90% Diaperless

Salam dears,
Dulu Mama ada crita kan yang si kembar ni dah toilet trained.  But actually sampai skarang diorang masih blum 100% diaper free, time tido still pakai pampers.  So kira 90% je diaperless laa kot? hehe.

Masa tido siang kat taska kadang kadang cikgu pakaikan pampers depending on diorang minum banyak ke tak, or dah pi kencing ka blum sebelum nap time tuh. Tido malam plak memang still pakai diapers sebabnya kan diorang ni tido bergelimpangan ramai ramai atas tilam so risau laa if sorang kebocoran kang terkena yang lain kang camna? 

If sorang terkencing, silap silap semua kena bangun tengah malam pagi buta sebab nak salin cadar, salin baju, cuci tilam etc etc.  Lagi pun dak tecik 3 orang ni even if sebelum tido suh pi kencing, bangun pagi esok tengok pampers still lencun jugak.  So Mama nya nih tak cukup konpiden lagi nak bagi diorang tido without diapers huhuhu.  

So bila nya nak latih diorang tido tanpa pakai diapers?  Hmmm rasanya bila dah beli katil sorang satu baru Mama konpiden skit nak train diorang.  At least kalau tido katil asing asing, bila ada kes kebocoran pun tak susah nak uruskan cuci tukar cadar semua kan.

Bila nak beli katil?  Hmm tengah dok mengumpul dana ler nih hehe.  Maklumlah hari tu gatai pi beli tilam Ikea, so nanti katil pun kena beli katil budak dari Ikea jugak sebab size tilam tu tak standard size.  Hanya leh muat katil Ikea saja. So...duit...duit...dimana kau duit?? hehehe.  InsyaAllah nanti ada laa rezeki tu, kan? :-)

But eventhough tak 100% diaperless, memang trasa laa savings nya tau.  Kalau dulu sebulan kena beli dalam 8 ke 10 paket, skarang beli 2 or 3 paket dah cukup.  Pastu nak lagi jimat, beli satu paket diaper murah + satu paket diaper mahal skit. Diaper murah buat pakai nap time siang siang sebab tido kejap jer, bangun tido terus bukak.  Malam tido lama so pakai yang elok skit supaya selesa & tak bocor.

Baby Like tu untuk tido siang.  Murah skit, kat Speedmart harga dalam RM20.50 rasanya. Huggies Dry untuk tido malam, harga kat Speedmart dalam RM30 ke 32 sepeket.
Pakai gilir gilir camni save skit ;-)

Yup, kitorang kalau beli diapers slalunya akan beli kat Speedmart sebab so far kat situ lebih murah berbanding tempat lain.  I heart Speedmart!  Ehh ehh terbagi free promo plak kat Speedmart hehehe ;-)

Labels: ,