Sejak si kembar tiga ni kecil lagi, selalu jadi perhatian orang. Ingat lagi, selepas melahirkan diorang, dah ramai yang datang melawat di hospital. Lepas tu, masa nak balik dari hospital pula, ramai yang pakatkerumun ikut sampai ke kereta. Meriah! Hehe
Dan, seringkali orang yang jumpa si kembar tiga ni, pasti akan teruja dan hulurkan duit kat diorang. Terutama sekali orang tua yang berumur macam atuk nenek, memang akan hulur sikit sedekah 'duit poket' katanya.
Si kembar ni happy je lah nak ambil. Biasanya diorang akan tanya Mama dulu sebelum ambil, sebab Mama dah pesan jangan ambil apa apa daripada orang yang tak dikenali. Tapi walaupun Mama kata tak payahlah, orang tetap nak bagi. Sebab katanya jarang jumpa kembar 3 jadi diorang excited dan nak sedekah.
Hmm Mama segan sebenarnya bila orang hulur duit kat si kembar 3 ni. Dan Mama memang dah pesan kat kembar, jangan ambil, terutama sekali kalau Mama Ayah tak ada masa tu. Mama rasa, ibubapa yang lain pun, mesti ada rasa segan juga bila orang bagi duit kat anak anak kan? Tambah pula kalau kita tak kenal pun orang tu, baru pertama kali jumpa kan?
Tapi tu lah, bila orang berkeras juga nak bagi, serba salah pula kalau tak ambil. Takut macam memalukan orang tu pun ada. So, end up Mama bagi juga si kembar ni ambil. Anggap je itu rezeki si kembar. Kalau dah tertulis itu rezeki diorang, terima je lah dan bersyukur :-)
Tapi tu lah, bila orang berkeras juga nak bagi, serba salah pula kalau tak ambil. Takut macam memalukan orang tu pun ada. So, end up Mama bagi juga si kembar ni ambil. Anggap je itu rezeki si kembar. Kalau dah tertulis itu rezeki diorang, terima je lah dan bersyukur :-)
Mama berdoa moga anak anak Mama akan terus dimurahkan rezeki sampai bila bila. Rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit je. Kesihatan yang baik, kecerdikan akal fikiran, kebahagiaan hidup pun rezeki juga kan? :-)

eee....korang ni kan...omeyyy angat....tauuuu
ReplyDeleteAlhamdullillah.. rezeki anak2 kan
ReplyDeleteInsyaalah..anak2 ni memberi rezeki kepada keluarga..amin
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki si kembar..
ReplyDeleteamin...aunty PC pun doakan moga kalian sentiasa dirahmati Allah..hidup berkasih sayang dan dipermudahkan setiap urusan..rezekikan mama..alhamdulillah..
ReplyDeleteaminnnn..betul tu kak nani..rezeki banyak segi tuhan hantarkan..asalkan kita bersyukur..akan ada lagi rezeki buat kita kan..
ReplyDeletekak nani pegi kan yg melaka tu..eh smpat tanya sini hahahaha
in shaa Allah :)
ReplyDeletekembar bertiga cute.
and special!
Alhamdullilah murah rezeki depa kan..semua comel-comel..suka tengok
ReplyDelete