Geram Anak Selalu Hilangkan Alat Tulis? Ni Tips Mama...

Salam dears,
Kalau korang ada anak yang masih bersekolah, terutama sekolah rendah, kemungkinan besar korang ada masalah yang sama macam Mama iaitu...alat tulis anak anak selalu hilang! Masa nak pergi sekolah, kotak pensil penuh berisi. Tapi bila balik...ehh kenapa kotak pensil kosong ja? Haa betul tak? Betul tak?

Si kembar tiga ni macam tu lah, setiap hari mesti ada ja benda yang hilang, walaupun dah tulis nama atau tampal label. Hari ni hilang pensil, esok hilang pemadam...lusa hilang pembaris...tulat hilang gam plak, memang stress hoihhh! 

Bila ditanya macam mana boleh hilang? Letak mana? Bagi siapa pinjam? Jawapan 'standard' diorang senang je "Ntah lah, masa tadi tu ada...tiba tiba je dah tak ada!"

Amboi amboi senang je jawapannya, hangin jugak Mama dengar! Kadang kadang tu Mama katalah "mana boleh tiba tiba tak ada...pensil tu ada kaki ka? Boleh jalan keluar sendiri dari beg tu ka?!". Dan...jawapan diorang "ehh pensil mana ada kaki! Mama ni tak tahu ke?". Hadoi laaa...tak tahu nak marah ke nak gelak dengar jawapan camtu huhu *garu kepala*

Tips jika alat tulis selalu hilang.

So...untuk nak mengurangkan stress, geram dan sakit hati sebab alat tulis hilang, Mama buat camni:

1) Beli alat tulis yang murah murah je. Tak payah yang 'branded' ka 'exam grade' ka 'dust free' semua tu, janji boleh guna dah cukup dah. Beli yang mahal dan berkualiti pun..kalau esok lusa dah hilang, tak dak makna gak kualiti tu kan? Hehe. Mama selalu beli kat Mydin, Giant atau AEON Big. Kalau hilang pun tak sakit hati sangat.

2) Kalau ada jualan murah atau diskaun, beli banyak banyak buat stok kat rumah. Jadi tak lah kelam kabut nak pergi kedai beli bila alat tulis hilang. Tambah plak kalau awal pagi masa dok kemas beg sekolah baru sedar pensil sebatang pun tak ada, mana nak pi beli...kedai bukan buka lagi kan. So sentiasa simpan stok kat rumah.

3) Had kan setiap alat tulis yang dibawa. Selalunya Mama akan letak 2 pensil, 1 pemadam, 1 pembaris dan 1 'sharpener'. Gam dan gunting bawa hanya bila cikgu suruh saja. Bila bawa terhad camtu, kurang sikit risiko kawan nak pinjam dan tak pulangkan balik.

4) Apa saja yang boleh dipotong...potong separuh! Ni kerja Ayah...

Ayah kata, biar potong separuh semua. Jadi kalau hilang, sakit hati pun separuh ja lah hahaha. Mama ok je, asalkan Ayah yang rajin nak potong semua tu. Bagus juga buat macam ni, jimat skit.
Pastikan ada pembantu untuk asah pensil yang berlambak tu hehe

Puas hati laa tu pensil banyak :-)

Haaa tu je lah tips Mama. Kalau korang ada tips lain, kongsi kongsikan lah ye :-)

Labels: , ,