Salam dears,
Hari ni Mama masak nasi lemak. Jadi kenalah goreng ikan bilis. Nasi lemak tanpa ikan bilis goreng, tak syiok laa kan? Tapi masalahnya, Mama ni bila goreng ikan bilis selalu gagal - tak pernahnya rangup! Liat patah gigi ada laa huhu
So Mama Google cari petua camna nak goreng ikan bilis hingga rangup. Dan rata rata petua yang Mama jumpa kata guna cuka. Ehhh apa kaitan cuka? Ntah lah, tapi Mama cuba je lah. Dannnn ianya berkesan! Buat pertama kalinya ikan bilis aii rangup krup krap krup krap! Yayyyy!
Meh Mama kongsikan petuanya:
1. Bersihkan ikan bilis dan toskan air.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Biar minyak betul betul panas baru masukkan ikan.
3. Goreng guna api perlahan.
4. Alih alihkan ikan bilis semasa menggoreng.
5. Goreng hingga buih hilang.
6. Bila dah nampak nak masak dah, titiskan 2-3 titik cuka putih dan gorengkan sikit lagi.
7. Angkat dan toskan dalam pinggan/bekas yang dilapik dengan tisu dapur untuk serap minyak.
8. Hidangkan!
Pastu, silalah menikmati ikan bilis goreng yang enak dan rangup, hoyeahhh ;-)


Hi Blogwalking singgah kat sini tengok blog anda.;)
ReplyDeleteOoh...letak cuka ek.blh try nanti
ReplyDeleteOoh...letak cuka ek.blh try nanti
ReplyDeleteOwh..macam tu..agaknya yang kat kedai kedai atau warong tu letak cuka bila goreng ikan bilis..memang rangup..tq mama share..
ReplyDeleteowh.. letak cuka ye kak.... ok... =D
ReplyDeleteTerima kasih atas petua tersebut
ReplyDeleteBaru tau jugak..hehehe tq sharing sis 😄
ReplyDeletemungkin trngok jenis ikan bilis jugak kot kak...
ReplyDeletesaya baru tau ni kak..thanks for the tips..nnt sy cuba ya..
ReplyDeleteagak sama cara kita kecuali no 6 tu.
ReplyDeletecuka putih...
tq for sharing :)
boleh cuba tips no 6 tu.