Risaukan Si Faris...

Salam dears,
Minggu lepas si Faris kata dia sakit kepala. Lepas 2 ke 3 hari dok mengadu lagi, hari Jumaat kitorang pun bawa dia ke klinik. Doktor periksa suhu badan dan tekanan darah dia normal. Lepas tu doktor buat test mata, suruh dia tengok dan baca abjad di poster yang ditampal kat dinding. Tutup sebelah mata dan baca. 

Bila guna mata kanan, dia dapat baca semua dengan lancar. Tapi bila guna mata belah kiri saja, bila sampai ke baris ketiga yang mana saiz abjad semakin kecil, dia dah tergagap gagap nak baca. Katanya dia tak nampak...kabur!

Hmm doktor kata, mungkin dia sakit kepala disebabkan oleh mata dia tu lah, mungkin sebab rabun ke apa ke. Jadi doktor suruh bawa Faris pergi jumpa 'optician' pula. So hari Sabtu kitorang bawalah ke kedai cermin mata yang Mama biasa pergi. 

Masa tu Mama dah dok fikir...alahai geng rabun juga ke anak aku ni? Tak bestnya laa kecil kecil dah pakai cermin mata. Hmm memang dah ready nak belikan spek mata untuk dia lah kiranya. Siap terfikir...kalau dia pakai cermin mata tapi lagi dua orang tak, nanti tak nampak lah macam kembar tiga plak huhu...


Tapi...lepas 'optician' check, dengan tenang je dia bagitau "tak boleh buat lagi spek untuk dia, puan kena bawa jumpa 'eye specialist' dulu". Ehhh kenapa plak nak jumpa pakar mata? Kehairanan juga Mama masa tu. Kalau rabun, buat spek laa kan?

Rupa-rupanya 'optician' tak nak buat dulu sebab 'power' mata belah kiri si Faris terlalu tinggi, sampai 400! Sedangkan mata belah kanan adalah normal. Jadi kena jumpa pakar untuk siasat samada ada apa apa masalah yang menyebabkan jadi camtu.

Hadoiii....tak dapat nak cakap betapa 'speechless' nya Mama masa tu, memang tak jangka langsung akan kena jumpa doktor pakar mata. Terus risau...sampaikan malam tu tak boleh tidur. Google baca tentang segala kemungkin yang ada, sambil berdoa moga ianya bukan disebabkan masalah yang serius.

Ni malam ni pun tak boleh nak lena sebab risau lah ni. Temujanji dengan pakar mata jam 10 pagi nanti. Mohon korang tolong doakan moga tak ada apa apa yang serius lah ye. Thank you! :-)

Update: Dah bawa ke pakar mata, baca dalam entry INI

Labels: ,