Mama Nak Menang Apartment Dengan SSPN-i Plus!

Salam dears,
Mama berdoa moga akan menang apartment hasil menyimpan dalam SSPN-i Plus! Iyaa...ada harapan tau. Sebabnya lepas dapat tahu tentang skim simpanan pendidikan SSPN-i Plus masa hadiri majlis 'Hi-Tea' bersama PTPTN beberapa minggu lalu, Mama terus buka akaun untuk si kembar tiga ni.

Mama ambil pakej Intan sebab tidak membebankan bagi Mama, dengan komitmen hanya RM1 je sehari, dah boleh ada tabungan pendidikan dan perlindungan takaful! Haaa murah sangat tu! Mau tak terpikat kan? Ohh yaa kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca di entry Mama yang terdahulu tentang SSPN-i Plus ni.

Setiap pendeposit yang membuat simpanan serendah RM50, layak masuk dalam ‘Cabutan Wow!’ yang akan berakhir pada 31 Mei 2016 ni. Memandangkan Mama dah daftar pakej Intan yang RM30 tu bulan lepas, bulan ni masukkan deposit lagi RM30, dah layak untuk cabutan bertuah. Mama buka 3 akaun, jadi boleh dapat 3 cabutan lah ni, yay! Moga moga ada laa rezeki kami anak beranak, Amin...

Hmm...yang buat Mama terberangan sakan ni sebab hari Jumaat 6 Mei yang lepas, Mama telah pergi ke Menara PTPTN dan sebaik sampai disana, mata tertarik tengok 3 buah kereta tersusun cantik kat depan pintu masuk pejabat PTPTN. Perghhh...terus berangan bestnya kalau aku menang ni nanti. Tapi...lepas tu berdoa minta nak menang apartment lah pula hehe. Aa ahh...hadiah utama cabutan tahunan ialah sebuah apartment!


Hadiah Cabutan Wow yang betul betul wowww!

Ohh yaa Mama pergi ke sana tu bersama rakan-rakan dari #KelabBloggerBenAshaari untuk hadiri Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mewakili YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

YB Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Pengerusi PTPTN memulakan majlis dengan ucapan aluan (kredit foto: Ben Ashaari)

YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyampaikan ucapan perasmian (kredit foto: Ben Ashaari)

Encik Wan Ahmad bin Wan Yusoff, Ketua Eksekutif PTPTN, mengiringi YB Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah dan YB Datuk Mary Yap Kain Ching ketika gimik perasmian (kredit foto: Ben Ashaari)

Selesai saja ucapan dan perasmian, tibalah masa yang ditunggu tunggu oleh semua iaitu penyampaian hadiah cabutan. Fuhhh memang meriah laa masa tu dengan sorakan dan tepukan para hadirin. Mana tak nya, hadiah semua best best belaka...termasuklah kereta BMW 320i, Honda HR-V, Proton Iriz dan motosikal Kawasaki. Perghhh lumayan betul! Mama pun turut teruja dan terus berangan nak menang jugak hehehe

Ini lah diantara pendeposit yang bertuah memenangi hadiah cabutan suku tahun tu...


Cabutan Tahunan SSPN-i Plus

Cabutan Suku Tahun SSPN-i Plus

Menarik kan hadiahnya? Moga ada rezeki nak dapat ni hehe. Nak tahu syarat-syaratnya, boleh tengok kat website PTPTN tentang Cabutan Wow! SSPN-i Plus.

Sebenarnyakan, kalau tak menang cabutan pun (tapi harap harap menang lah hehe), memang tak rugi mencarum dalam SSPN-i Plus ni sebab banyakkk kelebihannya iaitu...

Keistimewaan SSPN-i Plus:   
- Patuh syariah ~ paling penting ni!
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000.00 setahun
- Komitmen serendah RM30.00 sebulan
- Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan)
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai  pendapatan. Tahun 2015, dividen nya 4%, boleh tahan gak tu.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari (bergantung kepada jenis pakej  yang diambil)
- Layak memohon pembiayaan PTPTN
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
- Simpanan dijamin Kerajaan

Hmm adalah lebih baik kita rancang pendidikan anak anak dan menyimpan daripada awal, supaya tak terlalu bergantung kepada pinjaman semata mata nanti. Biar lah bermula dengan sikit je dulu pun tak apa, daripada tak ada langsung. Sikit sikit, lama lama jadi bukit, kan?

Lagipun...Mama selalu fikir...anak anak masih kecil, kalaulah terjadi apa apa musibah pada Mama (mintak dijauhkanlah), mampukah Ayah nak tampung segala perbelanjaan? Sebab tu bagi Mama, SSPN-i Plus ni adalah pelan simpanan pendidikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Dengan komitmen bulanan yang rendah, dapat perlindungan takaful. Sekurang-kurangnya ada lah juga duit takaful tu untuk menampung diri sendiri dan keluarga sekiranya ditimpa musibah, betul tak?

 

Pakej Intan adalah pakej yang baru diperkenalkan. Dengan komitmen serendah RM1 sehari, PTPTN ingin menggalakkan budaya menabung dan berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu menyimpan sambil melabur.


Untuk yang belum ada anak, pun boleh buka akaun SSPN-i Plus ni tau. Asalkan dah berumur 18 tahun, boleh buka akaun dan deposit untuk diri sendiri. So untuk mereka yang dah berumur 18 tahun, terutama pelajar institusi pengajian tinggi, Mama galakkan korang buka akaun juga. Menyimpan dari awal, supaya duit tu nanti boleh digunakan untuk mengurangkan beban bila nak bayar balik pinjaman pelajaran korang tu.

Tambahan pula kalau korang anak tunggal atau harapan keluarga untuk menampung adik adik dimasa hadapan nanti, dengan adanya perlindungan takaful...kalau lah ditakdirkan terjadi apa apa kat korang, sekurang kurangnya ada lah juga duit insurans kan? Daripada dok perabih duit pinjaman sekarang ni untuk keluar tengok wayang bagai, baiklah masukkan paling kurang pun RM30 sebulan dalam SSPN-i Plus ni, kan...kan?


Kelayakan untuk membuka akaun SSPN-i Plus

Sambil menabung, sambil berkongsi cerita tentang kelebihan SSPN-i Plus ni...boleh juga buat pendapatan tambahan dengan menjadi Ejen Online PTPTN iaitu:

1) Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.

2) Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.

Mula mula daftar sebagai RNA, lepas tu pergi kursus sehari di pejabat PTPTN dan akan dinaik taraf jadi EPO. Boleh dapat komisen sehingga 25% tau. Kena bayar berapa untuk jadi RNA dan EPO? Tak payah bayar apa apa, semuanya percuma! Haaa tak untung ke camtu? ;-)
Boleh pergi ke website PTPTN untuk daftar sebagai Ejen Online PTPTN

Ehh ok lah...dah panjang plak membebel hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal SSPN-i Plus ni, atau nak daftar, pergi je ke link pembukaan akaun SSPN-i Plus. Nak tanya Mama pun boleh, email ke mamakembartiga@gmail.com atau whatsapp 0133935052. Whatsapp je ye, call aii tak jawab plak kang hehe ;-)

Mama dah...korang bila lagi? 
Jom sama sama menabung jom! :-)

Maklumat lanjut:

Labels: , , , ,