Darjah 1
Masa perhimpunan lepas waktu rehat, si Fahmi ni sibuk buat 'rambut pacak'. 

Punya lah control rambut tu, sampaikan macam nak bergaduh ngan sorang kawan dia yang kacau rambut dia tu. Siap tarik pegang kolar budak tu wokeh! Ishhh seriau jer Mama tengok. Kang ada yang tak pasal pasal kena 'report duty' kat bilik guru besar kang huhuhu. Mintak mintak si kembar 3 ni baik baik je kat sekolah, jangan notti notti, jangan cari gaduh ngan orang tau sayang....

Lepas habis waktu rehat tu, Mama & Ayah tunggu laa kejap kot kot diorang nak pegi toilet. Risau sebab diorang ni tak berapa pandai lagi nak guna public toilets on their own. Diorang memang dah toilet trained, tapi selalunya kalau guna public toilet, Ayah akan tolong. 

Kalau kat umah/taska, pakat bukak semua seluar campak tepi jer. So skill nak bukak-seluar-membuang-pakai seluar tanpa kena lantai kotor tu blum cekap lagi. Actually dah buat training 'simulation' dah kat umah, tapi Mama still tak confident *mak yang over* 

True enough, all 3 of them tetiba nak ke toilet secara berjemaah. Berlari lari turun ke kantin cari Mama & Ayah. Kelam kabut laa kejap masuk toilet beramai-ramai semua nak terkencing tapi lambat nak bukak tali pinggang, pastu geli memilih tanak masuk toilet ni, tanak masuk toilet tu (tau tau je lah toilet sekolah, toilet budak jantans plak tu kan). Sudahnya dengan Mama ni pun terpaksa masuk ke toilet untuk tolong diorang huhuhu.

Lepas dah settle aktiviti 'membuang' tu, Mama & Ayah pun balik umah. Ingat takpa lah, diorang ok tu. Tengok masing-masing ceria gumbira ramai kawan. Dengan cikgu pun diorang nampak ok jer, siap boleh 'menjawab' cakap cikgu lagi...ehh? hehehe

Kul 6 kitorang pun pegi lah ke sekolah, tunggu tamat waktu & nak jemput si kembar ni balik. Sebaik sampai, jenguk kat tingkap kelas dan....

Darjah 1
Kantoi si Fahmi tido dalam kelas! Adehhhh...

Darjah 1
Bila dia bangun jer, monyok! Ehh apa kes ni?

Rupa-rupanya lepas Mama & Ayah balik tadi, ada laa sorang dak tecik ni nangis dalam kelas huhuhu. Agaknya sebab tu laa kot cikgu biar je dia tido tu, sian kot. Sebaik saja si Fahmi nampak Ayah masa keluar dari kelas, terus dia nangis lagi. Nangis yang sedih saya pilu apsal-Mama-Ayah-tak-tunggu gitu. Alahai cian anak Mama ni. Dah big boy, tamau nangis nangis dalam kelas lagi dah tau sayang... 


Darjah 1
Budak lasak yang dalam hati ada taman ;-)

Si Faris & Fauzi, Alhamdulillah tak nangis. Faris siap boleh buat perangai cheeky dia tu menjawab kat cikgu. Masa nak balik tu cikgu tanya Faris, nak balik tak? "Nakkkk" jawab Faris sekuat hati. Pastu cikgu kata kalau nak balik, tak boleh bising. Faris jawab "baikkklahhhh!" dengan nada yang...errr...agak annoying gak kot *oppss sorry cikgu*. Bertabah laa yer cikgu, kena layan kerenah si kembar 3 ku yang good boys tapi kadang kala boleh menguji tahap kesabaran gak ni hehe.

Overall, Mama rasa hari pertama persekolahan diorang went well. Bila tanya seronok tak sekolah, pakat jawab "seronokkk!". Fuhhh lega! Good luck boys for the coming days! And good luck to cikgu jugak. Harap cikgu cikgu boleh bersabar dengan kerenah buah hati pengarang jantung aii tiga orang ni yer. Mohon jasa baik cikgu cikgu semua untuk bantu membimbing si kembar 3 ni untuk membesar jadi orang yang berguna, InsyaAllah :-)

Labels: , ,