Salam dears,
Salah satu benda yang Mama tak suka buat ialah aktiviti seterika baju. Bila kena seterika baju sekolah si kembar 3 ni, sekali seterika boleh ambil masa sampai sejam lebih. Fuhhh berpeluh juga laa! Mana tak nya, 9 helai baju dan 9 helai seluar tu...
Sebab tu, Mama mencari baju uniform sekolah yang mudah nak diseterika. Bila dapat tahu bahawa baju uniform sekolah jenama Matari ni adalah jenis tidak berkedut (wrinkle-free), Mama rasa teruja sangat! Baju yang mudah diuruskan macam ni adalah idaman para ibu, betul tak?
Baju kemeja uniform sekolah Matari ni materialnya lembut, licin, tidak panas dan yang paling best - tidak berkedut! Tak percaya? Haaa nah tengok video ni...
Tak lekat kedut pun kan?
Tak lekat kedut pun kan?
Sesetengah seluar sekolah kan kain jenis yang keras kejung, tak selesa. Tapi seluar uniform jenama Matari ni tak terlalu keras dan tak panas. Si kembar kata "selesa Mama!". Mama rasa seluar ni bukan jenis yang tidak berkedut. Tapi ianya sangat mudah diseterika. Tonyoh sikit je, kedut hilang. Senang kerja mak noks ;-)
Haaa lagi satu, masa dapat je unifom Matari ni Mama terus belek kot kot ada jahitan yang tertetas, benang tercabut atau bertindih tindih. Mama pantang betul kalau ada jahitan yang tak kemas dan nampak macam nak tercabut je. Tapi jahitan baju uniform sekolah Matari ni cantik dan Mama sangat puas hati!
Jahitan yang kemas
Lagi satu benda yang Mama suka ialah baju uniform ni boleh beli online je di Matarishop.com. Sangat memudahkan, tak perlu nak bersusah payah angkut anak anak ke kedai, pusing 3, 4 round cari parking bagai. Hanya perlu klik klik order..bayar...pastu tunggu baju sampai. Senang!
Tak tahu nak beli saiz apa? Jangan risau, ukur badan anak, pastu tengok size ikut ukuran kat website Matarishop.com tu dan order mana yang paling sesuai. Itulah yang Mama buat dan saiz yang sampai tu memang muat elok dengan si kembar.
Muat elok dengan dak encem 3 orang ni. Cuma seluar je panjang sikit dan kena 'alter'. Yang lain? 'Perfect fit' omputih kata hehe
Matari juga merupakan sebuah CSR company dan hasil daripada jualan akan disumbangkan kepada organisasi kebajikan. Contohnya, 10% daripada hasil jualan uniform yang korang beli tu akan digunakan untuk sponsor pakaian sekolah untuk kanak-kanak yang memerlukan. Jadi, disamping membeli untuk anak anak sendiri, korang juga secara tak langsung turut menyumbang untuk pihak yang memerlukan. Membeli sambil beramal. Best kan? :-)
Klik untuk besarkan gambar.
Ada cabutan bertuah juga, best ni! Mana tau ada peluang nak menang kan?
Haaa berita baik untuk semua - ada 15% diskaun khas untuk pembaca blog Mama Kembar 3 tau. Gunakan kod promo MK3 semasa membuat pembelian di Matarishop.com. Kod promo ni sah bermula hari ni 14 Disember 2015 hingga 4 Januari 2016. Ishh dah laa harga berpatutan, dapat diskaun 15% lagi, best wooo... ;-)
Untuk maklumat lanjut, layari:
Website: www.matarishop.com
Telefon:
016-5206725
Alamat:
Matahari Uniform Centre Sdn Bhd
2795,2796,2797, Jalan Rozhan,
Taman Industri Cherok Tokun,
14000. Bukit Mertajam.
Pulau Pinang. Malaysia










utk bdk2 sekolah, mmg sesuai bju jnis ni. balik sekolah je baju cmpk tah ke mana..tak de la kedut
ReplyDeletekita mak2 nih selagi boleh nak cari yang memudahkan kan. hihih
ReplyDeleteNasib baik I belum gi shopping sekolah... next week I click2 :D excited-nya....
ReplyDeleteboleh try beli ni
ReplyDeleteaaaaa dah besar dah kembar 3 . dulu suka follow up cerita kembar 3 ni . then lama tak buka blog n blogwalking, tengok2 entry trbaru akak kembar 3 dah besar dh nak sekolah dh . dulu mula follow blog akak cakap pun tak terus lgi diorg ni . yeyy :D
ReplyDeleteBestnye mama...tayah iron2 dah
ReplyDeletehuh. senang hati
ReplyDeletebagus ni, senang nk urus. wrinkle free tu
ReplyDeleteboleh lahh nak kurus pasni... menarikkk
ReplyDeletebagus la kan memudahkan kerja ibu2, anak pon selesa..suka la.
ReplyDeletewah bagus ni.. tapi dah beli lak baju sekolah anak².. huhuhuu
ReplyDeleteBoleh ler google matari nie...
ReplyDeleteWow... Mcm menarik nih. Boleh rekomen kat kwn2 yg ada anak bersekolah. Adam & Athirah tecik lg, blom sekolah. Hehehe
ReplyDeleteJanji x berkedut..dah ok sgt lah tuu..nak tggu seterika yg bole jalan sendiri lom ada org cipta kann...hehhee
ReplyDelete