Perkelahan Geng Kembar BEST!

As Salam dears,
Hari Sabtu lepas si kembar 3 joined perkemahan geng kembar kat Putrajaya yang Abah Auni, Auni, Auni anjurkan.  Best! Sangat seronok dapat jumpa face-to-face ngan kawan kawan yang slama ni just berhubung di alam maya saja.  And sangat happy sebab dapat tengok keletah budak budak kembar tu, toleh kiri kanan depan blakang nampak muka sama jer semua...ramainya clones! Walaupun diri sendiri ada anak anak kembar seiras, Mama still excited everytime tengok kembar yang lain and automatik terus terpikir "ehh serupa laa muka depa!".

Famili Mama terlewat sampai situ, around kul 5 petang.  Si kembar 3 ni dah tak pandang kiri kanan dah, takde nye nak bagi salam ke apa ke, excitedly terus terjah tempat main main kat padang permainan tu.  But tak sempat bebudak tu nak puas main wartawan Harian Metro ajak semua orang bergambar ramai ramai, apa lagi terus laa si kembar ni nanges protes! Salah kitorang jugak, sapa suh pegi lambat kan?*malu*.  Selesai je bergambar, start hujan plak dah.  Terus tak leh main main & lagi laa mengamuk si kembar nih, nasib baik bila pujuk bagi makanan nak jugak diam *lega*.

Disebabkan hujan, kitorang terpaksa berteduh kat satu wakaf yang ada kat situ, ramai ramai bersempit rapat rapat, okay wat..lagi mesra alam uuu ;-).   Dan yang  tambah meramaikan tu famili Mama la kot - Mama 5 branak, my parents & sister, my parents in law & bro in law pun ikut sekali - ambik ko sekampung Mama bawak hehehe. 

Meriah tau ramai ramai camtu, especially keletah budak budak yang  excited jumpa geng, ada yang pulun makan, ada yang 'memasak', ada yang asyik nak 'rasa' semua makanan, ada yang 'siram' lantai & macam macam lagi lah, alaa dah namanya pun budak budak kan?  Tapi yang Mama perasan, yang gegirl semua baik je, well behaved.  Tapi yang boboy, aduhai lasak!  Si kembar 3 F ni opkos laa kan, and tengok Darwishes pun sama kes jugak hehehe.

Ben Ashaari & wife pun datang gak.  So Ben Ashaari tu macam mana orangnya? Uishh rupa garang macam pengetua skolah asrama wokeh!  Dah laa body tuff, terus takut nak tegur.  Tak lah, Mama tipu jer (bab body tuff tak tipu laa hehe), sebenarnya Mama yang malu malu kucing nak interframe sebab tengok dia dok rancak berborak ngan Zaini.  Tapi dapat laa bersembang ngan wife dia, Zila, very nice & friendly orang nya, untung u Ben ;-) 

All in all, it was a fun day for all of us, BEST!  Thanks Zaini sebab anjurkan program ni, pasni buat lagi yer...

 
Memula sampai blum hujan, dapat laa si kembar main main kejap

Dah alang alang naik 'stage', terus Faris ajak Auni berjoget ;-)

Eh eh budak budak nih, tengok orang bancuh air pun leh excited?

Elly tropong apa tu? Ke tu Emmy??? *Konpius*

Makanan banyak! Siap leh tapau bawak balik, senang hati tak yah masak malam tu.

Auni: "Ishh rasa cam nak cubit jer pipi mamat ni!" ;-)

Errr...salah satu upacara yang wajib ada - meraung!
 

Tiga orang aweks cun ~ Auni, Auni, Auni

Puan belog with Yat a.k.a Mama Qiestina yang gorjes.
Mee goreng Mama Qiestina sodappp, terangkat uuu!

Ben Ashaari & Zaini
(pic di cilok dari blog Amrafahan)

Chef Fahmi: "gaul hingga sebati yer puan puan..."

 
Chef Fauzi: "camni lah caranya nak buat spaghetti tarik"

Tuan penganjur pun nak mamam jugak

Ammar yang encem, lagi sorang Ammar tak sempat snap pic.
Takpa, tengok sorang pun dah cukup, sama je rupa diorang hehe

Auni nyanyi ~ Kalau anda rasa gembira tepuk tangan clap! clap!
Kat belakang tu tengah berlangsung acara sukaneka mengutip spaghetti *sigh*

Ntah apa laa yg si Aqil tengah dok crita kat Sara & Kyra (baju kuning)

Makan jangan tak makan!

Elly & Emmy yang comel

Kitorang nak balik dah, babai!!!

 
Tiga orang budak tecik yang keletihan...


Tak puas tengok pics kitorang berkelah?  Sila lah terjah blogs diorang ni plak yer:

Amrafahan
Mama Qiestina
Ammars yang encem
Sara & Kyra

Labels: ,