Salam dears,
Selesai sudah Mama meregister and bukak fail untuk si kembar pi check up for speech delay diorang. Nasib baik laa nurse dah pesan awal awal tak yah bawak si kembar sama untuk register nih, sebab takat register je pun ambik masa almost 2 jam and kena pegi a few departments.
Banyak jugak laa proses and observations yang si kembar kena lalui sebelum dapat jumpa pakar nanti, berderet appointments!
1) 19 Ogos 2011 - Appoinment kat Unit Terapi Cara Kerja. Therapist kata ni basically to observe their attention level, leh ikut arahan ke tak and whether they can do things themselves. Also nak ajar si kembar ni cara untuk ikut arahan and duduk diam bila disuruh.
Katanya if duduk diam pun tanak, susah lah kita nak ajar diorang bercakap kan? Hmm Mama dah terpikir dah it will be a challange, sebab bak kata cikgu kat taska, si kembar ni seminit pun tak duduk diam hehehe. So it will be good for me & Ayah to learn that too.
2) 19 September 2011 - Appointment kat Unit Terapi Pertuturan untuk observe and test their language skills.
3) 29 September 2011 - Appointment kat Child Development Center (CDC) dimana nurse akan observe si kembar and akan interview Ayah & Mama jugak.
4) 29 November 2011 - Appointment kat Klinik Audiologi untuk buat audio test.
5) 30 Disember 2011 - Appointment ngan doktor pakar perkembangan kanak kanak kat CDC. Masa ni lah doktor akan discuss the findings of all the tests & observations daripada proses proses sebelum ni dan akan bagitau what to do next.
Perghhh giler banyak appointments kan? Habih laa annual leave Mama camni. Tapi takpa laa, demi kebaikan anak anak tersayang. Kalau pun it turns out that si kembar ni tak dak apa apa masalah, sekadar jenis yang lambat bercakap je, then Alhamdulillah.
If found out diorang ada masalah lain, then we can take action. Camni hati Mama akan lebih lega at least we are doing something. And bagus juga Mama & Ayah pun akan dapat belajar cara & teknik untuk merangsang pembelajaran dan perkembangan mental si kembar ni dengan lebih baik, InsyaAllah :-)
By the way, thanks to Farihah sebab bagi tips untuk amalkan baca surah Robbisrohli tiap kali buat susu anak or siapkan makanan anak anak supaya diorang mudah cepat bercakap. Ibu ibu lain yang ada masalah anak lambat bercakap pun boleh laa kita sama sama amal kan.
Moga moga berkat usaha ni semua, si kembar akan cepat dapat bercakap and berborak ngan Mama, walaupun rasanya maybe nanti Mama yang tak terlayan sampai nak fengsan hahaha!
Labels: kembar tiga, speech theraphy, triplets