Salam dears,
Pertama kali Mama dapat tahu tentang INTEEMOR ni ialah daripada instagram Memey Suhaiza. Mama memang follow sebab suka tengok Memey yang sentiasa lawa berseri seri tu. Dan...terpikat juga dengan packaging INTEEMOR, sebab ungu warna kegemaran Mama hehe.
Lepas tu, mula lah mengGoogle cari maklumat dan testimoni tentang produk. Uishh banyak betul kebaikan INTEEMOR. Buat hati lagi teringin nak cuba. Dan kini, walapun baru 2 minggu lebih mengamalkannya, Mama boleh katakan bahawa INTEEMOR serasi dengan Mama. Memang puas hati! :-)
Terpikat dengan INTEEMOR :-)
Diantara kesan yang Mama dapat rasa ialah:
- Badan lebih cergas dan bertenaga. Dengan INTEEMOR, walaupun tidur lewat, esoknya Mama boleh bangun awal macam biasa. Kalau sekali sekala rasa mengantuk di awal pagi tu biasalah kan. Dulu, kalau tidur lewat je, esoknya Mama akan rasa mengantuk dan letih. Pernah sampai nak terlelap sambil dok buat kerja atau terlelap sambil berdiri dalam komuter. Tapi kini tidak lagi ;-)
- Melawaskan sistem penghadaman dan mudah 'membuang'. Dulu Mama nak 'membuang' sekali sehari pun belum tentu. Tapi sekarang, kadang kadang sampai 2 kali sehari hehe. Bahan bahan dalam INTEEMOR ni menggalakkan proses detoks. Jadi bila sistem penghadaman baik dan dapat buang toksin dari dalam badan, tak hairan lah badan jadi lebih cergas dan bertenaga kan?
- Kulit terasa lebih sihat. Hmm selalunya bila nak datang period, pasti akan naik jerawat dimuka Mama. Paling kurang pun mesti ada sebiji yang nampak jelas macam 'traffic light' kat muka huhu. Tapi period baru baru ni, tak ada jerawat! Yayyy!
- Mengeluarkan angin dalam badan dengan jayanya. Makin banyak kentut ke? Shhh itu rahsia lah hahahah. Tak kisah lah kentut ke sendawa ke, yang pentingnya boleh keluarkan angin dari dalam badan ni haa. Mama selalu rasa sakit sengal sengal kat pinggang, sebab angin kot. Tapi sejak ambil INTEEMOR, dah kurang rasa sengal menyucuk nyucuk kat pinggang. Harap harap, dengan pengambilan yang konsisten, akan terus hilang rasa sengal sengal tu, InsyaAllah.
Banyak betul kebaikan INTEEMOR. Ni yang buat Mama makin bersemangat mengamalkannya :-)
Klik untuk besarkan gambar ye
Gabungan 16 herbal terpilih dalam INTEEMOR
Kalau korang Google tentang kebaikan Habbatussauda, memang banyakkk sangat maklumat yang ada. Malah terdapat hadis yang mengatakan Baginda Rasullah SAW bersabda bahawa Habbatussauda berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Hmm rasanya ramai yang tahu bahawa kunyit sering digunakan oleh masyarakat India untuk tujuan kecantikan kan? Sebab kunyit mempunyai bahan yang boleh melawan keradangan dan memberi kesan antiseptik pada kulit. Seingat Mama, masa sekolah dulu selalu nampak kawan kawan India yang sapukan kunyit dikulit semasa tengah period. Sekarang baru Mama tahu apa kebaikannya.
Dong Qui pula adalah salah satu bahan yang sering digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengubati pelbagai penyakit dalaman wanita dan bagus untuk menstabilkan hormon. Aloe Vera pula, well tentu korang dah biasa dengar tentang kebaikan dan keberkesanan Aloe Vera dalam penjagaan kulit dan rambut kan?
Sebenarnya kalau nak dihuraikan satu persatu kebaikan 16 herbal dalam INTEEMOR ni, sampai lusa pun tak habis kot hehe. Apa yang pasti, Ephyra sudah pilih dan gabungkan hanya yang terbaik dalam INTEEMOR!
Sememangnya INTEEMOR umpama 'jamu moden' untuk wanita. Dah tak perlu bersusah payah nak rebus herba itu ini, pastu menahan pahit nak menelannya pula. Dengan INTEEMOR, senang saja. Ambil sudu, tuang dan ngap! Rasa pun sedap, masam masam manis. Simpan plak dalam peti ais, confirm senang nak telan.
INTEEMOR sesuai untuk wanita berkahwin, anak dara, wanita berpantang dan ibu menyusu. Untuk yang dah tak berapa remaja macam Mama ni, ambil 2 sudu pagi dan 2 sudu malam yer.
Sibuk nak suapkan Mama. Pastu sibuk nak rasa juga hehe. Sorry ye sayangs, ini untuk wanita sahaja. Haaa...INTEEMOR mengandungi madu. Jadi sebaiknya gunakan sudu plastik untuk kekalkan khasiatnya okeh.
Hmm...diantara kelebihan INTEEMOR ialah membantu membakar lemak berlebihan dan mengawal berat badan. Wah wah wahh...adakah nanti aii akan slim melim macam Memey Suhaiza? Ececeh...kalau dapat turun 2 kg pun syukur lah hehe. Well, lain orang, lain kesannya. Jadi kita tunggu dan lihat yer. Moga tercapailah hajat dihati untuk jadi #makinmanis dan #makinmantap lepas ni ;-)
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang INTEEMOR, boleh dapatkan di:
Facebook: Oceanlife2u
Instagram: Ephyra2u
Website: Oceanlife
Nota: Ibu mengandung DILARANG mengambil Inteemor.






sngat bagus Inteemor ni.. Yanie memang nak amalkan terus Inteemor..
ReplyDeletebest kan?
ReplyDeletemas pun minum inteemor..
ReplyDeletekesannya memang terbaik untuk kesihatan wanita
Banyaknye khasiat dan kelebihan Inteemor ni....
ReplyDeletemmg bagus produk ni
Wow... Menarik.. Bleh try nih. 😊
ReplyDeleteSolid la badan mama pasni ye.. terbaik Inteemor..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Kak Nina pun dah amalkan INTEEMOR dan teruja akan khasiat dan kebaikkannya!
ReplyDeleteTestimoni Kak Nina
CoratCoret Nina: 5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu -
http://ninamirza.blogspot.my/2015/11/5-Rahsia-INTEEMOR-anda-perlu-tahu.html
istiqhomah ye mama..alololo..suap mama ye..
ReplyDeleteInteemor memang terbaik.. Suka suppliment ni
ReplyDeleteSuka buah berri...
ReplyDeleteSuka sangat amal inteemor banyak kepuasan seseorang wanita boleh dapat dari pati jus inteemor...alhamdulilah ramai yang bagi feedback positive :)
ReplyDeletetergoda pula smua suka makan inteemor ni kak..hahahaha kena cuba ni
ReplyDelete