Lambat Bercakap

Salam dears,
Si kembar ni lambat bercakap.  Bulan depan dah nak masuk umur 3 tahun, tapi masih bercakap bahasa 'German celup' yang ntah apa apa Mama pun tak paham. Memang laa bila diorang bercakap bahasa camtu nampak sangatlah cute, tapi sampai bila kan?  

Diantara diorang bertiga, si Fahmi yang paling banyak cakap Malay or English (about 70 words) and diikuti oleh Faris (about 50 words).  Yang paling kurang ialah si Fauzi, tak sampai 30 words pun rasanya.  Slalunya si Fahmi akan jadi ketua untuk mintak apa apa, adik adiknya just tumpang skaki je.  Contohnya Fahmi mintak "nak acu", Faris and Fauzi just join "nak, nak!".

Bila tengok budak budak lain yang sama umur ngan diorang dah terror cakap bahasa Malaysia, mesti laa Mama risau. Masa diorang umur 2 setengah tahun dulu Mama tanya doktor pakar kanak-kanak, ok ke camni?  Doc kata don't worry coz some kids memang 'late starters'.  Asalkan bila bagi arahan diorang faham, and kita tak perlu tunjuk dengan tangan bila bagi arahan tu, dah ok dah.   Lagipun katanya si kembar ni development nampak okay, cerdik panjang akal semuanya :-)

Mama terpikir gak, mungkin diorang ni lambat bercakap bahasa yang proper sebab diorang ada bahasa sendiri.  Sebab Mama tengok diorang berbual sesama sendiri macam paham jer, ntah apa apa yang disebutnya tau tau pakat gelak mengekek ramai ramai.  Or sorang ajak buat something, yang lain paham and ikut.  And perkataan yang disebut masing masing pun bunyi sama jer, sepesen jer, so maybe that's their very own unique language?

Tapi recently ada one reader, Diana, email Mama and crita tentang anak kembar nya yang dah umur 3 tahun 8 bulan pun masih belum bercakap.  Kembar dia dah dibawak for speech therapy for 1 year but no improvement.  At last found out rupa-rupanya kembar dia ada mild autism.  And Diana bagitau Mama fakta menunjukkan kembar lelaki yang monozigotik (seiras) ada risiko hampir 70% untuk jadi kanak kanak autism - kalau tak dua dua then salah sorang.  

Lepas dapat tahu tu semua, of course laa Mama jadi sangat risau.  Sebab if autism, then early intervention is very important and can help.  Diana suggest Mama pi jumpa pakar perkembangan kanak-kanak.  Weekend tu jugak Mama dapatkan referral letter dari peadiatrician si kembar ni and pi register untuk jumpa child development specialist.

Tapi as usual, hospital gomen ni proses nya lambat skit la, waiting list pun panjang.  Mula mula kena pi isi borang crita apa masalah anak anak, then panel doktor akan mesyurat untuk review nak terima the case atau tidak.  If the doctors accept the case, baru lah dipanggil untuk register and bukak fail untuk anak anak kat sana.  Lepas dah bukak fail, baru lah akan diberi tarikh untuk appoinment yang most probably lambat lah kot. 

Doctors kat child development center tu dah pun review and accept case si kembar ni, so pagi ni Mama akan ke sana untuk bukak fail untuk si kembar pi check up kat sana.  Since waiting list panjang, ntah ntah appointmentnya bulan 11 ke 12 nanti kot.  Hmm nak buat camna, tak mampu nak pi private yang bayar mahal, so kenalah sabar menunggu giliran.  Lagipun peadiatrician si kembar kata, private doc yang dia kenal kat Sunway Hospital tu pun waiting list sangat panjang gak, baik laa pegi hospital gomen je.

Nurse suh bawak pics si kembar untuk bukak fail, nak passport size pics katanya.  Mana laa Mama ada passport size pics si kembar nih.  Nak pi ambik kat kedai gambar?  Hmm bertuah sangat laa kalau si kembar ni nak duduk diam time ambik gambar hehehe.  So crop je laa apa apa pics yang ada.  Tu pun susah benar nak cari pics diorang yang proper.  Abihnya, ni je laa pics yang ada, jadi laa kan hehehe




Mama harap sangat sangat supaya masalah si kembar ni is nothing serious, biarlah setakat speech delay saja.  And hopefully dengan jumpa pakar & buat speech therapy, si kembar akan improve, InsyaAllah.

Labels: , ,