Dah Tak Payah Teman Dah...

Salam dears,
Semalam genap laa seminggu (7 malam) si kembar tidur tanpa perlu Mama atau Ayah temankan.  Sebelum ni walau pun kitorang dah berjaya latih si kembar untuk fall asleep dalam katil masing masing, tapi Mama atau Ayah still kena tunggu & temankan sampai lah diorang tidur lena baru leh kluar dari bilik diorang.  

Selalunya Mama lah yang temankan pastu konpem tertidur skali. Sudahnya  Mama bangun tengah tengah malam atau pagi pagi buta buat keja umah, nak abih kan apa yang tak sempat dibuat masa siang hari.  Maklumlah heroes tiga orang ni kan sangat lah lasak, memang selalu kena dok tengok & jaga diorang sampai keja lain tak jalan.  So Mama nak latih diorang supaya tidur tak yah berteman & Mama boleh la terus buat keja umah sebaik saja diorang masuk tidur.

Setakat seminggu ni dah berjaya lah, just letak diorang dalam katil masing masing, kiss kiss good night semua & tinggalkan je.  Kalau ada yang buat bising, Ayah just pegi kat pintu bilik diorang & marah skit suh tidur, terus semua senyap hehehe.  Harap harap berterusan lah camni, bertambah senang nak menjaga diorang :-)

 Dah Mama tak temankan, Fauzi ajak Buzz Lightyear je laa tidur hehehe
Si Fauzi ni memang suka bawak segala benda masuk katil sampai penuh katil ngan bantal & mainan, tempat dia tidur tinggal seciput jer

Hmmm...dah besar dah anak anak Mama, tidur dah tak yah teman dah.  Lepas ni tak yah bangun minum susu malam malam plak yer...

Labels: ,