Perkelahan Geng Kembar Memang Gempak!

Salam dears,
Perkelahan geng kembar kali ke-2 kat Putrajaya smalam memang sangat meriah.  Sampai 25 families yang datang tau...memang gempak aaah! Sronok dapat berkelah beramai ramai camtu..walaupun hujan tapi still best! :-)

Memula kitorang sampai, around kul 10.20 pagi cuaca cerah elok so terus pegi ke taman permainan dulu.  Sampai je kat taman tu Mama  tersangatlah happy sebab nampak Izan dan Affan & Afnan, memang dah lama tringin nak jumpa ngan diorang, rasanya sengih sampai ke telinga kot Mama time tu hehe. 

Gathering kali ni bertambah meriah bila ada 4 family kembar meraikan birthday anak anak kat situ, best giler kek sampai 4 bijik uuu…sedap! My heroes pun happy sebab dapat goodies bag dari Ammars.  Makanan lain plak memang banyak choice, dah cam pasar ramadhan plak.  Tapi Mama cuma sempat jamah kek, pulut bakar (ye ke nama tuh?), apam warna warni and karipap.  Air spesel tuan penganjur buat pun tak sempat rasa, fofular sangat air tu cepat benar abih.  

Si kembar pun tak makan sangat, diorang terover exited asyik lari sana sini mengukur kawasan jer, tak reti duduk diam langsung lah.  Fenat aii mengejar sebab tempat tu luas betul.  Nak dibiarkan tak berpantau, kang ntah kemana peginya bebudak ni kang.   

Selamba dek je diorang lari ke toilet laa nak ke kawasan parking laa… and risau gak kot kot terlepas ke area tasik tu.  Bebudak kecik ni walaupun kaki pendek tapi lari laju wehhh takut tak sempat tangkap.  Errrr kepada family yang si kembar ni kaco tumpah kan air kat tikar & songlap cawan korang, mintak maaf banyak banyak yer, Mama tak sempat nak halang diorang huhuhu…

Bila dah lama skit kat situ plak, si kembar ni start rimas sebab panas agaknya.  Lagi pun kul 12 time diorang tidor tengah hari so masing masing cranky dah, especially si Fauzi.  Time orang nak posing group photo, suara dia lah yang paling kuat meraung sampai naik fenin dengar.  Memang nangis bersungguh sungguh laa si kecik tu.  ‘Bertuah’ sungguh semua yang hadir tu sebab dapat ‘dihiburkan’ dengan suara merdu si Fauzi nih *aii malu wehh*

As usual, bila sorang start buat perangai, mula laa nak berjangkit kat yang lagi dua orang.  Last last kitorang terpaksa decide balik awal, tak sempat tunggu sampai abih… sesi bergambar untuk majalah Pa & Ma pun kitorang tak sempat nak join. 

Terkilan gak rasanya sebab tak dapat borak borak ngan semua orang, tak dapat nak posing posing ngan geng mommy bloggers yang hadir…bukan senang kita nak bersua muka camtu kan? And the very very sorry ye tuan penganjur sebab tak dapat nak tolong mengemas barang barang semua :-(

Wokeh…jom layan pics plak zasssss…. Tapi tak banyak pun pics yang cun cun nak tayang kat korang… Apsal tak banyak pics yang cun? Because aii sibuk kehulu kehilir mengejar si kembar tiga ni lari sana sini sampai tak sempat nak snap snap pics huhuhu. 


Masa baru sampai, si Fauzi kekunun malu malu...asyik nak berkepit ngan Mama jer.  Mama nak jalan pun susah pasai dia dok peluk kaki aii hehe

 
 Kena kepung kat wakaf sebab hujan.  Masa perkelahan geng kembar yang first dulu hujan, kali ni pun hujan gak.  Tapi ok lah kan orang kata hujan tu rahmat? :-)

Ramai tu! Meriah!

 
Makanan memang best, dah macam kat pasar ramadhan plak


 Si kembar 3 melepak bersama kembar 2 gegirl yang lawa.
Rajin benar Najlaa & Najwa melayan my boys :-)
 

 Tempat sangat lah luas, fenat Mama mengejar si kembar tiga nih

 Time ni si Fauzi masih happy berlari mengukur kawasan

Si Fahmi asyik laa dok bawak botol susu tu kehulu kehilir, dah laa warna pink..tak macho langsung hehe

 Suka benar pi sembunyi kat corner camtu, cuak gak Mama bila cari tak jumpa

  
Fauzi dah start masuk gear meraung

Nak berposing pun dah tak aman dah huhuhu

 
Dalam keta on d way balik...walaupun penat still nak melasak gak tuh.
Kitorang pi tumpang keta adik Mama.

Tahniah Huszaini sebab dapat kumpulkan geng kembar ramai ramai camtu, bukan kerja mudah tu.   Agak agak next gathering brapa ramai plak laa yang akan datang kan?  Huszaini dah bercita cita nak kumpul geng kembar satu Malaysia tau…bestnyaaa tak sabar tunggu hehehe

 
Thumbs up from us! :-)

Nak tengok lagi banyak pics?  Sila terjah blogs nih:
http://linsempoi.blogspot.com
http://nisa1575.blogspot.com
http://amrafahan.blogspot.com
http://born2touchurheart.blogspot.com
http://diariummi.blogspot.com
http://www.benashaari.com

Labels: