Katil Ikea Untuk Si Kembar

Salam dears,
Baru skarang Mama dapat bersiaran, setelah seharian sibuk dengan macam macam aktiviti.  Sebenarnya hari ni Mama masih bercuti, tapi dah balik ke KL.  And dah jumpa dah beg 'bernilai' 200 hinggit yang tertinggal kat KL tuh hehehe.  Nak tau crita sila baca kat sini yer.

Anyway, ingat tak stori pasal si kembar kasi fenin kapla aii dengan aksi lasak diorang panjat memanjat katil?  Dah alang alang cuti hari ni, pagi tadi Mama & Ayah pegi lah ke Ikea untuk belikan tilam baru untuk si kembar.  Setelah survey a few places, tilam untuk katil budak kat Ikea yang paling menawan hati @ RM179 setiap satu.  Disebabkan mahal, beli tilam je laa dulu.  

Kitorang decide nak beli tilam kat Ikea tu pun sebab niat di hati nanti bila ada rezeki nak beli katil dari situ gak.  Sebab ada satu very simple basic child's bed harga RM199.  Rasanya itu antara yang affordable sebab nak banding kat tempat lain katil budak sampai 3, 4 ratus ringgit, lagi mahal daripada tu pun ada...fuhh berpeluh ketiak tengok harga tau hehe.  

Sebelum ni Mama tak sangka katil budak budak semahal tu harganya.  Hmm bila di pikirkan, barang barang budak memang mahal mahal kan?  Badan tecik tapi semua benda expensive, seller pun tau mak bapak ni kalau untuk anak anak, sanggup je bergolok bergadai beli kan, kan?

 Nanti bila ada duit lebih nak tangkap katil ni 3 bijik plak hehe
For now, anak anak Mama tido atas tilam atas lantai dulu je laa yer...

Plan nya weekend ni lah nak menjalankan aktiviti make over bilik tido si kembar.  Tadi dah pi beli tikar getah gak nak lapik bagi tak sejuk lantai.  Nak letak karpet tak boleh, sebab si kembar ni ada asma memang tak sesuai guna karpet.  Mama dah dapat bayangkan dah nanti heroes tiga orang ni akan lebih banyak bergolek tido atas lantai daripada atas tilam hehehe

Agak agak camna laa reaksi diorang tido tilam baru nanti yer?  Ntah ntah tanak tido tapi pakat bangun buat kecoh plak, maklumlah dah terlepas daripada katil yang ada 'kurungan' hehehe.  Well... we'll just have to wait n see lah kan ;-) 

Labels: , ,