Salam dears,
Hari Jumaat lepas si Faris kena sengat tebuan. Siang masa dia kat taska, kena sengat kat betis dia. Malam masa jemput dari taska baru Mama dapat tahu. Mula mula tengok, Mama releks ja, siap boleh singgah shopping kat AEON Big lagi. Sebab masa tu dia nampak ok ja. Boleh berlari & tak nampak dalam kesakitan pun. Kaki dia pun tak lah bengkak sangat.
Tapi masa lepas shopping, dia mengadu kata kaki makin sakit. Masa tu dah pukul 9.40 malam dah pun. Lagi 20 minit je klinik dah nak tutup. Tapi hati Mama kuat mengatakan, bawa je lah ke klinik, biar je lah doktor tengok. Risau plak kot makin sakit kang.
Dan nasib baik pergi klinik! Sebabnya sebaik saja doktor tengok, terus doktor kalut sebab katanya dah bengkak besar! Pastu doktor terus cakap kena bagi injection ni! Ehhh injection apa? Heran plak Mama, kena sengat tebuan je pun nak kena inject ka?
Kata doktor, sesetengah orang boleh ada allergic reaction bila disengat tebuan. Boleh jadi bengkak satu badan, bengkak mata dan menyebabkan ganguan pernafasan. Dan bila dah sampai susah bernafas, ianya boleh membahayakan nyawa! "Lebih baik bagi injection sekarang puan, daripada biar jadi allergik sampai susah bernafas dan kena tebuk masuk tiub...." kata doktor. Lepas tu, doktor bagi ubat susutkan bengkak, ubat sapu dan juga antibiotik. Sebab doktor kata kita tak tahu apa lagi kuman atau penyakit yang mungkin ada pada tebuan tu.
Aduhhh dengar je tu, terus Mama panik hokey. Tak sangka plak kena sengat tebuan boleh jadi serius sampai camtu. Nampak sangat ilmu ku masih cetek huhu. Lepas ni kena alert tentang benda benda camni. Hmm nasib baik lah, walaupun dah lewat last minute, tergerak juga hati dan sempat bawa ke klinik.
Dah tak bengkak, Alhamdulillah...
Mama dah Google cari infor tentang sengatan tebuan dan lebah. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah mencabut penyengat daripada tempat sengatan (kalau ada yang tertinggal) dan lepas tu tekapkan ais pada tempat yang disengat untuk kurangkan bengkak. Dan cepat cepatlah bawa ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan (sumber).
Mama rasa lepas ni kalau kena gigitan/sengatan serangga macam ni...lebah ke apa ke, pergi je lah jumpa doktor. Memang laa kita pray for the best dan harap tak jadi apa apa yang tak diingini. Tapi lebih baik ambil langkah pencegahan kan? Better be safe than sorry :-)

Allahu...PC pun pernah kena mama...darjah 1...parutnya tu ada sampai sekarang...nasib masa tu cuti sekolah..ikut arwah nenek pegi kebun...
ReplyDeletedisengat tebuan?bahaya tu..kalau dulu sha masa kecil2 ada jugala kena sengat tp yg penyangakt kcil tu..sakit juga..bengkak kaki..huhuh
ReplyDeleteBetul kak..bhaya tebuan..klu kna cpt ltk cuka hujung lidah..nk nutralkn antibodi..ad kes murid sye..sbb allergik..dlm skjp je pgsan..dan ALLAH lebih sayang dia...biasa murid2 klu kna..ltk mnyk angin alhamdulilah..tp murid yg ni...rupenye yg sorang ni balik dr sek..kna sengatan..dlm bbrpe jam..pengsan..bengkk bdn..sesak pernfasan..sbgmn doktor bgtau..amat menyedihkan murid yu mngglkan kami semua tba2...arap kita semua hati2
ReplyDeleteSedihnya baca ni...
DeleteSalam..betul tu..bukan tebuan je..setengah org sengat lebah pun allergik..sy dulu 3kali kena sengat lebah..kali ke3 kena inject..
ReplyDeleteSesetengah org getit dek nyamuk pun jadi menanah, macam kwn ena.. Kulit jenis tak tahan.. Ena setakat ni lebah tak pernah kena, penyengat pernah yang halus sikit tu
ReplyDeleteScarynyer...mama dia boleh pulak rilek3....hihi
ReplyDeletealhamdulillah nasib baik takde pape yang serius
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)
ReplyDeleteBisa lebah pun sgt bahaya jadi kena cepat jumpa doktor
ReplyDelete