Tuesday, January 20, 2015

Ajar Anak Cara Pegang Pensil Yang Betul

Salam dears,
Kalau budak kecil tak pandai nak pegang pensil dengan cara yang betul adalah satu perkara biasakan? Si kembar 3 ni pun sama jugak lah. Dulu pakat 'genggam' pensil kuat kuat. Pastu baru menulis sikit je dah komplen sakit laa...lenguh tangan laaa *sigh*

Be aware of these common pencil grasp problems - drawyourworld.com Hold the Pencil
Dulu si kembar 3 pegang pensil macam pic yang bawah tu. 

Tapi sekarang Alhamdulillah diorang dah pandai pegang pensil dengan betul guna 'tripod grip' macam kat dalam gambar bawah ni...


So ni Mama sekadar nak berkongsi, salah satu benda yang Mama guna untuk bantu latih si kembar 3 cara nak pegang pensil dengan betul ialah pensil jumbo segi tiga (triangular-shapped jumbo pencil). Atau panggilan manja oleh si kembar - pensil gemuk hehehe ;-)

cara pegang pensil
Size yang besar & bentuk segi tiga (triangular) tu yang memudahkan untuk budak belajar cara betul pegang pensil.

Actually ada beberapa tips lain yang Mama pernah cuba, tapi kurang berkesan. Faris & Fauzi masih pegang dengan cara yang salah - genggam hujung pensil. Tapi lepas guna pensil jumbo ni, terus menjadi, Alhamdulillah. 


Cara pegang pensil
Sekarang ni guna pensil biasa pun dah boleh pegang dengan betul :-)

Yang Mama beli tu harga RM9.90 sekotak ada 6 batang pensil. Masa nak beli tu memang rasa macam ehh mahal jugak. Tapi lepas dah guna & berkesan, rasa berbaloi baloi, Alhamdulillah.

Kalau korang pun sedang dalam proses melatih anak menulis, mungkin boleh cuba pensil jumbo macam ni. Err brand lain pun ada jugak tau. Tak kisah lah brand apa pun, janji yang 'gemuk' & triangular shaped, should be ok dah :-)

8 comments:

  1. nt nak try latih anak sy jugak la.

    ReplyDelete
  2. dulu2 anak yg sulung lmbt sgt nk dpt pgg pensil dgn betui tp siadek umur 2 thn dah pandai pgg pensil ...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. semoga si kembar sentiasa rajin dan cemerlang :D

    ReplyDelete
  4. tq sharing this.. rayyan pn ada prob pegang pensil.. nnt nak cr la pensil ni

    ReplyDelete
  5. mmg bagus pensil jumbo ni..gemok2 pensilnya hehe
    anak autisme saya, nabil..alhamdulillah boleh menulis dan pgg pensel dengan baik, cuma tulisannya masih besar2..
    yg tipikal, si zarif pulak yg masih belajar nak pegang pensil cara yg betul.sy belikan juga pensil jumbo ni..

    menulis ni satu nikmat kan? nampak je macam senang, sbnrnya 1001 otot dan saraf diperlukan hanya untuk aktiviti menulis..masyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal... terima kasih Mama Kembar 3 atas nasihat yg baik tu... ada saya terjumpa tips nak tukar tangan anak yg kidal kepada tangan kanan... ehhh menjadi pulak tu... respek betul...

    ReplyDelete
  7. Owhhhh...baru tau. Thanks for sharing mama. Harus cari pencil ni nanti ☺

    ReplyDelete
  8. Haaaa.... good sharing... baru 2 hari lps teaxher Akiff ckp suruh train Akiff pegang pencil kat rumah sbb die agak kureng bab tu...

    ReplyDelete