Make Over Bilik Si Kembar

Salam dears,
Make over lah sangat, stakat ubah skit skit jer - kluarkan katil yang sedia ada, masukkan tilam baru, pasang tikar getah, pasang kelambu moden, ubah susun atur almari and tampal wall sticker skit.  Tapi tu pun ambik masa seharian gak nak buat, sebab sebelum tu kena kemas dulu segala benda especially barang barang yang disimpan dibawah katil bujang yang ada dalam bilik tu sebelum ni.  

Bila dah start mengemas tu baru laa sedar betapa banyaknya barang yang tak diperlukan and boleh dibuang dan errr...betapa banyak habuk yang dikumpul skali ngan barang barang tu hehehe.  Lega rasanya sebab dah selesai dah kerja mengmake over bilik si kembar.  Walaupun very simple jer, tapi at least dah tak yah risau tiga orang budak lasak ni panjat memanjat dah.

Taaapiii...selesai satu masalah, timbul lagi satu masalah plak - punya laa susah nak suh tido sebab masing masing syok nak bergurau senda plak.  Mentang mentang dah tak ada divider dah, pakat bergomol laa plak huhuhu...  

So for now Mama terpaksa start balik aktiviti nak train diorang iaitu kena jadi 'mak guard' dok dalam bilik tu make sure diorang dok diam and tido.  Harap harap pasni diorang akan disilpin ikut routine lah.  Masuk bilik je kena terus tido, tak leh main main dah tau  wahai anak anakku, Mama fenat lorrr...

Anyway, jom layan pics 'bilik baru' si kembar...

 
Dulu - 3 playpen sebagai katil si kembar (kiri)
Katil bujang tempat 'mak guard' landing (kanan terlindung blakang pintu)


Skarang - 
3 tilam untuk si kembar disusun dalam kelambu supaya tak tergolek atas lantai time tido.
Katil bujang dah bukak, tinggal tilam je untuk 'mak guard'.

Almari baju diubah tempat untuk cover suis letrik supaya si kembar tak dapat capai suis.

Tampal wall sticker baru untuk meng'cute' kan bilik yang dah togel nih hehehe

Cute kan? :-)

So tu je laa yang ada kat bilik si kembar for now.  IsnyaAllah nanti bila ada rezeki, nak belikan katil plak untuk diorang sorang satu :-)

Labels: ,