Bukan ADD Tapi...

Salam dears,
Sejak mula buat therapy, Mama ingatkan si kembar ni ada Attention Deficit Disorder (ADD).  Sebab pernah ternampak note doctor tulis "ADD? DLS?".  But yesterday morning, kitorang finally dapat jumpa ngan doktor pakar perkembangan kanak kanak kat sana (before this therapy saja, tak jumpa doc), and the doctor said no, si kembar bukannya ada ADD, hyperactive or autism.  

Yes, they are very active kids, lebih aktif dibandingkan ngan bebudak lain hehe ;-).  And yes, they have speech delay, short attention span, have problem concentrating and tak leh dok diam, but they don't display enough symptoms/criterias to be diagnosed as ADD or hyperactive.  Fuhhh lega, Alhamdulillah :-)

Sibuk mewarna sementara tunggu doktor...err ekceli sibuk conteng menconteng hehehe.

Doc kata si kembar ni jadi camtu adalah disebabkan diorang kembar tiga - sentiasa ada geng and too much stimulation from each other.  And diorang ada bahasa sendiri so diorang rasa tak perlu nak bercakap bahasa yang sama cam orang lain.  Dah ada geng yang faham sesama sendiri kan, tambah plak geng tiga orang terus.  

Unfortunately, doc kata level speech si kembar ni memang agak terkebelakang, macam budak budak umur 2 tahun jer, padahal diorang dah umur 3 yrs 3 mths dah. So doctor cadangkan teruskan buat speech therapy and occupational therapy, since memang ada nampak perkembangan positif sejak dok buat terapi nih.  And doc cadangkan hantar si kembar pi playschool secara berasingan, macam yang Pn Siti suggested sebelum nih.  

Asingkan semasa kelas pagi je, then petang satukan balik.  Maybe for one year, then masuk balik satu tempat together gether.  This is to make them independent.  Sebab bila dah takdak geng, then diorang akan terpaksa laa bercakap bahasa yang orang lain cakap, and terpaksa laa ikut rentak orang lain, bukan buat apa saja ikut sesuka hati je cam skarang ni. Kata doc, 3 yrs is the right age to do this.  Kalau dibiarkan sampai 5 or 6 yrs old, akan lagi susah coz by then kembar dah develop some sort of system yang susah kita nak ubah dah.

But since diorang tak pernah berpisah, and the bond between kembar is very strong, then kena pantau tengok samada diorang akan jadi depressed or develop any negative effect from the seperation.  Kalau jadi depressed, then kena satukan balik diorang.  

Frankly, Mama not so sure nak asingkan cam suggestion doctor ke tidak.  And since skarang dah konpem diorang nye problem ni bukan ADD or autism, then personally Mama rasa tak lah serius sangat kan.  Maybe tak yah ambik tindakan drastik sangat kot for now. Lagipun rasa cam susah skit nak coordinate hantar 3 tempat berasingan and tak sampai hati nak pisahkan diorang pun ada gak nih.  

But that said, we still need to do something now to help them, tak kan nak biarkan je kan.  Maybe can start with sending them to playschool yang sama dulu.  But kena cari yang sesuai, and yang boleh terima keadaan diorang ni lah.

Mama & Ayah still seriously considering tadika yang kitorang dah hantar si kembar for trial baru baru nih.  But pagi ni kitorang nak pi survey survey lagik just to keep our options open.  Well, we'll see...tengok laa camna.  Nanti kitorang dah decide Mama stori mori kat blog nih.  Harap korang tolong doakan yang terbaik untuk si kembar kesayangan Mama ni yer.  Thanks! :-)
 

Labels: , ,